Pentas itu cukup besar
untuknya. Ini kali pertama dia berlakon di atas sebuah pentas yang begitu gah
dah masyhur. Di sebalik tirai pentas, dia mengendap sedikit suasana audiens.
Ramai. Memang ramai. Matilah aku. Dia
sedikit terlompat-lompat untuk menghilangkan gemuruh. Macam mana aku nak berlakon ni. Dibuat aku lupa dialog. Dibuat aku
tergagap-gagap atas pentas tu.
Pengarah teater datang mendekati. “Kau okey tak ni? Nervous semacam je. Kalau tak okey, bagi tahu.”
“Okey je, cuak sikit.” Bohong.
Pengarah lihat atas bawah. Muka kalau ditoreh, darah tak keluar rasanya, pucat semacam. Peluh dah macam orang lari marathon 100 km. Tangan dah tak boleh duduk diam. Namun pengarah buat tidak tahu sahaja. “Okey, jangan lupa dialog, jangan masuk awal, jangan lambat sangat masuk.”

Dia hanya mengangguk. Jangan lupa dialog, jangan masuk awal, jangan lambat sangat masuk. Dia mengulang ayat tersebut bagaikan membaca mantera. Dia kini dah bersedia. Bahagiannya sebentar lagi. Fuh, kau boleh, kau boleh!
“Masuk!”
Dia masuk dengan bergaya sekali. Audiens terdiam, khusyuk menonton. Dua pelakon sudah sedia di atas pentas, ber-setting-kan restoran. Dua pelakon itu rancak berborak mengikut dialog masing-masing. Dia datang dekat.
“Ini menunya, sebentar lagi saya akan datang lagi untuk mengambil pesanan.”
Dia tersenyum lebar ke belakang pentas. Selesai.
No comments:
Post a Comment