-->

Wednesday, January 21, 2015

Certot Fixi - MONARKI

Walaupun tak menang, tapi aku tetap berbangga dengan hasil karya aku ni. Lama rasanya tak berkarya. Em em, feel free to drop your comment below and komenlah karya aku ni. Oh ye, ini merupakan pertandingan yang dianjurkan Buku Fixi. Sesiapa yang nak join, tulis sebuah cerita kontot maksimum 200 patah perkataan, bertajuk MONARKI. Hah, susah tak susah nak fikir cerita mengikut tajuk yang diberi. Okey, tak nak cerita panjang-panjang, bacalah. Silakan. Jangan malu-malu.

Cerita 1

Keluarga aku mengamalkan sistem monarki. Ayah aku rajanya, ibu aku permaisurinya. Abang dan aku adalah putera, manakala adik perempuan aku merupakan puteri. Abang aku tidak perlu diceritakanlah, menjelajah satu dunia mencari puteri idaman hatinya yang masih tidak ditemui. Adikku bak Elsa yang mempunyai magisnya tersendiri, malah aiskrimnya laku dibeli orang ramai. Aku hanyalah putera biasa yang hanya mampu mencoretkan cerita untuk dibaca oleh kalian semua.

            Ayah mempunyai rahsia gelap. Dia mempunyai seorang gundik simpanan. Acap kali aku dengar orang bercerita akan kerja terkutuknya itu di belakang ibuku yang selalu menjadi tulang belakangnya selama ini. Rakyat jelata kata, gundik simpanan ayah sangat menarik. Sekali dilihat, hampir kebanyakan orang cair. Malam ini, aku bakal mengintip kelakuan ayahku agar bisa ditunjukkan kepada ibu.

            Telefon bimbit dipastikan berada dalam kocek agar aku dapat menangkap gambar mereka. Lokasi ayah beradu bersama gundiknya kali ini di sebuah bukit yang gelap. Semak-semak di situ dijadikan sebagai tempat persembunyian aku. Kereta ayah dilihat mendekati satu sudut gelap, namun gundiknya tidak pula dapat dilihat. Aku mendekati kereta ayah selepas dihentikannya.

            Tingkap dibuka. Cantik betul orang sebelah ayah. Pandai dia pilih. High taste. “Kenapa bukak tingkap?” Tersedak aku di situ, meninggalkan mereka beradu asmara songsang. 

Cerita 2

Nyanyian puteri mampu menggugat jiwa raga hampir semua lelaki. Sesiapa yang terdengar akan suaranya, pasti akan jatuh hati. Suara puteri itu akan didengari pada waktu-waktu tertentu yang mampu didengari di tiga buah negara. Maka dengan itu, berkumpullah putera-putera dari tiga buah negara tersebut memulakan misi pencarian puteri. Namun sukar untuk mereka untuk menjumpai puteri misteri itu.

            “Aku dah penat sangat dah ni cari puteri ni tak jumpa-jumpa. Hang takde waze ke?”

            “Apa kau ingat dalam hutan ni boleh guna waze ke.”

            “Dah dah, jangan gaduh. Kita teruskan pencarian.”

            Maka dengan itu, mereka meneruskan lagi perjalanan sehingga ke dalam hutan, jauh sehinggakan mereka tidak larat lagi dan terduduk di satu tempat yang agak luas. Air lupa dibawa. Sudah! Sekali lagi, puteri ini menyanyi lagi. Ketiga-tiga mereka hanyut mendengar suara puteri yang sungguh merdu itu sehingga mereka tertidur tidak sedarkan diri.

            “Ya Allah, kat sini rupanya budak bertiga ni. Man, Yob, Leman, bangun! Korang buat apa kat sini. Semak samun ni jugaklah korang nak berangan. Bangun, bangun!”

            Terpisat-pisat mereka bertiga menggosok mata yang mengantuk. Seorang perempuan gedempol berbaju putih mencekak pinggang di hadapan. “Bangun! Pi makan ubat sana!” Maka berjalanlah mereka bersama-sama ke sebuah bangunan putih yang tersergam indah sambil radio ligat berputar. 

1 comment:

Anonymous said...

cool keep it up