-->

About Me

Nak kata say cheese pun takleh, so, senyum tak perlu kata apa-apa!

Nama: Muhammad Aqmar bin Ismail.
D.O.B: 31/07/1995
P.O.B: Hospital Batu Pahat.
Ayah: Ismail bin Mohd Musbah.
Ibu: Siti Zubaidah binti Sangkrah.
Cita-cita: Psychologist. Lecturer.
Hobi: Read. Listen. 

About Me
Disebabkan aku dah besar, aku dah naik geli guna gelaran Amai kat dalam blog ni. Kalau korang rasa tak selesa dengan panggilan aku, sorry sesangat. Aku lagi selesa guna gaya macam ni. Hm okey, so mana nak start? Haa.. okey la, aku merupakan seorang anak tunggal kepada Encik Ismail dan Puan Siti Zubaidah. Aku anak jati Batu Pahat. Dilahirkan pada 31 Julai 1995 (sebulan sebelum hari kebangsaan). Kalau aku tau, dah lama aku mintak ibu aku lahirkan aku 31 Ogos, kasi overdue. Eheh, nanti aku jadi anak merdeka, tak ke?

Korang nak kata aku anak manja, kata la. Mulut korang jugak, bukan mulut aku. Kot kalau aku boleh kawal mulut korang macam aku kawal mulut aku, dah lama dah aku buat. Tapi seriously, aku tak kisah pun kalau orang panggil aku anak manja ke, anak bapak ke, anak mak ke, janji aku ni anak orang. Anak orang yang boleh berjasa pada ibu bapa sendiri, insya-Allah.

Aku memulakan pendidikan aku di Tadika Perkim, kemudian menyambung darjah satu di Sekolah Kebangsaan Parit Bilal (sekolah retis, kau!). Dengan keputusan UPSR yang cukup-cukup makan, aku menyambung pengajian aku ke Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Batu Pahat (sekolah kegilaan pelajar lelaki dan digelar sekolah poyo oleh pelajar sekolah lain). Keputusan SPM aku membawa aku ke Kolej Matrikulasi Melaka - ye, kolej matrikulasi tertua di Malaysia. Jangan memain. Tinggi darjat KMM ni. Mana korang nak jumpa bangunan Harry Potter kat Malaysia ni? Kat sini jelah ada.

Aku bukan la bagus sangat dalam penulisan ni, setakat basic menulis tu ada la.. Itu pun basic daripada sekolah dan kerajinan aku membaca novel. Kejap, rajin ke? Eii, tension aku. Start dari situ la aku cuba menulis cerita-cerita pendek. Aku improve-kan diri aku dengan membaca komen-komen pembaca setia cerpen aku (eceh, ayat ni memang tak boleh blah!). Hari demi hari, aku cuba cari style menulis aku sendiri, tapi nampaknya style menulis kat blog jelah aku expert. Aku masih terikut style penulis lain bila tulis cerpen ni. Takpe Mar, satu hari nanti, kau akan publish sebuah novel, insya-Allah..

Aku dah ada awek ke belum? Eheh, kejap, soalan ni masih belum ada skema jawapan, so kita tunggu guru-guru penanda kertas berbincang ye? Kalau aku ada awek ke, takde awek ke, tak menyusahkan hidup sesiapa pun. Dengan rupa aku macam ni, siapa aje yg nak? Tapi alhamdulillah, Allah kurniakan aku rupa walaupun hanya aku sorang je yang perasan yang aku ni handsome. Puih.

Aku rasa dah cukup sampai sini je aku nak cakap pasal aku. Mampus aku kalau hantar karangan sekolah 'Tentang Saya' guna karangan ni, memang aku kena panggil masuk bilik guru la, haha. Apa-apa pun, hidup la dalam dunia ni dengan senyuman, dan tangisan, kerana semua tu pelengkap hidup kita sebagai manusia dan hamba-Nya di muka bumi ini.