Hm, aku rasa tertarik pulak nak cerita pasal sejarah blog aku ni. Dan ramai sebenarnya yang tak tau aku start berblogging ni pada tahun 2009, tahun di mana aku mendapat laptop pertamaku - dan laptop tu aku gunakan sampai sekarang walaupun banyak kali dah dia sakitkan hati aku. Almaklum la, kami couple dah lama, mesti la ada gaduh-gaduh. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula manusia dan laptop. Eheh.
Source: Google Images |
Bayangkan, kalau dah hampir 5 tahun aku berblogging, mesti la banyak sangat perubahan blog ni alami. Yelah, manusia berubah mengikut arus masa, blog aku pun nak berubah jugak. Dan aku rasa, link blog ni sekali je aku ubah. Asalnya, link blog ni aqmarslife.blogspot.com, tapi aku rasa macam, "BAJET GILA HANG PUNYA LINK!", so aku ubah blahblahblahaqmar.blogspot.com (sumber inspirasi, lagu makcik Ke$sha tu). Korang nak dengar, pi cari kat Youtube. Kot rasa malas nak cari, so teruskan jelah dengan kemalasan korang. Aku tak paksa dengar pun.
Dan background serta templates blog ni pun sentiasa berubah (selalu sangat diubah). First time guna, memang ringan gila blog ni sebab memang se-simple boleh aku buat. Yelah, tahun 2009 tu mana la ada budak-budak guna blog sangat, mana la ada tutorial sangat, mana la ada widgets ni semua. Ada satu tahun tu, aku rasa Blogger jadi trending, semua benda dorang sanggup buat. I follow you, you follow I. Eheh, aku pun join sama jugak. Itulah zaman kegemilangan Blogger.
Start zaman kegemilangan tulah, blog aku terus mengalami obesiti. Aku kasi makan banyak sangat sampai dia dah jadi berat. Orang nak bukak pun, tunggu 1 jam baru siap loading *hiperbola* Lepas tu aku dah taubat dah, aku kesian dengan blog ni, aku kasi dia exercise sikit. Lama-lama, jadi ringan dah. Widget yang konon cantik-gila-sampai-menarik-minat-blogger-lain tu semua aku dah buang. Semakkan blog aku je. Sampai la sekarang ni, ini la wajah baru blog aku yang paling ringan pernah aku ada. Kalau berat jugak, tu bukan sebab blog aku, tu sebab korang punya line internet, bluekkk :p
Header blog aku ni jugak mengalami banyak perubahan. Daripada yang buruk, sampai la yang cantik, sampai la yang transparent, semua header aku pernah try. Tapi aku lagi suka header sekarang ni, purple. Warna yang tak terang, tak gelap, tak kelam sangat. Kot korang nak label aku Belieber, korang fikir Belieber jelah minat purple? (Okey, takde kena mengena). Lagipun nampak simple header ni, setakat nama aku dan title aku sebagai seorang blogger, Unofficial Writer. Tak serabut dengan muka aku yang di-photoshop, tak serabut dengan emoticons yang mintak penampar ni semua.
Banyak jugak dah aku cerita, banyak jugak pembongkaran yang dah dibocorkan, so sampai sini jelah aku menaip. Segala silap dan salah, aku memohon maaf zahir dan batin, dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Aku jugak nak ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri pada rakan-rakan blogger aku, rakan-rakan aku (tak kisah la - daripada tadika hingga ke kolej), rakan social network aku, dan rakan-rakan aku yg rasa nak jadi rakan-rakan aku (okey, aku dah start merepek). Eheh, assalamualaikum..
P/S: Raya pertama aku datang rumah korang :)
No comments:
Post a Comment