-->

Friday, September 4, 2015

Holiday di Cameron Highlands (Part I)

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, aku masih ingat lagi blog ni. Dan masih sihat. Dan rasanya dah lama aku tak update blog ni, mencoret apa-apa yang terlintas dalam kepala. Alright, rasanya tajuk di atas dah menceritakan segalanya. Cuma apa dan apa dan apa yang aku buat di Cameron Highlands? Jom.

Plan untuk bercuti datang pada minggu lepas, sebaik sahaja ayah terlepas cakap, "Nanti dah hantar Amai balik, kita pergilah tidur mana-mana". Ibu taknak sebab aku tak ada bercuti sama, so ayah pun minta cuti awal untuk sama-sama bercuti. Seawal minggu tu jugaklah aku bukak Trivago untuk cari hotel-hotel di sini. Aku jumpa Kisabel Hotel, betul-betul di Tanah Rata. Aku pun buat reservation untuk 2 bilik, satu bilik untuk parents aku dan satu lagi untuk bilik aku.

Seawal 6 pagi, kami bertolak dari Batu Pahat. Sempat jugalah singgah di beberapa R&R, rasanya di Seremban dan Tapah (kalau tak silap). Perjalanan + perhentian adalah mengambil masa selama 7/8 jam. Kami sampai di Tanah Rata tepat pukul 2 petang. Disebabkan nak confirmkan reservation, kami terus ke Kisabel Hotel -- betul-betul di tengah bandar Tanah Rata. Hotel bajet. Selesa juga. Aku puaslah duduk sini. Rasanya kalau ke sini lagi, mungkin boleh jadi pilihanlah (tu pun kalau nak yang bajet). Bilik aku ni kira selesa dan tak besar mana, tapi cukup bagus untuk single bed. Ada satu almari, meja solek, dan juga televisyen (ber-Astro). Cuma kena share bathroom, itu ajelah.

Dah dapat bilik, solat jamak Zuhur-Asar dulu. Dah settle semua, kami pun semua pergi makan berdekatan sini jugak. Lapar tak laparlah, jauh kot perjalanan nak sampai ke sini. Dah siap makan semua, kitorang berjalanlah area Tanah Rata ni. Tengok kedai-kedai baju semua, dan pakcik kedai yang jual pakaian cenderamata ni bagi cadangan pergi ke Mardi. Pakcik tu cakap dekat je kalau jalan kaki, so kitorang jalan kaki lah... Jauh noharom! Tu pun sebab kitorang jalan kaki, dan Mardi ni dia termasuk ke dalam sikit. So redha tawakal jelah berjalan kaki.

Sampai Mardi je, satu dewasa caj RM5. Masuk-masuk je kitorang disambut oleh Minnie Mouse, dan kitorang sempat jugalah bergambar dengan dia. Lepas tu kitorang bergambar di area Mardi tu, pastu pergi ke kawasan strawberi (dah tentulah sebab ni Cameron Highlands kan!). Disebabkan ibu mengidam coklat strawberi, so merasalah juga kat situ. Mardi ni kira besar juga sebab kat situ macam-macam ada. Ladang strawberi, ladang teh, tanaman bunga-bunga segar, semua ada kat sini. Kiranya satu tempat, ada macam-macam. Disebabkan kitorang masuk pukul 4 petang, so agak rushing lah nak berjalan lama-lama kat sini sebab Mardi tutup pukul 5. Ibu pun sempat beli gambar yang kitorang ambil dengan Minnie Mouse tu (padahal ada kamera sendiri taknak guna, haha).

Disebabkan dah penat berjalan menapak kaki dari hotel ke Mardi, so terpaksalah juga balik hotel secara menapak. Balik hotel terus lepak, tidur kejap sebelum Maghrib. Oh, malam tu pula kitorang just pergi makan malam area Tanah Rata ni jugak. Sebab kitorang sendiri taktau nak menuju ke mana. Dah siap makan apa semua, terus balik hotel, dan apa kitorang buat? Yes, TIDUR! Orang kata kalau tempat baru, mesti tak kerasan (susah nak tidur!). Hah, mana adanya. Kalau dah penat, satu apa tak sedar. Yang bestnya, bilik kau takde air-cond atau kipas langsung! Tapi kau mampu tidur berselubung selimut tebal. Sejuk tak sejuk, lagilah hujan pulak tu. Memang lenalah tidur. Haha, nanti aku sambung untuk part kedua, ye? Hari kedua kitorang kat sini lagi lah berjalan seronok! Tunggu..!

P/s: Gambar di DSLR, tak sempat nak transfer. Nanti update untuk gambar!

No comments: