Source: Google Images |
Situasi 1:
Aku berada di sebuah hotel. Bilik aku merupakan tingkat yang paling tertinggi, di mana aku mampu melihat pemandangan bandar tersebut. Entah kenapa aku terasa mahu melihat pemandangan bandar di balkoni hotel tersebut tanpa rasa gentar (kerana aku tahu aku sememangnya fobia akan ketinggian). Tidak lama kemudian, bangunan-bangunan di bandar tersebut runtuh satu persatu dan banjir besar (kemungkinan air pantai, TSUNAMI) datang membanjiri bandar tersebut. Hanya ALLAH sahaja yang tahu betapa takutnya aku kerana kemungkinan besar hotel yang aku menginap sekarang akan runtuh. Tetapi hotel itu sentiasa kukuh tanpa apa-apa yang berlaku.
Situasi 2:
Aku bersama-sama rakan-rakan aku dalam perjalanan entah ke mana. Kami menaiki kereta beramai-ramai. Tidak lama kemudian, kami mendengar bunyi yang agak menakutkan (bagaikan bunyi bom), dan terdapat berjuta-juta jet di langit. Jet-jet tersebut menyerang kami. Aku dan rakan-rakan lari bagaikan anak ayam yang dikejar musang. "TRANSFORMER!" itulah perkataan yang keluar dari mulut aku. Aku anggap benda tu kelakar. Tetapi selepas hampir diserang oleh jet tersebut, baru hatiku rasa berdebar. Melihat orang lain yang diserang jet tersebut, aku terdiam terkedu.
Hey guys. Situasi di atas merupakan mimpi yang masih segar dalam ingatan aku. Berlaku dalam tahun ni jugak. Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa seramnya aku alami mimpi ni. By the way, Situasi 1 itu merupakan mimpi yang aku alami sebelum Acheh mengalami gempa bumi. Tapi aku tak nak korang semua judge apa-apa pasal mimpi ni. Kemungkinan mimpi ni hanya mainan tidur - ataupun peringatan kepada aku bahawa mendekati-Nya dan sentiasa beribadah kepada-Nya, insya-Allah. Jadikan pengajaran dan sentiasa mengingati-Nya. Insya-Allah hidup kita akan diredhai Allah.
2 comments:
aku pernah mimpi jadi power rangers pink..serius ni,sumpah,aku tak tipu punye..
@TUGAU GATES seriously? O.o hahaha seronok kot lawan raksasa? :DD
Post a Comment