-->

Friday, March 16, 2012

SeeFood

Source: Google Images

Assalamualaikum...
Hey...

Khamis semalam pergi tengok filem animasi Malaysia, SeeFood. Mula-mula ingat nak tengok hari Rabu, sebab ramai budak-budak hang out hari Rabu kan, tapi tak menyempat nak pergi. So, delay hari Khamis ajelah. Hari Khamis tak ramai mana budak-budak ni. BP Mall tu memang lengang gilalah. Tak tahulah suasana hari Rabu, mesti sesak punya. Apa-apa pun, 4.5 bintang kepada SeeFood. Graphic memang cantik. Setanding seperti luar negara.


Mengisahkan Pup (tak pasti ikan apa), hendak menyelamatkan telur ikan spesiesnya jugak. Dia pergi berseorangan - dia boleh bernafas luar air. Murtle (turtle) dan Octo (octopus) risaukan keselamatan Pup, so dorang minta tolong Julius (shark) pergi selamatkan Pup. Tu sebab ada mesin bagai yang dibina oleh Octo. Pelbagai cabaran yang terpaksa dihadapi oleh Julius dekat luar air tu seperti sekumpulan ayam yang cuba melawan dia, sekumpulan ketam yang tak habis-habis nak kelapa, dan manusia yang inginkan kemewahan.

Mula-mula Amai tengok, jalan ceritanya agak slow dan nampak berterabur. Tapi lama-lama, baru faham dan best. Amai suggest korang tengok movie ni la. Must watch film this year. Buatan anak Malaysia la katakan, so support Malaysian! Lagi pun more than 90 countries tayang movie ni. Malulah kalau orang luar negara tengok, tapi kita tak tengok. Bring your family or friends and watch this!

P/S: Novel terbaru ni agak mencabar nak tulis. Doakan Amai supaya boleh siapkan drafnya :)

No comments: