Friday, March 2, 2012

Sikap menganjing.

Source: Google Images
Menganjing merupakan perkataan yang sering digunakan oleh remaja kini. Menganjing membawa maksud memerli atau lebih senang nak faham, psycho-ing. Hmm, kalau masih tak faham, tanyalah rakan-rakan anda yang mengetahuinya. Menganjing ni kalau nak senang senang senang faham, kiranya mengejek, ataupun membahan.

Biasalah. Waktu kita kecil, ejek-mengejek ni memang dah biasa sangat. Kadang-kadang pengejekan dorang tu melampau. Budak kecil - tak matang, tak fikir baik buruk. Bila dah besar, dah matang, barulah perasaan TERASA tu wujud. Kena ejek memang sakit hati, lagi ejekan yang melampau tahap petala kelapan.

Kepada yang banyak sangat kena ejek or seumpama dengannya, kuatkan diri korang! Jangan nak lawan dorang. Mengikut kajian Amai la (kajian cabuk), orang yang suka mengejek ni, dorang saja nak buat kita marah. Apabila kita marah, dorang lagi suka sampai dorang sanggup mengejek berterusan. Apa kata korang relax aje bila dorang ejek/ nganjing? Pasti dorang rasa tercabar. Tu sebab dorang nganjing berterusan, tapi bila kita asyik relax aje, dorang pasti takkan nak nganjing lagi dah. Sebab apa? Haha, perasaan dorang yang  nak buat kita marah, tapi tak kesampaian. Hehe.

Okay, nuff said. Hey guys! Pejam celik pejam celik, pejam pelik pejam pelik - hehehe, dah masuk bulan Mac. Cepat tak cepatlah kan. Tak pasal-pasal, Amai hampir menduduki SPM. Borang SPM pun dah ada dalam tangan, dah kena isi sendiri. Cepatnya SPM. Sekolah pun dah mula buat kelas tambahan. Merajinkan diri jugak datang ke kelas tambahan - pengorbanan namanya. Pengorbanan untuk menuju ke arah dietitian :) Weee.

Okay, post untuk bulan 3. Lama jugak Amai tak update ni. Too busy to update. Nuff said, sampai sini je. Tangan ni pun terasa gatal nak tulis cerpen, tapi tak kesampaian :( Diri ni pun terasa nak dapatkan lesen motor. Senang nak ke sekolah, balik sekolah tu semua. Tak payah susah-susahkan ayah and pakcik bas cekik darah tak ada air-cond bas. Haha, okay, bye guys!

No comments: