-->

Wednesday, May 30, 2012

Cuti sekolah - best ke tak?

Assalamualaikum...

Sememangnya mencabar ya update blog menggunakan Galaxy Tab ini. Rasa nak campak pun ada, tapi niat tu dihentikan disebabkan galaxy tab ni bukan wa punya! Gilalah kalau main campak- campak barang mahal ni. Kot yang suka main campak barang mahal ni memang buang tebiat la namanya.

Lama gilakan aku tak update blog? Nak update pun dah susah sekarang ni. Bukannya apa, aku dah lack of gadget buat masa sekarang. Charger laptop rosak dan sememangnya aku dah tak boleh nak buka laptop tu, phone pun dah layak masuk tong sampah je, tapi wa tak buang sebab wa tau, wa sayang phone tu. Kot nanti dah dapat phone baru, tu pun wa tak nak buang. Buat koleksi lagi baguih!

Oh, cuti sekolah dah bermula. Apa planning korang? Planning wa: duduk rumah and khatamkan seberapa banyak novel Hlovate. Rasa nak belajar tu memang ada, lagi wa dah siapkan jadual belajar, tapi rasanya jadual tu setakat ditulis di atas kertas jelah, tak ada maknanya nak laksanakan. Hmm, ada jugak plan nak hang out dengan geng, tapi semua senyap sejuta setrillion bahasa, wa pun senyap la bertrillion-trillion bahasa. Tunggu dorang ajak, insya-Allah la aku ikut. Itu pun kalau Bajet-Aqmar-Ismail-Tahun-2012 tu mencukupi. Kalau tak cukup, aku minta dorang belanja la, apa susah? Tapi confirm-confirm la dorang yang susah. Kalau aku rajin and program bajet aku tu kukuh, bolehlah aku bayar. Jangan la korang kedekut! Wehee ;D Tengok, betapa sucinya hati seorang insan yang bernama Muhammad Aqmar bin Ismail ni? ;)

Aku rasa pun tajuk entry ni pun dah terlari kot dengan apa yang aku bebel dekat atas. Okay, back to the topic. Best ke cuti sekolah ni? Bagi aku la, cuti ke tak cuti ke, ada aje pro dan kontra. Boleh katakan semua benda dekat dunia ni ada pro dan kontra. Betul tak? Pro bagi cuti sekolah, semua students dapat rehat, release tension and qada tidur. Kontranya, students mungkin terlalai, madah online and tengok tv je, malas nak belajar. Tu sebab sekolah buat kelas tambahan, tapi setakat nak cukup syarat je. Eh? Haha ;D


Apa-apa pun, betulkan niat korang tu nak ke kelas tambahan. Bukan sebab terpaksa or setakat nak jumpa kawan je. Ingat tu? Okay, aku rasa pun dah banyak benda aku bebel. Itu pun kalau korang larat nak baca karangan panjang aku ni. Boleh lulus SPM kalau aku hantar karangan macam ni. Ironinya, time exam wa tak boleh nak tulis apa-apa. Ada je benda yang tersangkut. Almaklumlah, time exam macam nilah ada bermacam-macam benda dalam kepala bermain happy enjoy berparti semua. Okay, wa nak stop type. Menguji akal dan minda wa je nak guna tab ni. Lempang laju-laju nak? Okay, assalamualaikum, salam sejahtera dan bye bye!

No comments: