Assalamualaikum...
Alhamdulillah, tahun 2012 sudah 5 hari dah dan setakat 5 hari ini, tiada apa-apa lagi yang boleh buat Amai jatuh. Cehh! Haha, maksud Amai, 5 hari setakat ni masih lagi baik-baik, tak ada benda buruk/ terrible yang berlaku. Okay, Amai tak menyempat nak ucap Happy New Year kepada semua rakan-rakan blogger dan juga rakan-rakan Amai yang di luar sana, tak kiralah Amai kenal ke tidak. HAPPY NEW YEAR!
"Saya cikgu! Saya nak jawab!" Source: Google Image |
Almaklum la, Amai ni dah dikategorikan pelajar SPM untuk tahun 2012. Tipu kalau Amai tak rasa cuak. Mesti cuak la kan? Tapi inilah tahun yang perlu Amai hadapi. SPM merupakan titik penting bagi menuju ke alam dewasa dan juga ke alam pekerjaan. Kalau SPM terkandas, tak tahu nak buat apa dah. Tapi kalau berusaha, tak terjadilah macam tu.
Amai pun sekarang dah malas nak online Facebook lama-lama. Setakat check notifications je, then log out terus. Sekarang pun, nak tengok Amai hyperactive, dekat Twitter la. Amai memang rajin ber-tweeting je. Tak ada la orang nak bash sangat. Cuba kalau di Facebook, bukan boleh pun. Salah tulis status sikit, habis kena bash. EH, tapi dekat Twitter pun lebih kurang je.
Apa-apa pun, Amai nak ucapkan selamat maju jaya kepada semua pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan penting seperti UPSR, PMR, SPM dan STPM. Tak lupa juga pada semua pelajar Malaysia. Fighting fighting!
No comments:
Post a Comment