Source: Google Images |
Tanpa dirancang, tengok wayang lagi. Kali ni tengok dengan kawan. Kitorang pilih filem The Darkest Hour sebab tengok trailer-nya nampak menarik dan rasa-rasa perlu tengok filem ni. Filem yang mengisahkan bumi diserang oleh alien (seperti sotong), tetapi muncul seperti gelombang berwarna oren. Okay, so, jom baca sedikit review untuk movie ni.
Sean dan Ben merupakan dua orang rakan telah pergi ke Rusia untuk membincangkan tentang satu program bersama satu syarikat ni. Tapi dorang kecewa sebab program dorang tu dicuri oleh Skyler, iaitu businessman berjaya. So, Sean dan Ben ni terus pergi ke satu kelab untuk melupakan segala yang terjadi pada dorang.
Dorang bertemu dua orang gadis, iaitu Natalie dan Ann dan dorang juga bertemu Skyler di situ. Sewaktu dorang nak ambil gambar, tiba-tiba elektrik kelab tersebut terputus dan mereka terus keluar dari kelab tersebut untuk melihat apa yang berlaku. Mereka melihat seperti satu gelombang berwarna oren yang begitu banyak di langit. Mula-mula dorang tak fikir benda tu apa, tetapi disebabkan seorang polis seperti dimakan oleh gelombang tersebut, semua menjadi panik.
Hanya tinggal Sean, Ben, Natalie, Anne dan Skyler je. Mereka berkurung dalam satu bilik ni hampir 3-4 hari. Mereka keluar untuk survive dan sorang demi sorang mati, dan mereka juga berjumpa dengan Russian yang masih hidup seperti Vika, seorang gadis remaja dan Sergei, seorang tua.
Hmm, nak ceritakan semua nanti, tak best pulak, tak saspens nanti. Tapi kalau korang nak tengok lagi realistik, Amai sarankan untuk menonton filem ni dalam 3D. Effect-nya tak berapa banyak - kecuali pada scenes yang terakhir. Berbaloi la kalau korang tengok. Ada juga beberapa scene yang Amai minat, seperti:
1. Sean hampir-hampir dimakan oleh gelombang tu, tetapi dia selamat sebab dia berada di sebalik kaca. Rupa-rupanya, gelombang oren tu tak dapat nak melihat apa yang ada di sebalik kaca. Itu jelah penyelamat dorang tapi takkan nak bawa kaca untuk berlari menyelamatkan diri. Hehe...
2. Sekumpulan orang Rusia dan juga Sean menggunakan satu alat senjata gelombang untuk membunuh gelombang oren tu. Scene ni best sebab ada banyak effect 3D.
Nampaknya filem America ni dah suka buat dekat Russia, kan? Macam cerita Mission Impossible 4 dan juga Transformers 3. Ada satu tempat iaitu Kremlin dalam filem The Darkest Hour ni sama seperti Mission Impossible 4. Tapi bagi Amai, Amai kurang suka pengakhiran filem ni. Kena ada impak sikit, baru best.
Okay la, sampai sini je nak review. Bagi Amai, movie ni boleh diberi 4/5 bintang. Tak rugi kalau tengok movie ni. Apa-apa pun, kalau nak tengok, tengoklah dalam 3D. Tak tengok dalam 3D pun tak apa, tapi macam tak best la. Hehehe...
Okay, assalamualaikum...
No comments:
Post a Comment