-->

Tuesday, January 10, 2012

Cinta Siber - Macam mana nak kekalkannya?

Assalamualaikum...

CINTA SIBER... trend terkini.
Source: Google Images
EH! Apa kena tiba-tiba Amai nak berjiwang cerita cinta siber ni semua? Haha, okay, diam semua! Just nak mencoretkan sedikit pendapat Amai. Bagaimana untuk mengekalkan cinta siber? Hmm, sekarang ni agaknya sudah jadi trend cinta siber ni. Malah adik-adik yang belum ambil UPSR pun dah pandai ber-Facebook and ber-puppy love. Tapi cinta siber ni mesti ada halangan, kan? So, macam mana nak kekalkan cinta siber?

1. Percaya
Percaya pada pasangan anda. Apabila anda ber-couple dengan mereka, itu merupakan satu step bahawa korang menyayangi mereka. So, korang pun kena percaya akan dorang. Kalau tak percaya, takkan wujudlah cinta siber ni. Kalau tak boleh percaya, tinggalkan la si dia.

2. Jujur
Jujur dalam perhubungan korang. Kalau dah couple tu, janganlah menipu pasangan korang. Jangan main belakang. Itu namanya kasanova. Okay, kasanova ni tak ditujukan pada lelaki. Perempuan juga pun ada kasanova. EH! Haha. Kalau tak jujur, kenapa korang nak couple dengan dorang? Just suka-suka? Hmm, tak baiklah macam tu. Best sangat ke tipu perasaan orang ni?

3. Memahami
Fahami perasaan dorang. Walaupun korang tak berjumpa, hanya sekadar di alam maya, tapi korang kena pandai memahami dorang. Sometimes si dia moody, so, tenangkan hati dia. Make them laugh. Ada juga yang sembunyikan perasaan dorang, tapi kadang-kadang kita boleh hidu melalui message/ IM dorang tu. Senang je. Agak-agak kalau dorang jawab sepatah, nak tak nak chat, moody la tu.

4. Jangan terlalu jealous!
THIS! Ahha, dah namanya alam siber, sememangnya mereka mempunyai rakan berlainan jantina. Kadang-kadang dorang just berkawan, tapi korang pulak yang terlebih jealous. Yes, jealous itu tanda sayang. Tapi kalau terlebih jealous, masih sayangkah? Itu bukan sayang, itu obses namanya wahai sayang. Dorang pun ada hak untuk berkawan dengan siapa-siapa, so kita tak boleh la halang persahabatan dorang. Korang nak ke persahabatan korang dikongkong si dia?

5. Text!
Kalau sehari tak dapat text daripada si dia, hati terasa tak tenang. Rindu je tiba-tiba. Bak kata orang, sehari bagaikan setahun. Hmm, sekurang-kurangnya bagilah satu text yang boleh buat dorang happy. Macam morning text, goodnight text, whatever text yang korang nak hantar. Happy punya. Kalau ada kredit lebih, telefon dorang. EH! Tapi saya selalu tak ada kredit.

So, boleh buat atas tu semua? Kalau korang ada cara tersendiri, ikutlah cara korang tu! Biarkan cinta tersebar. Haha. Ini entry jiwang Amai yang pertama kot? Ke ada yang lain? Tak kisahlah. So, pada pasangan siber di luar sana, semoga hubungan korang berkekalan. Kalau gaduh-gaduh tu, janganlah over sangat. Setiap masalah ada penyelesaian.

Let's spread the love! 

2 comments:

mina said...

haha.ingat aqmar nak tulis pasal keburukan cinta siber atau bagi ceramah tentang hapuskan ke. tetiba je baca "bagaimana hendak mengekalkan.." lawak ar. tak cliche,good

ummi atirah said...

aku suka kow punyer cerita . best sgat . kow nk jiwang bukan selalu kan . skali skala . papew pown . aku sokong 100% pew yg kow ckap tuh .