-->

Monday, January 16, 2012

Nasib kita, siapa yang tahu?

Assalamualaikum...

Source: Google Images
Semoga kehidupan korang sentiasa senang, tenang, ceria, bahagia dan sewaktu dengannya. Manusia. Kita tak akan tahu masa hadapan. Kita tak akan tahu apa akan berlaku selepas ini. Hidupkah? Matikah? Sakitkah? Tidak tahu. Hanya ALLAH sahaja yang tahu.

Ceritanya begini. Hati aku ni mengarah akal untuk melakukan kerja yang tidak sepatutnya dilakukan. Meninggalkan barang berharga pada tempat yang tidak sepatutnya. Bukan ke ada cikgu yang patut pegang? Memang ada pun. Tapi kalau dah memang perkara tersebut akan berlaku, Kun Faya Kun, Jadi, Maka Jadilah. Itu kata ALLAH.

Selepas sahaja latihan merentas desa, hati ini tidak mengesyaki apa-apa. Sampai masanya, hati terdetik untuk mengambil beg yang telah ditinggalkan dalam dewan besar. Dewan terbuka - siapa-siapa sahaja boleh masuk. Malah orang luar pun boleh sahaja masuk. Kawan yang lain sudah berada di situ. Tidak sangka bahawa barangan berharga kawan hilang. Tak terdetik di hati aku untuk memeriksa beg yang telah ditinggalkan di dewan beserta wallet.

"Mar, tengok dulu la dompet kita." Kawan yang sama meletakkan beg bersama aku di dewan berkata. Baru la terhegeh-hegeh nak pergi tengok, selamat ke tak. Ada lagi ke tak? Bermain dekat kepala macam roller coaster yang sedang berpusing.

Dah tak boleh nak kata apa. Terbeliak sahaja. Mulut terlopong. Melihatkan beg seperti diselongkar, baru la tersedar di alam nyata. Bukan duit sahaja yang diambil. Dompet sekali diambilnya. Aku tak kisah dengan duit tu, tak bawa masuk ke alam barzakh pun. Cuma yang dirisaukan hanyalah IC yang berada di dalam dompet tersebut. Tambahan pula pelajar SPM seperti Aku ni, memerlukan IC untuk mendaftar diri. Kawan Aku pula hanya hilang duit yang boleh dikatakan banyak juga.

Source: Google Images
Kerana takut nak report pada cikgu, sebab kami tahu itu salah kami, kami terus melangkah balik ke rumah. Beritahu ayah bahawa wallet hilang, terus ke rumah cikgu di mana hanya satu taman dengan aku. Kali ni, aku dengan cikgu pula patah balik ke sekolah untuk mencari. Kalau hilang, memang susah mahu dicari. Terpaksa la kami berpatah balik ke rumah. Terima kasih cikgu menolong saya. Terima kasih banyak-banyak. Maaf kalau menyusahkan cikgu saja :)

Apa-apa pun, biarlah nasib ini sebagai perangsang untuk menguatkan diri aku yang kadang terlemah. Kadang melupakan si DIA. Insya-Allah, kita ingat ALLAH, Dia akan membantu. Dia akan sentiasa di samping kita.

No comments: