-->

Friday, December 30, 2011

Exclusive! Tentang Melly The Movie


Assalamualaikum!

Yeah, berakhir juga Tentang Dhia semalam. Semua tak puas hati sebab Ku Salmi dan Zetty tak berlaku apa-apa. Cuma Dhia dan Zikir sahaja yang mati. Itulah namanya cinta sehidup semati. Betul tak? Ala-ala Romeo dan Juliet la.

Okay, Amai dengar kata, tak lama lagi, mereka akan menayangkan Tentang Melly pula! Mesti seronok, kan? By the way, Amai ada dapat sinopsis Tentang Melly. Okay, jom baca! Eksklusif ni!

"Melly merupakan seorang remaja perempuan yang begitu liar dan pernah bersama banyak lelaki sehinggakan dia mengandung. Dia telah memusnahkan impian Dhia untuk berkahwin dengan Azmi. Maka, Dhia terpaksa melupakan hasrat untuk berkahwin dengan Azmi.


5 Tahun Kemudian
Melly mengalami koma dan apabila dia sedar, dia mula insaf dan meminta maaf dengan semua orang yang telah dianiayanya. Selepas kematian Dhia, Melly cuba mendapatkan hak penjagaan anaknya dan dia berjaya. Dia bersama Azmi bahagia.


Tetapi disebabkan Ku Salmi yang begitu geram kerana melihat kebahagiaan Azmi, maka dia menggunakan khidmat bomoh, Pak Os. Azmi mula diserang penyakit misteri. Melly mengesyaki bahawa perbuatan tersebut merupakan perbuatan Ku Salmi. Dia telah meminta bantuan Ustaz Naim untuk membantunya melawan bomoh Ku Salmi tersebut, Pak Os.


Malangnya, Azmi tidak dapat diselamatkan dan meninggal dunia. Melly mula membalas dendam dengan menyerang Ku Salmi. Dia hampir-hampir membunuh Ku Salmi tetapi berjaya diselamatkan oleh Zetty. Zetty menikam Melly dan Melly mati."

Macam best kan? Mesti pecah panggung punya! Apa-apa pun, filem mesti tonton tahun hadapan. Yeahh! Excited. Dengar kata pertengahan tahun 2012 cerita ni. Entah dapat tengok ke tak sebab almaklum la, pelajar SPM. Nak tengok wayang pun susah. Hmm, dengar kata, Nora Danish dan Adi Putra menjadi pelakon undangan.

Dengar kata juga, Tentang Melly ni merungkai kisah Melly yang begitu jahat tu, sehinggalah dia menjadi baik. Hmm, macam best kan? Tambah-tambah lagi watak Ku Salmi tu tak berlaku apa-apa pun dalam Tentang Dhia episod akhir. Haish... Okay, apa-apa kena tengok movie ni!

>><<

>><<

>><<

>><<

>><<

>><<

>><<

>><<

>><<

>><<

>><<

>><<

>><<

>><<

>><<

>><<

PERCAYA LA SANGAT! HEHE...

No comments: