-->

Wednesday, December 28, 2011

Review: Mission Impossible 4: Ghost Protocol

Source: Google Images
Hey!

Tanpa plan anything, tiba-tiba terus tengok movie ni. Mula-mula Amai fikir, malas nak tengok movie ni sebab Amai tak mengikuti siri Mission Impossible ni dari yang pertama punya. Apa-apa pun, thumbs up untuk movie ni. Kira boleh layan la walaupun Amai kurang faham.

Kali ini Ethan kena selamatkan USA daripada diserang nuklear oleh Rusia. Dia bersama dua rakannya, naaa, Amai lupa nama dorang, kena selamatkan USA. Masa tu, USA and Rusia ada konflik sedikit sehinggakan nak berperang. So, Russian macam tak terima kehadiran American di situ sehinggakan kereta yang dinaiki oleh Ethan dibom.

Nak tau cerita selanjutnya? Pergilah menonton sendiri. Amai tak tahu nak review apa untuk movie ini sebab Amai kurang berapa faham. Sebenarnya ada niat nak tengok dari yang pertama punya, tapi tunggu masa jelah sebab dah nak naik sekolah, SPM pula tahun depan. Agaknya after SPM baru boleh tengok.

Ahha, just nak kongsi beberapa part/ scene yang menarik bagi Amai.

1. Ethan dan rakannya menyamar menjadi askar Rusia dan menceroboh masuk Kremlin. Dorang menggunakan latar untuk mengelirukan pengawal di situ. Kelakar juga part tu sebab dorang sanggup nak masuk satu bilik di Kremlin ni dan menggunakan latar tersebut untuk bersembunyi. Nak tau macam mana latarnya? Tengok la sendiri :)

2. Di mana Ethan memanjat tower tertinggi di dunia iaitu Burj Khalifa Dubai. Dia panjat tanpa rasa ada perasaan takut (mungkinlah). Haha, seriously Amai memang seram masa tengok scene ni sebab nampak tinggi gila bangunan Burj Khalifa Dubai tu. Scene Ethan hampir terjatuh tu pun lagi buat orang SERAM!

3. Ethan mengejar penjahat sewaktu berlakunya sandstorm. This scene memang paling best. Bayangkan betapa susahnya nak tengok dengan mata kasar si penjahat tu sebab pasir yang tebal dan berterbangan sampaikan tak boleh lihat apa-apa. Dengan angin kuat yang boleh merosakkan bumbung kereta. Agaknya macam itulah keadaan di Dubai, kan?

Kepada penggemar movie ni mesti tak melepaskan peluang menonton, betul tak? Apa-apa pun, kalau yang nak tengok tu, tonton la dulu Mission Impossible 1-3, baru faham kesemuanya. Haha, kalau susah sangat nak cari DVD movies tersebut, download kan boleh? Tak pun baca je Wikipedia yang baik hati tu :)

Okay guys. Selamat menonton! Bye, assalamualaikum...

No comments: