Source: Google Images |
Hmm, so, how bout if we talk about human nature? Yeah, I don't know. This thingy title cross in my mind like right now. Okay, apa yang Amai cuba perkatakan adalah ragam manusia yang boleh dikatakan terlalu pelbagai (maaf jika ayat tunggang langgang). So, baca la pandangan Amai dekat bawah ni.
1. Sikap suka bersaing
Ya, main point atas ni memang tepat. Siapa yang hidup atas muka bumi ini yang tidak suka bersaing? Malah Amai sendiri suka bersaing, tambah-tambah lagi dalam pelajaran. Tapi bagaimana pula kalau terlalu over-bersaing dan sanggup buat apa-apa saja asalkan pihak lawan boleh jatuh? Oh, benda ini memang agak keterlaluan. Kalau nak bersaing, kenalah bersaing secara sihat. Jangan sabotaj orang, tak baik namanya tu.
Tambahan pula bila bersaing dalam perkara yang tak masuk akal. Sebagai contoh, bersaing untuk merebut kekasih. Haha, ini tidak COOL sama sekali. Guys, nak bersaing itu, fikir-fikir la dulu ya. Jangan terlalu over pulak. Tak baik itu.
2. Jaga kain orang yang koyak
Ahha, perkara tersebut sememangnya suka dilakukan oleh orang ramai (tak kesemua orang). Kerja nak jaga tepi kain orang saja. Bukan ke mengumpat itu salah satu dosa besar? Lagi satu, kalau korang semua tak pasti cerita tu benar atau tidak, janganlah sebarkan lagi dekat orang ramai. Sentiasa senyap dan simpan dalam hati. Bukan ke lebih baik macam tu? Tak adalah korang semua menambah dosa dan menambah dosa orang ramai :)A: Nyah, kau tau tak jiran kita tu pregnant?B: Ya ke? Bukan dorang dah kahwin?A: Apa kahwinnya? Dengar kata si perempuan tu dah pregnant sebelum berkahwin lagi.B: Eeiii, apa nak jadi la...
3. Sikap iri hati
Sikap iri hati. Siapa yang tak pernah? Mesti semua pernah. Tapi kalau terlebih iri hati sampai nak santau/ bomoh orang tu, apa kes? Eish, seram jugak orang yang kuat iri hati ni sampai nak bomoh-bomoh segala. Macam drama Tentang Dhia tu, mak menantu dia tu suka guna bomoh untuk menjatuhkan orang. Woo, selisih. Manusia makan manusia. Tak ke jijik tu?
Okay, cukup la sampai tiga saja. Kalau ada yang tak suka pandangan Amai, silalah komen. Jangan nak bash Amai pulak? Itu pun tidak cool. Bash orang bukan satu perkara yang baik. Itu sama seperti menjatuhkan nama orang. Apa-apa pun, semua di atas ni pandangan Amai dan semua pandangan tu pernah terjadi depan mata Amai. Kalau tak berlaku, Amai tak akan bagi pandangan tersebut.
Bye, assalamualaikum...
2 comments:
salam
lebih banyak dr ini..
manusia ni sikap xleh kurang..
mesti nak tambah haha
@Papa PUSS yeah, memang betul. memang banyak lagi. tapi nak senarai semua tu, kena cari pengalaman dulu. hahaha, nak tulis nanti, takut salah fakta, dah susah :D
Post a Comment