-->

Thursday, September 1, 2011

Raya :)

 Assalamualaikum :)

Alhamdulillah, dah masuk raya ketiga sudah. Tahu-tahu je, pelajar sekolah sudah mahu naik sekolah. Dah tahu sangat, mesti ramai punya yang tak siap homework. Betul tak? Kalau tak betul tu, harap dimaafkan. Anggaplah sekadar gurauan tadi.

Okay. Apa macam hari raya pertama korang? Hari raya pertama Amai macam biasa la. Bangun pagi, sembahyang sunat, pergi kubur, bermaaf-maafan, ziarah rumah sedara dan balik kampung. Nothing else. Tapi tahun ni, perayaan nampak agak slow. Tak tahu kenapa. Mungkin Amai dah masuk Form 4 ni, semangat raya dah tak sama macam semangat raya anak-anak kecil yang meriah je bila sambut raya. Tambah-tambah lagi semua excited dapat duit raya.

Cakap pasal duit raya, hehe. Ni yang excited nak cerita ni. Bayangkan, sepanjang 16 tahun Amai hidup, mungkin tak pernah sekali pun ayah bagi duit raya. Tup tup tahun ni dapat duit raya. RM100 pulak tu. Alhamdulillah, dah rezeki ayah untuk beri duit raya kepada anak tunggal dia yang seorang ini. Kira rezeki Amai jugak #lettew.

Amai tengok, ramai yang merungut di Twitter sebab tidak dapat kad raya. Almaklum la, apabila dunia ni dah maju, kad raya pun tak dipandangnya. Yang dipandangnya hanyalah kemudahan internet yang ada. Wish saja dekat Wall, mention je orang tu dekat Twitter, PERCUMA! Ahhhaa. Itulah sebabnya, sekarang ni semuanya nak percuma. Kredit tu kena simpan. Kalau guna sikit je, tahu-tahu dah habis, kan? Tapi Amai tetap ingat pemberian kad raya antara classmates. Perkara paling gembira la bila dah dapat kad raya tu. Rasa diri dihargai. Apabila dirimu begitu berharga... Garnier (Iklan).

Tak nak bebel panjang. Cukup la sampai sini je. Kalau panjang sangat, bosan pulak membaca. Okay, no new cerpen buat masa sekarang. Busy dengan study. Sorry guys! Kalau ada, Amai bagi tahu korang la, okay?! Bye and assalamualaikum :)

No comments: