-->

Sunday, August 14, 2011

Cerpen: Takdir Aku dan Kau! Part II

ADA betulnya apabila orang mengatakan bahawa hidup kita ini tidak dijangka, tidak diduga. Manusia hanya merancang, Tuhan yang menentukan. Semuanya di tangan Tuhan. Semua yang berlaku kerana Tuhan. Pertunangannya dengan Efi pun merupakan salah satu perkara yang tidak disangka-sangka.

Baliknya dia ke Batu Pahat untuk bertemu Laila disebabkan sepupunya yang seorang ini baru sahaja melahirkan anak kembar. Balik pun untuk bertemu keluarga setelah terperap terlalu lama di Kuala Lumpur. Tapi hendak buat macam mana, sudah takdir.

Pertunangannya dengan Efi berjalan lancar semalam. Ahli keluarga sebelah Efi datang ke rumahnya untuk merisik lalu bertunang. Ibunya pun tidak berapa kisah jika anaknya membuat keputusan untuk bertunang. Esok dia terpaksa pulang ke Kuala Lumpur kerana bekerja. Efi memahami.

“Ak… saya dah nak balik KL. Awak baik-baik je eh dekat sini?” bunyi cengkerik menjadi bunyi latar ketika mereka berada di kaki lima rumah Nora manakala semua keluarga sedang sibuk mengemas.

“Okay. Jaga diri dekat sana. Saya… err… tak ada dekat sana nak tengok-tengokkan awak.” Entah kenapa terasa dirinya gementar untuk bersuara. Sebelum bertunang, selamba je dia hendak bercakap dengan Nora. Selepas bertunang ni, diri terasa memegang tanggungjawab yang susah hendak diterangkan.

Nora hanya tersenyum lalu mengangguk. “Awak pun. Jangan nakal-nakal dekat sini.” Nora, apa yang kau cakap ni? Nakal-nakal? “Sorry. Jaga diri baik-baik.” Muka dah mula merah. Tidak tahu hendak disorokkan dekat mana. Kalau sorok dekat pasu ibu ni pun okay jugak. Sudah, diri sendiri dia permainkan.

“Errr… okay.” Efi hendak ketawa tetapi membatalkan hajatnya. Dia tahu Nora sedang malu. Takkan la baru bertunang dah nak ketawakan tunang sendiri. Macam tak manis je? “Awak bertolak pukul berapa esok?” matanya ditala ke arah Nora yang sedang tunduk malu. Tak habis malu lagi si Nora ni.

Nora mengangkat mukanya. “Esok, pukul 11 kot.”

“Sebelum nak pergi tu, tunggu saya, eh? Saya datang rumah awak.” Efi senyum. Nora seperti acuh tidak acuh. Tetapi hendak buat macam mana, dah Efi yang nak datang. Dia terus menganggguk.

“Okay.”
* * * * *

JAM loceng berbunyi. Mengalahkan bunyi ayam yang sedang berkokok. Sejak bila dia letak ayam dekat rumah pun dia tak tahu. Ini mesti kes sedang berhalusinasi selepas waktu tidur ni. Jam loceng yang berada di atas meja di sisi katil dijeling. Jarum menunjukkan pukul 06:01. Pagi lagi.

Hari ini balik KL. Rasanya dah lama dia tinggalkan Hani dekat KL tu. Kesian Hani. Sampai telefon-telefon lagi, tanya bila nak balik. Selepas Hani tahu sahaja dia melangsungkan pertunangan, terkejut beruk jugalah si Hani tu. Sampai merajuk budak seorang tu. Yalah, dia tidak dijemput. Tetapi hendak buat macam mana, kalau dah bertunang tu pun tunang bidan terjun.

Dia menuju ke pintu. Pintu bilik dibuka. Kakinya menuju ke bilik air yang berada di tingkat bawah. Rumah masih gelap. Mungkin semua orang kepenatan sedang tidur. Dia menuruni anak tangga.

“Nora?”

Terkejut dibuatnya apabila seseorang dari belakang menyebut namanya. Dia menoleh ke belakang. Ayah menggosok mata yang sedang kuyu lagi itu. Lega sedikit selepas dia mengetahui bahawa itu ayah.

“Ayah. Buat orang terkejut je.”

“Sorry. Nak ke mana tu?” ayahnya sudah mula menuruni tangga. Nora pun turut sama menuruni anak tangga bersama-sama ayahnya.

“Nak pergi bilik air. Nak sembahyang.”

“Oh. Kita berjemaahlah.”

Selesai sahaja sembahyang, ayah ajak duduk sama-sama. Ibu berada di dapur untuk menyediakan sarapan. Ruang tamu itu sunyi sahaja. Hanya televisyen yang berbunyi ketika itu.

“Anak ayah dah tunang dah. Macam mana perasaan?” Ayah memulakan perbicaraan selepas senyap terlalu lama.

“Huh?” mukanya mengarah ke ayah. “Perasaan? Ayah, Nora baru bertunang. Bukan baru berkahwin. Nora pun tak ada rasa apa-apa. Macam biasa.”

“Macam biasa? Tak rasa macam diri dah ada tanggungjawab yang besar?” Ayah mengerut dahi selepas mendengar jawapan anaknya itu.

“Apa la ayah. Nora bertunang. Bertunang. Bukan berkahwin.” Nora mengalihkan pandangan pada televisyen yang kini sedang menayangkan iklan entah apa.

“Ayah tahu. Tapi Nora juga kena tahu, Nora tu tunangan orang. Dah tak boleh nak bergaul sangat dengan lelaki lain.” Rambut anaknya dibelai penuh kasih sayang. Ibu dari dapur membawa white coffee untuk mereka berdua.

“Minum dulu.” Ayah dan Nora hanya tersenyum.

Nora memberi respon pernyataan ayahnya tadi. “Nora pun tak pernah bergaul dengan lelaki, ayah. Nora bergaul pun setakat rakan kerja. Itu pun sekali dua je. Tak lebih, tak kurang.” Nora bersungguh-sungguh meyakinkan ayahnya.

“Nora dah besar, bang. Tahu la dia jaga diri. Kita ada Azmi lagi yang nak kena jaga.” Kali ini ibu pula meyakinkan ayah.

“Ayah nak kamu jadi orang baik. Jadi tunang Efi yang baik. Ayah sayang kamu.”

“Nora pun sayang ayah.”

Mereka bertiga tersenyum. Semoga keluarga mereka bahagia sentiasa.

NORA baru sahaja bersalaman dengan ayah, ibu dan Azmi. “Nora pergi dulu.”

Efi yang berada di sebelah Azmi hanya tersenyum apabila Nora berada di hadapannya. “Awak take care tau dekat KL. Ingat, saya tak ada dekat sana nak tengok-tengokkan awak.” Efi memberi nasihat. Nora mengangguk.

“Ya, saya tau. Awak pun. Jaga diri.”

“Saya tahu. Dah sampai KL nanti, jangan lupa call saya. Insya-Allah, kalau saya tak busy, tak ada aral melintang, saya akan pergi KL, jenguk-jenguk awak.” Drama mereka diperhatikan oleh ibu, ayah dan Azmi. Azmi dah macam kera tersengih.

“Sudah-sudah la buat drama tu.” Azmi berseloroh. Tak pasal-pasal belakang badannya ditepuk ibu.

“Awak tu budak sekolah, jangan nak menyibuk.” Ibu memberi nasihat kepada Azmi. Efi dan Nora dah ketawa. Ayah pun sama ketawa.

“Mana ada drama. Ceh, jealous la tu. Entah-entah orang tu dah tak sabar nak kahwin.” Nora menyakat adiknya. Azmi hanya tersengih. Budak lelaki, cakap pasal kahwin je, memang suka habisan. “Suka eh?”
Efi ketawa. “Biasa la, budak lelaki.”

“Ermm, okey. Nora pergi dulu.” Dia melihat setiap muka yang berada di situ. Ayah, ibu, Azmi dan Efi.

“Assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam.” Serentak mereka menjawab.
* * * * *

“ASSALAMUALAIKUM!” satu suara dari luar memberi salam. Hani yang sedang membaca majalah EPOP terdiam. Macam kenal je suara. Nora ke?

“Waalaikumussalam.” Dia menjawab dari dalam. Langsir diselak sedikit untuk melihat gerangan suara yang memberi salam sebentar tadi. Nora! Tombol pintu segera dipusing. “Nora!”

Terkejut juga Nora. “Hani!” Mereka berdua berpelukan erat. Baru sahaja berapa hari tidak jumpa. Apanya baru beberapa hari. Hampir dua minggu dia tinggalkan Hani. “Aku rindu kau!” suara Nora ditenggelami dengan jeritan Hani. Hani ni pun satu, bukannya fikir orang keliling. Main jerit je.

“Aku rindu kau juga!” Mereka berdua ketawa. “So, engaged, huh? Tak jemput aku pun.” Hani buat muka merajuk. Dia masuk ke dalam rumah. Nora dah menggeleng. Dia sama-sama masuk ke dalam rumah. Hani sudah duduk di sofa. Nora datang mendekati.

“Ala, kau merajuk ke? Okey. Kau kasi aku mandi dulu. Nanti aku cerita dengan kau apa yang berlaku.”
Hani menjeling rakannya. Nora tersenyum lalu meninggalkan Hani berseorangan di situ.

* * * * *

EFI menghempaskan tubuhnya di atas katil. Mukanya diraup. Tidak disangka dia. Nora yang asalnya merupakan kawan sekolah lama, kini menjadi tunang. Dulu pun mereka tidak serapat mana. Setakat rakan sekelas yang hanya berbual sekali sekala.

Nora sedang tekun membaca buku Biology. Kepala tak dapat nak mencerna apa yang tertulis di dalam tu. Mitosis – meiosis – cell division.

“Kau kenapa nak kacau aku?!” suara tersebut menganggunya. Dia melihat seorang budak lelaki yang sedang mengamuk sambil memegang beg entah siapa. “Kau jangan sampai aku baling beg kau ni!” Seorang lagi budak lelaki kelihatan sangat takut.

“Maaflah. Aku tak sengaja.” Terketar-ketar dia hendak menuturkan kata-kata.

“Apa kes kau tak sengaja?! Aku tak suka la weh dengar perkataan ‘sengaja’ tu.” Tak pasal-pasal beg yang dipegangnya dibaling. Nora tersentak. Apa kes dengan Efi ni?

“Yan, apa kes dengan Efi tu? Mengamuk tak pasal. Kesian Hamid tu.” Yan yang berada di sebelahnya ditanya.

“Hamid tadi tak sengaja langgar meja Efi masa Efi tengah tidur. Tu sebab Efi mengamuk.” Yan menggeleng. “Aku tak tahu la apa kes dengan Efi ni. Kerja nak mengamuk je.”

“Efi, sudah la tu! Dia tak sengaja!” Nora tiba-tiba bangun lalu mengambil beg Hamid. Segera dia memberi kepada Hamid. Hamid berlalu pergi.

“Woi! Kau nak pergi mana?!” Efi tidak puas hati. Dia hendak mengejar Hamid tetapi kolar bajunya ditarik.

“Efi, kau ni tak serik ke apa?! Sudah la tu. Jangan mengamuk boleh tak? Tak pasal-pasal kau kena panggil dengan Cikgu Mamat lagi.” Cikgu Mamat, guru disiplin sekolah tersebut.

Efi menolak tangan Nora. Dia berlalu pergi. Nora hanya menggeleng.

Memori? Memori yang tidak akan dia lupa. Entah kenapa waktu tu dia boleh tumpas dengan Nora. Entah kenapa dia boleh dengar cakap Nora untuk berhenti mengamuk. Aura Nora agaknya. Dan mungkin juga Nora ada menyebut pasal Cikgu Mamat. Tapi rotan Cikgu Mamat tak pernah beri kesan pun kepada Efi. Makin menjadi perangainya adalah.

Nora.
* * * * *

“OH, baru aku faham. Kiranya kau tunang secara tiba-tiba la ni?” Hani mengangguk tanda faham setelah Nora cerita panjang lebar tentang pertunangannya dengan Efi.

“Sekarang, nak merajuk lagi tak?” Nora berseloroh.

Hani tersengih lalu menggeleng. “Aku tak merajuk dah. Tapi kau kena denda sebab tinggalkan aku lama sangat dekat sini. Aku nak kau masakkan untuk aku. Aku rindu masakan kau!” Dah mula dah.

“Ya, ya. Aku masakkan.”

“Oh, aku lupa pulak. Sepanjang kau dekat BP, ada orang bagi bunga dekat kau. Hantar pos lagi.”
Bunga? Takkan Efi bagi bunga? Efi pun tak tahu dia duduk dekat mana. “Mana bunganya?”

“Bunganya dah layu.” Hani tersengih. “Tapi ada surat dalam bunga tu. Kau baca la. Aku ada letak dalam laci meja tu.” Hani menunjuk laci meja yang terletak berhadapan televisyen.

Dia menarik laci tersebut. Sampul surat berwarna merah jambu menarik perhatiannya. Kelihatan surat itu dituju kepadanya. Perlahan-lahan dia mengambil surat itu. Hani sudah pergi ke dapur, entah buat apa. Sampul itu dibuka. Kandungan di dalam diambil.

Nora,
Saya dah lama memerhatikan awak. Saya harap
kita dapat berkenalan dengan lebih lagi.
- Rahim -

Gulp! Rahim? Encik Rahim? Tak mungkin. Tak mungkin Encik Rahim. Takkan bos dia sendiri nak berkenalan dengan dia? Dengan gadis biasa seperti dia? Tak mungkin. Encik Rahim tak akan dan tak mahu berkenalan dengan gadis seperti dia. Sudah! Kusut kepalanya.

* * * * *

HARI ni datang office macam biasa. Semua sibuk nak bertanya, mana pergi sepanjang dua minggu ni. Pergi bertapa dekat mana. Gua? Hutan? Macam-macam. Sampai dia sendiri tak selesa. Seperti suspek yang sedang disoal siasat oleh pakcik-pakcik polis.

“Nora, Encik Rahim nak jumpa. Ada hal katanya.” Jaie yang baru sahaja keluar dari bilik Encik Rahim memberitahunya.

Nora mengerutkan dahinya. “Ada apa nak jumpa?”

“Entah. Hal penting katanya. Dia nak jumpa kau sekarang jugak. Lebih baik kau cepat masuk sebelum dia tu membebel.” Pekerja di syarikat itu sudah masak dah dengan perangai Encik Rahim itu. Kuat membebel mengalahkan perempuan.

Nora hanya mengangguk. Dia mengambil buku nota kecil dan pen. Mana tahu kalau-kalau ada benda penting yang perlu dicatat. Dia bangun lalu segera ke bilik Encik Rahim. Nora pun tak ada syak apa-apa. Mungkin hal kerja la tu.

Dia mengetuk pintu. “Masuk!” suara dari dalam menyahut untuk orang di luar masuk. Nora memusing tombol pintu. Angin penghawa dingin menerpa mukanya. Sejuk.

“Ada apa Encik Rahim?” kini Nora dah berada di hadapan meja Encik Rahim. Encik Rahim menjeling ke atas. Berserabut jugak Nora tengok Encik Rahim ni. Dengan kertas kerja yang bersepah atas meja.

“Nora! Lama rasanya saya tak jumpa awak. How’s your holiday?” Riak muka Encik Rahim berubah. Dari kusut, terus ceria.

Takkan Encik Rahim nak tanya itu je? “Ermm, it’s just fine.”

Great! Err, saya nak tanya, awak ada dapat bunga tak daripada saya?”

Gulp! Bunga? Haik? Ke aku yang salah dengar. “Bunga?”

Yes, bunga!”

Nora dah pelik. Buat perangai ke apa Encik Rahim ni? Dah la bagi bunga. Lepas tu buat muka tak tahu malu nak tanya aku, ada dapat bunga ke tak. Encik Rahim ni tak fikir ke apa yang dia tulis dalam nota kecil tu? Macam tak ada perasaan malu je. Macam rushing sangat je.

“Ada. Bunga tu daripada Encik Rahim ke?” Nora mengangkat kening sebelahnya mencari kepastian.
Of course from me. Daripada siapa lagi?” Sudah! Memang dah gila bos aku seorang ni. “Saya ikhlas nak berkenalan dengan awak.”

Rushing! Rushing! Rushing! Tak pernah aku jumpa lelaki terdesak macam Encik Rahim ni. “Encik Rahim, saya rasa cukup la hubungan kita sebagai majikan dan pekerja. Saya tak nak terikat apa-apa denga encik.” Nora tenang memberitahu.

“Salah ke saya nak kenal? Saya ikhlas ni.” Encik Rahim, tak faham lagi ke saya beritahu tadi. Kata-kata itu hanya mampu terdetik dalam hati, tidak terdetik pada mulut.

“Encik Rahim nak kenal macam mana? Kan Encik Rahim dah cukup kenal dengan saya, dengan pekerja-pekerja Encik Rahim.” Nora masih lagi boleh bertenang.

“Itu lain Nora.” Encik Rahim termenung sebentar. “Saya nak kenal dengan awak lebih mendalam. Relationship?”

“Sorry Encik Rahim. Saya bukan untuk Encik Rahim. Saya tahu, ramai lagi perempuan yang nak berkenalan dengan Encik Rahim. And that girl is not me! Fullstop.” Nora melangkah keluar dari pejabat Encik Rahim. Encik Rahim hanya mampu memerhati. Buat haru je Encik Rahim ni!

Nora! Kenapa kau tak cakap je kau dah bertunang?!

* * * * *

“HELLO orang KL.” Nora rasa macam nak gelak.

“Apa ni orang KL? Walaupun saya orang KL, hati masih orang BP, tahu tak?!” Nora ketawa.

So, how’s your day?” Efi dah mula menjadi tunang-yang-bertanggungjawab-terhadap-tunangnya.

Bad!” Nora teringat balik peristiwa dekat pejabat tadi. Apa kes je Encik Rahim tu.

Why? Cuba cerita.” Nora mula bercerita. Cerita penuh, boleh buat jadi cerpen. Daripada pemberian bunga itu sampai la peristiwa dekat pejabat.

Efi dari hujung talian ketawa. “Okey, tunang saya dah ada orang nak rampas. Kena hati-hati ni.”
“Apa kes cakap macam budak umur 5 tahun ni? Tak pasal-pasal saya kena rampas nanti, baru awak tahu.” Nora dah merajuk.

“Alala, sorry. Sabar je, eh? Dugaan dalam pertunangan, mungkin?”

Mungkin. Ada juga dia dengar orang kata, kalau dah bertunang ni, dugaan keliling pinggang. Macam-macam berlaku. “Mungkin.”

“Awak berdoa je supaya benda-benda yang tak diingini dielakkan daripada berlaku dalam perhubungan kita.” Efi serius dalam tenang.

“Insya-Allah. Amin.”
* * * * *

HARI minggu! Tiada hari indah selain hari minggu. Dia bangun dengan senyuman di muka. Senyuman gembira. Senyuman hari minggu! Dapat lari daripada masalah dan kekusutan yang berlaku di pejabat. Relaks!

Nora menyegerakan kakinya ke dapur. Ketang ketung ketang ketung. Hani masak ke? Dia menjengulkan kepalanya. Sah, memang Hani masak. “Hani! Kau masak apa?!”

“Opocot pocong depan mata kau! Hish kau ni. Tak boleh bagi salam dulu ke? Dibuat terbakar dapur nanti, siapa yang susah? Aku dengan kau jugak yang susah.” Hani membebel.

“Hani, jangan bebel sangat. Nanti air liur masuk dalam masakan. Terus tak sedap pulak.” Nora berseloroh lalu ketawa. Dia membuka peti ais. Air masak dalam botol membuatkan dia kecur. Tekak dah menjerit untuk dibasahkan. Perlahan dia ambil mug betul-betul bersebelahan peti ais. Botol minuman diambil lalu dituang ke dalam mug. Diteguk sekali lalu. Haa, lega.

“Nora, tadi ada orang telefon phone kau. Encik Rahim.” Nak tersembur keluar air dalam mulut apabila mendengar nama Encik Rahim.

What?! Nak apa dia call aku pagi-pagi ni?” apa aje Encik Rahim nak pagi-pagi Sabtu ni. Nasib baik aku tak bawa masuk telefon dalam bilik tadi. Kalau tak, buat spoil je bangun pagi-pagi dikejutkan bosnya.

“Entah. Dia kata penting. Nanti dia call kau balik.” Nasi goreng yang digorengnya tadi sudah dimasukkan ke dalam bekas. Aroma nasi goreng mengecurkan Nora. Kalau Hani yang masak nasi goreng, memang terbaik dari ladang! “Makan dulu.” Nora awal-awal dah ambil pinggan. Dia mencedok nasi goreng tersebut. Doa dibaca. Nasi goreng itu dimakannya. Sedap!

“Perlahan-lahan makan. Nanti tercekik pulak.” Nora hanya tersenyum.

Big Bang – Love Song berdendang kuat di ruang tamu. “Tu macam phone kau je.”

“Memang phone aku pun.” Dia berlari ke ruang tamu. Efi la kot. Telefon bimbit N70 diambil di atas meja. Encik Rahim. Haa? Apa yang penting sangat ni sampai telefon orang. Punat hijau ditekan.

Hello.” Suara Encik Rahim, berbeza. Suara macam… KASANOVA!

Hello. Ada apa encik?” Nora terus menanya hajat bosnya yang dikatakan penting sangat tu.

“Tak ada apa. Saja nak call awak.” Saja nak call awak? Betul ke apa aku dengar? Ke telinga aku tak korek lagi? Haish. Encik Rahim! Nak apa lagi?!

“Err… okay.”

“Dah sarapan?” suara kasanova habisan!

“Err, dah.” Sepatah ditanya, sepatah la dia jawab.

“Tak nak tanya saya dah sarapan ke?” Uwek! Nak termuntah aku dengar. Tolong Hani! Bawakan aku baldi. Aku nak muntah.

“Haa?! Err, encik dah makan?” nasib baik tak termuntah.

“Dah.” Encik Rahim ketawa manja. Geli geleman dibuatnya Nora. “Tak payah la panggil saya encik. Panggil Rahim je cukup,” suara kasanova ditambah dengan suara buaya darat! Perfect voice for a man.

“Okay.” Apa kes aku nak panggil kau Rahim? Aku lagi suka panggil kau The Casanova Boss. Baru gempak! “Encik… aaaa, Rahim, saya ada kerja nak buat ni. Assalamualaikum.”

“Eh, tapi…” belum sempat Encik Rahim nak cakap, Nora sudah cepat-cepat menekan punat merah. Rasakan! Rahim konon. Dasar kasanova!
* * * * *

“AWAK!” manja suara Nora.

“Ya?”

“Saya kena kacau lagi dengan bos,” Nora mengadu. Sepanjang dia berada di KL, Efi la yang jadi Pusat Aduannya.

“Lagi? Kali ni dia buat apa pulak?” soal Efi. Kerutan di dahi terserlah.

“Ada ke patut dia call saya pagi-pagi, lepas tu dia punya suara punya la kasanova!” Nora mengadu. Kalau ikutkan hati, nak je dia tumbuk-tumbuk muka Encik Rahim tu.

Suara di sana ketawa. “La, dia suka awak la tu. Sampai pagi-pagi call.” Efi masih ketawa lagi.
“Ketawa! Suka sangat la tu kalau saya kena rampas!” merajuk sudah.

“Cakap je la awak tu dah jadi tunangan orang.”

“Dah CAKAP! And awak nak tau apa dia cakap? Awak bohong ni.” Nora mengajuk percakapan Encik Rahim.

“Tak apa dear. Bersabar eh?”

“Dah banyak bersabar dah ni.”

Good. Haa, puasa dah nak dekat ni. Tak balik BP ke?”

“Insya-Allah saya balik kalau tak busy.”

Perbualan tentang Encik Rahim diberhentikan. Topik lain dibicarakan. Tak apa. Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian.

SIARAN berita tak masuk dalam kepala sepenuhnya. Dia memandang kosong televisyen itu. Hani tengah online. Tiba-tiba bunyi hon dari luar berbunyi. Banyak kali.

“Siapa tu Nora? Cuba kau tengok.” Hani dah suruh Nora untuk tengok mana tahu kalau-kalau ada orang nak datang rumah mereka.

Nora bangun lalu ke pintu rumah. Sebelum itu, dia menyelak langsir dahulu, sebagai perlindungan. Mana tahu tiba-tiba buka pintu, ada orang nak rompak. Tapi takkan la pukul 8 lebih orang nak rompak rumah? Haha. Hampir nak terjojol matanya melihat sesusuk tubuh yang begitu dia kenal. Encik Rahim! Bersama gitar.

“Hani, apa kes bos aku datang rumah bawak gitar ni?”

“Haa? Bos kau? Bawa gitar? Biar betul.” Hani turut sama melihat luar melalui tingkap. Memang Encik Rahim, bersama gitar. “Kau buka je pintu tu.”

“Assalamualaikum!” Encik Rahim memberi salam. Nora segera mengambil tudung lalu disarung. Tombol pintu dipusing.

“Waalaikumussalam.” Nora keluar. “Ada apa encik datang malam-malam ni?” Walaupun dia dah bosan dengan perangai Encik Rahim, tatasusila dia sewaktu bercakap masih dijaga.

“Saya datang nak tuju lagu dekat awak! Dengar eh.” Encik Rahim memetik gitar. Lagu Bruno Mars – Just the Way You Are dinyanyikannya. Hancur! Kod gitar lari. Suara macam burung gagak. Muka Nora dah tak tahu hendak simpan mana. Dia malu dengan jiran tetangga.

Hani keluar lalu berada di sisi Nora. “Nora, suruh dia berhenti! Orang marah nanti.”

Nora mengangguk. “Encik, stop! Stop it!”

“When I see… berhenti? Okay.”

“Kenapa dengan encik ni? Jadi macam orang gila tak tentu arah. Nyanyi malam-malam depan rumah saya. Tak hiraukan orang sekeliling. Boleh tak encik hentikan benda ni semua? Saya dah bosan dengan semua ni!” Nora mengeluarkan segala isi hati yang dah lama dia simpan dan pendam.

“Nora, I’m sorry. I’m so sorry. Awak tak suka ke?” Nora buat tak endah. Dia masuk terus ke dalam rumah. Tinggal Hani sahaja di situ.

“Lebih baik encik balik dulu sebelum apa-apa berlaku.” Encik Rahim hanya mengangguk. Dia masuk ke dalam kereta lalu memecut. Hani segera berlari ke dalam rumah. Nora sedang duduk di sofa. Muka kemarahan. Takut juga dia tengok muka Nora waktu tu. Seram. Dia duduk di sebelah Nora. Belakang badan Nora diusap-usap.

“Nora, sabar. Kenapa dengan bos kau tu?” Hani bertanya. Dia pun tak tahu apa-apa. Tiba-tiba je berlaku sekelip mata.

“Kau bayangkan, hampir sebulan aku kena tahan dengan perangai dia?! Tak habis-habis nak berkenalan dengan aku. Dasar lelaki…!” Nora menghamburkan kemarahannya.

“Oh, selama ni Encik Rahim call kau sebab nak berkenalan la? Kau kan dah tunang. Dia tak tahu ke?” Hani bertanya lagi, simpati terhadap rakannya.

“Dah cakap, dia tak percaya. Banyak kali aku cakap. Dia tetap jugak tak percaya.” Hani dah berkerut dahi. Apa kes dengan Encik Rahim tu? Takkan terdesak sangat sampai buat benda ni semua.

“Okay la. Kau selesai dengan dia baik-baik. Suruh Efi datang sini. Selesai secara baik, secara bersih.” Hani memberi cadangan. Kelihatan Nora termenung jauh.

Betul jugak apa yang diperkatakan Hani. Dia mesti bawa Efi ke KL. Dia mesti bawa Efi bertemu Encik Rahim. Kalau tak, makin menjadi perangainya.
* * * * *

KESIAN Nora. Dia terpaksa tanggung bebanan. Dengan masalah Encik Rahim, dengan kekusutan di pejabat. Ya ALLAH, bagi la kesenangan dan kemudahan kepada Nora. Kesian dia terpaksa tanggun semua ini. Kalau boleh, biar dia tanggung sama.

Nora yang berada di hadapannya kelihatan muram. “Nora? Makan dulu. Perut kosong nanti.”

Puasa sudah menjelang. Hari ini dah 2 Ramadan. Mereka berbuka di restoran. “Jangan muram sangat. Dah masuk waktu berbuka dah ni. Makan dulu.” Tenang Efi memujuk tunangnya itu.

Nora hanya mengangguk. Kurma yang telah disediakan oleh pihak restoran dimakannya. Cukup sahaja 1 biji. Jus oren dihirupnya, membasahkan tekak yang sudah kering. Nasi goreng kampung yang berada di hadapannya seperti tak menyelerakan dia.

“Kenapa? Muram je dari tadi.” Efi bertanya dalam nada tenang.

Nora hanya menggeleng. “Entah. Pening memikirkan KL.”

So, tak payah la fikir. Awak dekat BP kan sekarang? Tenangkan diri dulu. Awak pun dah minta cuti dengan Encik Rahim, kan? Dia pun tak kisahkan awak cuti?”

“Okay, don’t mention his name!” Nora memberi arahan. Efi hanya mengangguk.

“Nanti kita fikir jalan penyelesaian. Makan dulu. Saya nak ke surau.” Nasib baik restoran tersebut berdekatan dengan surau. Dapat la dia solat berjemaah.

“AWAK ada nak pergi mana-mana ke?”

Nora menggeleng. “Okey. Saya hantar awak balik rumah.”

Kereta Myvi menyusur laju.

“Awak, saya dah tak tahu nak buat apa dah.” Nora memulakan perbicaraan.

“Awak, awak kena bersabar. Kan saya dah cakap, nanti saya ke KL. Saya akan slow talk dengan Encik Rahim.” Efi memberi respons.

“Tapi kalau dia tak percaya?”

“Awak, be rational. Takkan la dia tak percaya kalau tunang awak sendiri confront dengan dia. Saya lelaki. Dia lelaki. Saya tahu la macam mana nak cakap.” Efi cuba meyakinkan Nora. Nora kembali termenung. Kesian Nora. Kusut kepala dia.

“Tapi awak kena bertahan dulu. Bulan puasa ni, saya memang tak ada masa nak ke KL. Banyak kerja nak dilakukan. Awak bertahan eh? Saya tahu, awak kuat. Jangan mengalah.”
* * * * *

SEPANJANG bulan Ramadhan ni, dia memang bersabar sahaja dengan kerenah Encik Rahim. Ingat Nora. Kau mesti kuat. Macam Efi cakap, kau kuat! Kau boleh menghadapinya.

Setiap kali apabila bertembung dengan Encik Rahim sahaja, dia akan cuba mengelak. Mengelak untuk berbual. Dia malas hendak berbual dengan Encik Rahim. Jika dia nampak Encik Rahim dari jauh, cepat-cepat dia bersembunyi.

Jika Encik Rahim menelefonnya, menghantar pesanan ringkas, dia tidak akan mengangkat, tidak akan membalas. Pernah sekali dia beri ceramah dekat Encik Rahim.

“Encik Rahim, sekarang bulan Ramadhan. Lebih baik encik baca al-Quran, pergi tunaikan solat tarawih, join tadarus di masjid, ataupun buat kerja-kerja amal daripada mengejar saya. Saya dah penat dengan semua ni. Tolong jangan buat saya moody sepanjang bulan puasa ni.”

Sejak dari hari itu, Encik Rahim dah tak banyak sangat kejar dia. Tapi kemungkinan besar Encik Rahim ada menjelingnya. Banyak kali Nora dapat menangkap jelingan Encik Rahim. Nora hanya mampu bersabar. Ya ALLAH, tolonglah aku hadapi semua ini.
* * * * *

ALHAMDULILLAH, hari raya dah nak menjelang. Bukannya dia hendak syok beraya. Tapi Efi dah berjanji, dia akan bersemuka dengan Encik Rahim. Tak lama lagi terlepas la dia dari penjara Encik Rahim tu!

Takbir raya berkumandang di televisyen. Sedih apabila mendengar. Ibu, ayah dan Nora sedang sibuk di dapur. Azmi tak payah cerita, lepas Maghrib tadi, hilang entah ke mana. Main mercun la tu. Banyak kali orang bagi nasihat, jangan main mercun. Tapi dia tetap berdegil. Biasalah, budak lelaki. Masuk telinga kiri, keluar telinga kanan.

Big Bang – Love Song berbunyi. Dia segera berlari ke depan mengambil telefon bimbitnya. Efi.

“Assalamualaikum.” Suara di sana memberi salam.

“Waalaikumussalam.”

“Haik? Riang je suara? Suka ke dah nak raya esok?” Efi ketawa. Baguslah kalau Nora dah kembali ceria.

“Bukanlah. Cuma happy je tolong ibu dengan ayah sediakan hidangan raya.”

“Oh, awak, keluarga saya nak datang rumah awak esok. Awak tak ada pergi mana-manakan?” soalnya.

“Esok? Tak ada. Datanglah.” Nora segera bersetuju.

“Okay. Masak sedap-sedap. Nanti saya nak makan puas-puas.” Efi ketawa. Nora turut sama ketawa.

“Eleh, bukan saya masak pun.”

“Yelah. Okay, saya nak tolong ibu dengan ayah jugak. Assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam.”

“Ayah, ibu, esok Efi nak datang!” Nora menjerit dari depan.

“SAYA pergi KL 10 haribulan. Hari sabtu. Minggu kedua Syawal.”

Nora hanya mengangguk bersetuju. Sewaktu bersembang tadi, sempat juga mereka menceritakan segala yang berlaku di KL, segalanya yang berlaku terhadap Nora. Ayah Nora la yang paling terkejut. Tetapi selepas mereka mengatakan bahawa mereka akan selesaikannya, ayah kembali reda.

“Lebih baik kamu selesaikannya dengan cepat,” nasihat ayah Nora. Mereka berdua mengangguk.
* * * * *

ENCIK Rahim kelihatan segak dengan baju Polonya beserta seluar jeans lusuh. Dia menunggu kedatangan Nora.

“Assalamualaikum.”

“Waalai…kumussalam…” terkejut Encik Rahim setelah melihat lelaki bersebelahan Nora. Efi berjabat tangan dengan Encik Rahim. Mereka sama-sama tersenyum.

“Kenalkan, tunang saya, Hefizudin. Awak, inilah Encik Rahim.” Nora mula-mula memperkenalkan Efi kepada Encik Rahim, kemudian dia memperkenalkan Encik Rahim kepada Efi.

“Err… duduklah dulu,” jemput Encik Rahim.

Pelayan restoran datang mengambil pesanan. Mereka hanya memesan air sahaja. Dan kesemuanya jadi senyap sunyi. Muka Encik Rahim dah macam orang bersalah tak tentu arah. Nora hanya menunduk. Efi termenung.

“Macam inilah, Encik Hefizudin. Saya minta maaf sangat-sangat kalau menganggu tunang encik.”
Efi hanya mengangguk. “Encik Rahim tak perlu minta maaf dengan saya sebenarnya. Lebih baik encik minta maaf dengan Nora.”

Encik Rahim menelan air liur yang terasa susah hendak ditelan. Pandangannya kini pada Nora yang sedang tunduk. “Nora, maafkan saya. Maafkan saya sebab… menganggu privasi awak. Menganggu awak setiap masa. I’m so sorry.”

Efi menoleh Nora. Nora mengangkat kepala dan melihat Encik Rahim, lalu menoleh ke arah Efi. Efi hanya tersenyum lalu mengangguk.

“Saya maafkan Encik Rahim. Dan…” dia mencari sesuatu di dalam beg tangannya. Sampul surat berwarna putih ditujukan kepada Nora. “Ini untuk encik. Kalau ada masa, datanglah.”

Encik Rahim cuak. Mula-mula dia fikirkan surat tersebut surat perletakan jawatan Nora, tetapi selepas dia melihat kandungan di dalamnya adalah kad jemputan perkahwinan Nora dan Efi. “Insya-Allah saya datang. Bulan Disember, mungkin saya free.”
* * * * *

“KELUARGA sebelah lelaki, cepat ambil gambar sini!” Tak boleh nak kata sewaktu itu. Kecoh. Meriah. Semua berebut-rebut nak ambil gambar mereka sebagai kenangan.

Jurukamera kelihatan sudah berpeluh. “1, 2, 3!” Snap!

“Keluarga sebelah perempuan pulak!” jurukamera tersebut memanggil.

Semua hendak berdiri dekat dengan pengantin. “Eh, budak-budak duduk bawah,” jerit ibu saudara Nora. Nora dan Efi ketawa melihat gelagat anak-anak kecil merangkap anak-anak sedara Nora.

Setelah selesai menyusun, jurukamera tersebut mengambil gambar. “1, 2, 3!” Snap!

SEWAKTU makan damai, semua orang sibuk duduk depan nak melihat pengantin makan. Semua sibuk nak mengambil gambar. Tapi gelagat anak-anak kecillah yang paling lucu apabila dilihat. Semua kecur melihat kek ising dua tingkat itu. Tak sabar-sabar agaknya untuk makan.

Selesai sahaja makan damai, pengantin bersalam-salaman dengan saudara-saudara dan sahabat handai yang datang. “Abang, Encik Rahim. Dengan siapa tu?”

“Mana?” Efi tercari-cari.

“Itu.”

Gotcha! “A’ah la. Dengan siapa tu?”

Encik Rahim datang mendekati mereka. “Assalamualaikum. Wah, selamat pengantin baru Nora, Efi.” Encik Rahim kelihatan tidak kekok selepas kejadian hari itu. Wanita bersebelahannya senyap tak berkata. Hanya senyum sepanjang masa. Nora bersalaman dengan wanita tersebut.

“Oh, perkenalkan, bakal tunang saya.”

Bakal tunang?! Ohoo. Cepatnya la Encik Rahim cari pengganti. Tahu-tahu je dah nak bertunang?! “Apa-apa pun, selamat bertunang.” Efi memberi ucapan kepada mereka berdua.

Encik Rahim hanya ketawa. “Belum bertunang lagi la.” Nora turut sama ketawa.

“ABANG, agak-agak, macam mana ek Encik Rahim mengurat bakal tunang dia tu dulu? Ada tak dia nyanyi melalak depan rumah?” Nora dah bertanya soalan luar alam. Efi tak tahu sama ada hendak ketawa atau tak.

“Entah. Lagi dahsyat kot cara dia mengurat.” Ketawa pecah.
* * * * *

“SAYANG ingat lagi tak waktu kita dekat sekolah dulu?” Nora yang berada di sebelahnya dijeling.

“Mana tak ingat. Siapa yang paling nakal dulu dalam kelas.” Ketawa pecah.

“Itu zaman abang dalam zon ‘tak betul’. Tapi sekarang dah lain, kan?”

“Eleh, puji diri sendiri ke?” Nora mencebik bibir.

“Apa buat bibir macam tu?”

Nora tersengih. “Siapa la budak tu kan, sampai jadi anak angkat Cikgu Mamat. Anak angkat kesayangan tu. Hampir setiap hari, ada je kena sebat.” Ketawa pecah.

“Perli je.” Efi mencubit pinggang Nora.

“Sakitlah.”

“Tau pun. Perli orang lagi.”

Kita tidak mengetahui jodoh kita. Kadang-kadang jodoh berada berdekatan dengan kita sahaja, tetapi kita tak pernah nampak. Tak pernah tahu. Itu kerana Allah telah menentukan segalanya. Manusia hanya merancang, Allah yang menentukan.

Semoga berkekalan perkahwinan Nora dan Efi. Amin.

Okay, Penulisan2u tak keluarkan cerpen ni pun. Amai pun tak tahu kenapa -.- Hailaaa. Hehe :3 Tapi seperti yang dijanjikan, Amai akan mengeluarkan cerpen ni pada hari Ahad, kan? So, Amai dah keluarkan dah. Lalalala. Enjoy reading ;)


No comments: