Heyy ;)
Alhamdulillah, pejam celik pejam celik, kita semua sudah masuk 12 Ramadhan. Dan bagi anak-anak kecik dan yang dah besar panjang semua, dah tak sabar nak raya. Haikk? Takkan fikir raya je? Kita ada lagi dua minggu untuk melaksanakan puasa ni. Tapi semua dah sibuk nak beraya. Sampaikan lagu raya pun dah pasang dalam rumah dan juga telefon.
Itulah... Hlovate ada beritahu dalam novel Contengan Jalanan dia, orang Malaysia ni hanya berpuasa mengikut adat. Berpuasa hanya setakat menahan lapar dan meninggalkan larangan yang membatalkan puasa. Malam pulak, buat balik benda bukan-bukan. Betul jugak apa yang Hlovate cakap tu. Kankan? ;D
Hehe :D Bagi yang berpuasa itu, okay la. Tapi macam mana kalau yang tak berpuasa tu? Dah la bulan Ramadhan, tapi orang Islam sendiri yang makan depan orang yang sedang berpuasa. Eish3 -.- Sabar jelah. Okay, ada satu kes ni, berlaku berhampiran taman Amai. Nampaknya orang tu masih tak faham-faham agaknya dan Amai rasa perkara tu merupakan satu perkara tidak menghormati bulan Ramadhan.
Ya, memang betul, ramai yang mencari rezeki pada bulan Ramadhan ni. Ramai yang akan menjual makanan dan minuman di bazar. Betulkann? Tapi kalau buka kedai tersebut pada pukul 2 or 3 petang, kira make sense lagi. Tapi kalau pukul 11 or 12 sudah buka kedai, macam mana pulak? Yeah, benda ni berlaku! Memang berlaku. Amai sendiri yang jumpa. Sudah bertahun pihak tu buat benda ni. Buka kedai pada pagi hari, then mulalah pelajar-pelajar sekolah, pada pukul 1 or 2 petang, membeli makanan. Kalau Amai, nak fikir positif pun susah sikit. Sebab apa pelajar sekolah beli makanan pada pukul 1 or 2 petang? Ada banyak masa lagi untuk beli makanan berbuka, kan?
Okay. Apa-apa pun, fikirlah positif. Positive mind is healthy. Daa, malas nak cerita lagi. Hehe ;D Assalamualaikum..
P/S: Cerpen Takdir Aku dan Kau! (II) akan keluar pada hari Ahad ini (Insya-Allah).
No comments:
Post a Comment