-->

Saturday, September 3, 2011

Hantu Bonceng


Assalamualaikum ;)

Naaaaa... Akhirnya, dapat jugak Amai menonton filem ni. Almaklumlah, selepas menonton trailer-nya di kaca TV pada bulan Ramadan yang lepas, hati ni tertarik untuk menonton filem ni. Tengok trailer pun dah kelakar, lagikan filem penuhnya, betul tak?

Memang ketawa saja sepanjang menonton filem ni. Bayangkan, ada sorang abang tu, ketawa tak ingat dunia. Kalau la ada Award Penonton Paling Banyak Ketawa, abang tu je yang dapat. Haha. Memang respect la cerita ni! Bayangkan, wayang masa tu memang penuh. Ada tempat kosong pun setakat 4-5 seat je.

Okay. Marilah buat review sedikit untuk filem ni. Filem ni bermula dengan Amran (Zizan Razak) yang memenangi perlumbaan motor mini (macam tak boleh guna motor besar je). Adat pertandingan lumba haram, dah menang, ada habuannya. Maka, habuannya adalah seorang wanita cantik berbaju kurung bernama Maya (Juliana Evans). Muka Maya sungguh innocent. Dia tak tahu apa-apa. Selepas dia membonceng Amran, Amran terleka lalu motor mereka dilanggar oleh sebuah lori. Maya mati dan Amran hidup.

Selepas kejadian itulah, dia dihantui oleh hantu Maya yang tidak habis-habis untuk menyuruh Amran menyempurnakan mayatnya. Mula dari sinilah pelbagai kisah lawak yang berlaku. Nasib baik Maya ni ada kembar, bernama Ayu. Yalah, disebabkan rasa bersalah yang menebal dalam jiwa Amran, dia menolong Ayu untuk mencari kerja. Amran semakin syok dengan Ayu manakala makwenya sendiri, Halimaton (Jue Aziz) diabaikannya.

Ahhaaa. Korang nak tahu apa kisah selanjutnya? Kena cepat-cepat pergi wayanglah kalau nak tahu. Apa-apa pun, bagi Amai, filem ni masih belum tersenarai dalam TOP LIST FAVOURITE MOVIE lagi. Amai pun kurang pasti apa kelemahan filem ni, tapi ada something yang kurang dalam filem ni. Itu Amai tak tahu. Ini cuma pendapat Amai. Jangan mengada-ngada nak mogok Amai pulak. Haha. Assalamualaikum.

P/S: DVD Secret Garden Malay Sub sudah dibeli! Suka mehh.....

No comments: