-->

Saturday, July 30, 2011

Assalamualaikum and heyyy ;)

Bagi peminat Harry Potter, pasti korang tertunggu-tunggu untuk menonton Harry Potter and the Deathly Hallows Part 2, iaitu siri yang terakhir dalam siri Harry Potter ni. Okay, memang tak dapat sangkal lagi, sesiapa saja yang menonton movie ni, pasti korang terus berminat untuk menonton siri-siri yang seterusnya. Tapi itulah, dah tak ada lagi siri yang akan disambung selepas ni kerana inilah siri terakhir karya J.K. Rowling.

Apa-apa pun, Amai memang respect dengan karya J.K. Rowling yang begitu mengagumkan. Jalan penceritaannya yang penuh dengan fantasi dan adventure yang tidak disangka-sangka betul-betul tersusun dalam novel Harry Potter. Amai mengaku, memang susah untuk berhenti apabila sudah mula membaca novel tersebut.

Berbalik kepada siri yang terakhir ni. Siapa yang sudah menonton? So, apa pendapat korang? Bestkan? Waktu Amai menonton movie ni, terasa macam ada spirit waktu dorang bertarung. Memang pergghhh! Dalam siri ni, memang banyak benda yang diselitkan seperti sedih, gembira, pertarungan, adventure, high fantasy and so on.

Tapi itulah, kalau ditonton menggunakan 3D, mesti lagi syok. Tapi nak buat macam mana, tak ada masa untuk menonton secara 3D. So, tengok versi 2D sahaja. Apa-apa pun, Amai memberi 5 bintang untuk Harry Potter and the Deathly Hallows Part 2 ni. Siapa yang belum tengok tu, pasti cepat-cepat untuk menontonnya. Lagi pun Amai sekarang mahu mengumpul duit untuk membeli DVD original Harry Potter. Dengar-dengar kata, ada pelbagai Special Features dalam DVD yang terakhir ni seperti penambahan Extended Scene, Deleted Scene and pelbagai. Siapa yang mahu beli DVD, tunggu bulan November (KEMUNGKINAN)!

Sampai sini je. Assalamualaikum :)

P/S: Amai tahu dah lama tak update blog ni. Oh my blog! IMISSYOUSOMUCH :)

No comments: