Alhamdulillah, bulan Ramadhan akan menjelang pada hari esok, Insya-Allah. Kita sama-sama je tunggu pengumuman malam ni, okay? Apa-apa pun, korang jangan lupa pulak untuk pergi sembahyang tarawih malam ni. Malam pertama tarawih bagi bulan Ramadhan tahun ni. Cerita pasal Ramadhan ni, korang agak-agak, apa aktiviti orang suka lakukan pada bulan ni? Ahaa, meh sini Amai cuba bagi tahu korang sedikit.
1. Bazaar Ramadhan
Ahaaa. Aktiviti kegemaran orang ramai. Siapa yang tak suka pergi bazaar? Ohoo. Ruginya. Haha, gurau je. Tak rugi mana pun. Makin mengecurkan korang ada la. Tapi itulah, bila dah buka bazaar ni, ada je peniaga yang membukanya pada pukul 2 or 3 petang. Tak macam terlalu awal ke? Ada satu kes dekat tempat Amai, dia buka kedai minuman dan makanan pada bulan Ramadhan pada waktu pagi. Dalam pukul 11 AM, dia dah buka kedai. So, ramai la remaja yang mengambil kesempatan untuk membeli makanan dan minuman tu.
2. Shopping complex
Okay, bila dah puasa pada siang hari, malam hari apa lagi? Ber-shopping la. Yang peliknya, ramai masayarakat Malaysia ni pergi je shopping complex, tapi tak beli apa-apa pun. Tapi bila dah nak dekat raya, baru la semua terhegeh-hegeh nak pergi beli barangan tu semua. Haha, kadang-kadang Amai terfikir, masyarakat Malaysia ni suka akan kesesakan ke apa? Awal Ramadhan pergi shopping complex macam tak ada function je. Bila dah akhir Ramadhan, semua sibuk nak bua preparation raya.
3. Tidur
Kemungkinan aktiviti ni dilakukan oleh masyarakat yang tidak berbuat apa-apa di rumah setelah kebosanan. Yelaa, nak makan tak boleh. Dah nama pun puasa. So, tahu-tahu je, terbongkang atas katil. Ingat yaa, tidur terlalu lama sewaktu bulan Ramadhan itu makruh. So, kalau korang tak nak tidur, cuba-cuba la baca al-Quran. Tak pun bagi yangs students, study la puas-puas. Kalau dah bosan jugak, baca la novel yang korang miliki.
4. Teringat makanan yang sedap
Haha, aktiviti ke ni? LOL. Lebih kurang aktiviti mental la. Biasa la, bila dah puasa ni, kita kena tahan nafsu daripada makan ataupun menahan diri daripada membatalkan puasa tersebut. Tapi bila nafsu dah tak tertahan, mesti korang akan teringat makanan-makanan yang sedap dan mengecurkan. Tambah-tambah lagi apabila media massa menyiarkan makanan yang menggiurkan. Haha, so, media massa memberi kesan yang tidak baik terhadap kita sewaktu bulan Ramadhan.
Amai tak pasti betul ke tak apa Amai cerita ni. Apa yang Amai tulis semua ni hanyalah pendapat Amai. Tak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang masih meninggal dunia. Apa-apa pun, Amai nak ucap SELAMAT MENUNAIKAN PUASA pada bulan Ramadhan ini. Semoga puasa kita penuh dan dapat mengawal nafsu yang membuak-buak dalam diri kita itu. Assalamualaikum..
P/S: Happy Birthday to Harry Potter, J.K. Rowling and to me !
No comments:
Post a Comment