-->

Saturday, July 2, 2011

1Murid 1Sukan 1Malaysia

Amai rasa 1Malaysia dah tahu pasal benda nie, kan? Bagi pelajar Malaysia yang tak tahu benda nie, tak tahu la apa Amai nak cakap. Kesian betul bagi yang tak tahu. Okay. Larian nie telah diadakan pada 2 Julai 2011, seluruh Malaysia dan semua pelajar wajib menyertainya.

Haha, Amai tengok la kan, kebanyakan sekolah ada pakai nombor, kan? HSBP takde pulak guna nombor. Kitorang main pakai lari je (berjalan kaki). Haha. Macam biasa la, program macam nie mestilah berjalan lancar. Selepas je program larian nie, HSBP buat pulak aktiviti sukan bagi setiap pelajar dan setiap tingkatan.

Amai tak join langsung. Setakat lepak main handphone je. Lagi pun tengah excited tadi nak mencari novel Harry Potter. So, macam takde perasaan jugak Amai masa dekat sekolah tadi. Termenung memanjang. Mula-mula sekolah beritahu, semua pelajar akan pulang pada pukul 12.30 PM. Tapi tak pun. Kitorg dapat balik pukul 11.30 AM.

Dah tu, Amai terus la ke Summit Parade mencari novel Harry Potter. Tapi sayang seribu kali sayang, novel Harry Potter and the Chamber of Secrets and Harry Potter and the Prisoner of Azkaban tak dijumpai. So, terpaksa la beli Harry Potter and the Goblet of Fire.

- Beli yang Malay je -

P/S: Harap-harap ada la jual Harry Potter 2 and 3 -.-

No comments: