-->

Friday, June 10, 2011

(UN)Cool Blog!


Sekali lagi, Amai saja nak cakap pasal blog sekarang nie. Okay, Amai tahu Amai tak LAYAK nak nasihat korang tentang blog nie. Yelaa, blog Amai nie cikai je, siapa yang nak dengar cakapkann? Tapi Amai nak bagi tahu sedikit blog yang tidak cool langsung bila Amai visit.

1. Berat!
Hadui! Bila nak masuk blog tu, punyalah susah nak loading. Haihh -.- Memang sah la Amai terus tutup. Korang, Amai nak nasihatkan, jangan letak WIDGET yang tak penting dalam blog. Habis rosak jahanam blog korang nanti. Amai dah pernah buat semua nie, memang berat nak mampus la jugak blog Amai masa tu. Tapi korang, tolong bagi respond dekat Amai kalau blog Amai nie berat. Tolong inform-kan. Winkwink ;)

2. Berselerak!
Ini lagi satu, habis kiri kanan atas bawah penuh dengan widget yang entah apa-apa. Bukannya apa, widget tu hanya penyemak untuk blog korang. Korang fikir blog yang bagus mesti penuh dengan widget yang canggih ke? Tak ada maknanya. Blog yang bagus bagi Amai, blog yang tak sesak dengan widget.

3. Death MP3
Kes nie paling Amai tak suka. Dah la masuk blog tu, lepas tu boleh pulak MP3 tu memekak gila. Boleh pecah speaker laptop Amai nie. Tambah-tambah lagi yang tak ada button PAUSE. Haihh -.- Sabar jelah. Blog yang macam nie pun Amai tak suka lawat.

4. Entry (!)
Korang tahu-tahu jelah, entry nie boleh tulis berbagai. Tapi apa pulak kes entry mengutuk orang? Hello, itu tak cool la. Kalau bagi pendapat tu, kira okay. Tapi kalau dah mengutuk habis-habisan, cakap orang tu dengan gunakan bahasa kasar, itu memang tidak cool! Selalunya blogger girl? Hehe, tapi blogger boy pun ada jugak yang tulis ngutuk-ngutuk orang nie.

5. Content Warning!
Amai tak faham betul yang nie. Apa kes letak warning tu? Alahai -.- Kalau setakat tulis entry je, tak perlulah nak letak warning tu. Warning tu bukan ke untuk dewasa ke atas je yang boleh baca? Cehh, dewasa la sangat. Tolong la jangan buat warning tu lagi.

6. Amaran
Ahaa, ini lagi satu. Masuk-masuk blog je, ada pulak yang tulis. "Selamat datang ke blog saya. Harap anda enjoy di sini. Silalah follow saya!" Alahai -.- Dah tu, kena tekan enter. Tu kira okay. Yang buat banyak-banyak kali tu haa, itu yang tak boleh tahan tu. Tekan la enter sampai habis. Adooh!

Ahaa, cukup jelah Amai bagi enam ciri-ciri blog yang tidak cool. Sekali lagi Amai beritahu, jangan ambil hati sangat dengan post nie. Ini semua Amai punya pendapat. Kalau korang nak marah Amai, teruskan. Amai tak kisah. Orang yang tak melakukan kesalahan tak akan memarahi/ menyalahi orang lain. *Tak ada kena mengena je*. Okay, nak masuk tidur dahulu. Bye and assalamualaikum..

P/S: Rajin pulak Amai bagi pendapat. xD


No comments: