-->

Thursday, June 9, 2011

U follow I - I follow U

Heyy ;) Salam.

Yups, tajuk di atas tu, mesti korang semua dah tau kan pasal apa? Mestilah pasal trick sekarang untuk menambah follower blog. Betul takk? Tapi agak-agak korang, apa faedahnya trick nie ek? Meh sini Amai bagi tahu korang faedahnya.

1. Follower korang akan bertambah.
2. Traffic blog korang akan naik.
3. Shoutbox korang akan penuh.
4. Earning Nuffnang korang akan bertambah sedikit (bagi pengguna Nuffnang).
5. Blog korang bertambah ceria.

Okay, ini semua faedah trick U follow I - I follow U. Tapi apakah kesannya gunakan trick nie? Nak kata kesan buruk, tak adalah buruk sangat. Setakat implikasi sampingan la. BLOG KORANG TIDAK MEMPUNYAI PEMBACA SETIA. Yeahh, benar Amai cakap. Tak ada pembaca setia bagi blog korang. Kalau setakat follow, tapi tak baca, sama jugak. Betul tak? Bagi blogger semua, janganlah mengharapkan sangat follower korang ramai kerana tak ada gunanya bila follower ramai, tapi tak ada siapa yang baca. Lain la kalau otai-otai blogger tu semua. Korang ingat otai-otai blogger nie buat blog, terus dapat 10000 follower ke? Takde maknanya. Dorang bersabar dalam ber-blogging nie. Tengok, ramai pembaca setia dorang. Betul apa Amai cakap nie.

Daa, korang jangan ambil hati pulak dengan entry Amai kali nie. Tak pasal-pasal kena kutuk pulak blog Amai nie. Chill, okay?! Hehe, nie semua hanya pandangan Amai. Dulu pun Amai guna trick nie, tapi sekarang dah malas nak guna trick nie. Membazir masa. Haha. Kalau ada blog yang Amai minat tu, insyaAllah, Amai akan follow. Okay, sampai sini je. Bye and assalamualaikum..

P/S: Jangan ambil hati tau dengan entry nie! ;)

2 comments:

syrupmasin said...

nak amik hatii :D

Muhd Aqmar said...

yeahh. amik hati :) haha.