-->

Friday, June 24, 2011

Hari Perbincangan Akademik Sekolah berjalan lancar..

Bla.. bla.. bla.. bla.. bla.. bla..

Ahaaa! Lega sikit. Hari Perbincangan Akademik berjalan secara okayy. Huhu, tapi sekolah Amai, cara dia agak berlainan sedikit. Ibu bapa dikehendaki datang pada pukul 8, lepas tu akan ada taklimat. Taklimatnya terdiri daripada keputusan kelas, purata kelas, pencapaian murid dalam kelas, markah merit demerit pelajar and lain-lain. Hehe..

Okay, keputusan Amai tak adalah bagus mana. Tapi boleh la. Setakat 1G tu normal la, kan? Hehe, tak payah tanyalah apa G tu. Mesti korang dah tau punya apa subjek tu. Apa-apa pun, Amai happy la jugak, dalam kedudukan seluruh kelas, Amai dalam Top 70. Tapi dalam kelas, Top 25 pulak. Haha. Tak apa la. Janji Amai dah berusaha.

So, lepas taklimat tadi tu, ibu Amai pulak nak discuss dengan cikgu. Haha. Dialog antara ibu dengan cikgu ..

Ibu: Ermm, Aqmar macam mana ek dekat dalam kelas?

Cikgu Gan: Aqmar ni jenis yang pendiam. Dia diam je dalam kelas.

*Ibu mengangguk.

Cikgu Gan: Dia kena tanya dengan guru-guru kalau tak faham apa-apa. Jangan senyap aje.

Amai (monolog dalaman): Malu la pulak? Aku rasa aku ada je soal cikgu kalau tak faham.

Ibu: Mana tahu Aqmar nie ada ponteng dalam kelas ke?

Cikgu Gan: Aqmar dia tak ada ponteng dalam kelas. Tapi dia ada dua hari tak datang. Yang satu hari tu, tak ada kenyataan sebab apa dia tak datang.

Ibu: *angguk* Haa.. Okay la cikgu. Terima kasih..

Hehe :DD Mula-mula tefikir jugak, masa bila la Amai tak datang sekolah. And baru teringat, cuti sekolah waktu habis exam tu. Memang tak datang langsung masa tu and memang tak ada kenyataan. Baaaa.

P/S: Genre yang Amai akan tulis: Adventure and Fantasy :))

No comments: