-->

Tuesday, December 28, 2010

Saya Blogger Johor



Errkk? Assalamualaikum semua. Hehe. :D Harini Amai nak ceritakan serba sedikit tentang Batu Pahat, Johor. Actually, nie sebenarnya Blog Pilihan Malaysia sendiri. Amai pun nak join jugak. :) Bolehkan? Yelah, kalau tak boleh, takpe lah. Dah post dah lagi pun. Hehe. :D Nak masuk nie kena ikut syarat. Kalau nak tahu apa syaratnya, click here. Okayy, dah baca syaratnya? Urmm, hence, bolehlah Amai teruskan eh? Okayy. Bismillahirrahmanirrahim..

Nama Amai ialah Muhammad Aqmar dan nama panggilan ialah Mar ataupun Amai. Glamour seh nama nie tau. Satu Malaysia tahu nama Amai. Almaklumlah, lagu 'Tepuk Amai-amai' tu kan famous masa kanak-kanak. Tapi lagu kanak-kanak sekarang pun dah macam-macam dah. Yang dengar lagu rock pun ada. Hehe. :D Okayy. Back kepada title entry nie.

Status pulak? Errkk? Amai dah berkahwin and mempunyai 3 orang anak. :) Keluarga bahagia. Haha xD Guraulah! Baru nak masuk 16, belum kahwin lagi. Panjang perjalanan. Haritu baru je ambil keputusan PMR. Takkan dah kahwin dah kot. Pelik. Malaysia tak bagi lagi umur macam Amai untuk berkahwin. Nanti anak bini siapa nak jaga kalau si suami dah bersekolah lagi? Hehe. :D Status Amai: Single is simple, okay?

Kalau korang ada apa-apa ke, nak contact Amai ke, bolehlah terus ke sini:
Nak contact Amai, sudah tertera di atas, ya? Kan senang. Nombor telefon, t
ak payah. Belum kenal lagi. Senang kankankan?

Amai duduk di Batu Pahat, Johor. Dan tempat tinggal Amai ialah Bandar Putera Indah, Tongkang Pechah, Batu Pahat, Johor, Malaysia. Hehe. :D Biarlah Amai menceritakan sedikit sejarah Batu Pahat nie. Nama Batu Pahat nie tercipta pada zaman apa ye? Tak ingatlah. Perigi Batu Pahat, yang terdapat di Pantai Minyak Beku, telah dipahat oleh tentera Siam untuk mendapatkan air bersih ketika dalam perjalanan pulang selepas gagal menyerang Melaka.

Nama Batu Pahat inilah diambil sempena nama perigi tu bagi menggantikan nama asalnya, Bandar Penggaram. Nama Bandar Penggaram pun digunakan lagi sesetengah orang. So, orang Batu Pahat nie kena berbanggalah sebab masuk dalam buku sejarah. People, don't think Batu Pahat is not interesting. Amai rasa Batu Pahat nie dah mencecah berapa puluh ribu orang dah. Ramai beb!

Eh, tu baru Batu Pahat, tempat kelahiran Amai. Belum lagi 1 Johor kan?
Johor merupakan negeri dalam Malaysia yang penduduknya juga lebih kurang dengan Kuala Lumpur. Mana taknya, punyalah berlambak penduduk Johor, tambah-tambah lagi di Johor Bahru. Disebabkan Johor Bahru nie terletak dekat je dengan Singapore. Ramailah yang patah balik untuk ke Singapore kerana kerja. Nampak tak peta di atas? Hehe. :D Haa, tengok, berapa banyak daerah ada dalam Johor. Hebat tak hebat.

Setiap daerah nie, kemungkinan Amai dah pernah pergi. Haih. -.-' Semualah pernah pergi. Memang gempak laa Johor nie sebab terlalu banyak khazanah dunia yang tersimpan di sini. Eh, yeke? Urmm, takpelah. Korang datanglah ke Johor nie ye untuk mengetahui lebih lanjut. Lagi pun Johor nie banyak jugak dalam buku Sejarah ada keluar, bangga seh! SAYA BANGGA JADI ANAK JATI JOHOR. Hehe. :D

So, itulah ceritanya. Sampai di sini sahaja ye cerita yang boleh dikongsi bersama. Assalamualaikum!

2 comments:

Zulfahmi Abidin said...

weh budak johor.^_^

Ubaidullah Jaafar said...

Berkunjung ,saya dari Johor, study kat BP =)

http://www.ubaidullahjaafar.my/2013/01/segmen-saya-blogger-negeri-johor.html