Adila bangun daripada tempat duduknya lalu meninggalkan Hadi. Hadi terpinga-pinga dan memanggil namanya. Tetapi Adila buat tidak tahu sahaja. “Adila, saya tahu yang awak bendi akan saya. Tapi tak boleh ke awak memaafkan saya?!”
“Sudahlah Hadi, saya dah tak nak ingat peristiwa itu lagi. Biarkan perisitiwa tu terkubur sepertimana Linda sudah tiada lagi di dunia ini,” terang Adila sambil melihat pokok di taman itu. Dia malas hendak bersemuka dengan Hadi.
Adila meninggalkan Hadi keseorangan. Hadi bangun lalu ingin mengejarnya, tetapi Adila pantas berlari tanpa menghiraukan Hadi. “Adila!” jerit Hadi, tetapi tiada respons daripada Adila. Hadi membiarkan sahaja Adila berlari. Biarkan Adila menenangkan dirinya.
5. DENDAM/ CINTA..?
ADILA melihat skrin komputer ribanya. Filem yang ditayangkan tidak dihayati betul-betul oleh Adila. Hanya pandangan kosong. Dia memikirkan tentang Hadi. Hadi, lelaki yang menyebabkan kematian Linda! Tidak guna! Aku tidak boleh berdiam diri. Aku mesti memulakan dendam kepadanya. Bentak hatinya tidak boleh dipujuk oleh sesiapa buat masa ini.
Dendam yang dirancangkan dari dulu sudah lama terkubur, tetapi telah digali balik untuk membuat Hadi sedar. Adila mencapai telefon bimbitnya. Diacrinya nombor telefon Hadi, lalu ditekan butang hijau. Adila menunggu respon daripada Hadi. Tidak sampai beberapa saat, panggilannya dijawab.
“Hello,” ucap Hadi.
“Hello. Buat apa tu?” soal Adila pula.
“Saya tengah baring-baring je. Awak pulak?”
“Saya tengah tengok movie, tapi tak ada mood. Awak, saya nak jumpa awak, boleh?” soal Adila sambil menggigit bibirnya.
“Okay. Bila? Dekat Mana?”
“Dekat taman, sekarang!” Adila sahaja menekankan perkataan sekarang untuk memberitahu Hadi supaya menjumpainya dengan segera.
“Okay, saya tunggu awak dekat
“Bye,” jawab Adila sambil melepaskan senyuman sinisnya. Berjaya!
HADI duduk di bangku yang agak tersorok. Dia melihat kelibat Adila berjalan menuju ke arahnya. “Adila!” jerit Hadi sekadar untuk memanggil Adila. Adila berjalan pantas ke arah Hadi.
“Duduklah,” arah Hadi apabila Adila berada di hadapannya.
“Tak apalah, bahaya duduk sebelah lelaki malam-malam macam ni,” ujar Adila, sedikit menyindir.
Hadi tercengang. Dia hanya mengangguk. Perasaan malunya itu disimpan supaya tidak dilihat oleh Adila. Adila memalingkan mukanya ke belakang dan tersenyum sinis. Kemudian, dia memalingkan mukanya pula melihat Hadi. Hadi tertunduk, mungkin malu.
“Awak, saya nak minta maaf pada awak sebab asyik salah anggap pada awak,” ujar Adila sebagai permulaan perbualan mereka.
“Saya yang sepatutnya minta maaf pada awak. Saya yang menyebabkan awak kehilangann… ra….”
“Rakan saya,” Adila memotong percakapan Hadi yang seperti teragak-agak.
“Kalau awak tak nak maafkan saya pun tak apa, tapi tolonglah. Saya betul-betul menyesal dengan perbuatan lampau saya. Saya tak sepatutnya lakukan perkara terkutuk itu terhadap Linda.”
“Sudahlah Hadi. Saya dah lama maafkan awak,” ujar Adila untuk menghalang daripada Hadi bercakap selanjutnya. Dia malas hendak dengar kata-kata maaf yang keluar dari mulut Hadi.
“Baiklah. Awak nak apa jumpa saya dekat sini?” soal Hadi dengan mengerutkan dahinya. Entah kenapa tiba-tiba hati Adila berdebar-debar melihat ketampanan Hadi. Adila hanya menggeleng sekadar menghilangkan perasaan berdebar-debarnya. Takkanlah aku minat dengan Hadi pula? Adila bermonolog.
“Tak ada apa-apa?” soalnya.
Adila segera mencelah. “Tak, ada sesuatu yang saya nak cakap dengan awak.”
“Apa dia?”
“Errkk? Tak ada apa-apalah. Saya saja-saja nak jumpa awak. Tak boleh ke?” tanya Adila sambil membetulkan rambut yang menutupi dahinya. Hadi tergelak lalu tersenyum. Hati Adila semakin berdebar-debar melihat senyuman Hadi.
Adila pusing. Dia tidak tahu sama ada dia telah jatuh hati terhadap Hadi. “Adila..” Adila terkejut. Dia melihat Hadi memandangnya serius. “Awak taka pa-apa ke?” soal Hadi untuk mengetahui apa yang terjadi tehadap Adila. Tetapi Adila hanya menggeleng.
“Tiada apa-apa,” kata Adila sambil menghirup udara segar dan kemudian melepaskannya. “Okay,” ujar Hadi pula. Mereka sama-sama mengangguk.
“Duduklah. Dari tadi awak berdiri je,” arah Hadi, risau melihat keadaan Adila.
“Eh, tak apalah. Bahaya,” respon Adila sekadar untuk mengelak daripada Hadi. Dia takut jika Hadi melakukan sesuatu terhadapnya.
“Okey..”
Mereka berdua terdiam sebentar. Tiada topik untuk dibualkan. “Awak, saya pergi dorm dulu, okey? Bye.”
“Bye awak! Sweet dream,” ujar Hadi. Adila kaget. Dia memandang Hadi lalu tersenyum. Hatinya berdebar-debar.
HADI datang mendekati Adila. Adila berdebar-debar. Entah apa yang membuatkan dia tertolak yang membuatkannya menuju ke arah Hadi. Hadi memegang tangan Adila lalu digenggam erat olehnya. Mereka berdua berdekatan.
Hadi memegang pinggang Adila. Adila hanya membiarkan sahaja. Dia seperti dirasuk syaitan, memeluk erat pinggang Hadi. Badan mereka berdekatan lalu mereka berpeluk erat. Nafsu serakah mereka tidak dapat dibendung lagi.
Hadi memegang dagu Adila lalu mengangkat muka Adila. Mereka berdua tersenyum. Senyuman yang penuh dengan nafsu serakah! Hadi mendekatkan mulutnya ke mulut Adila.
Adila menutup matanya. Mereka berdua semakin berani untuk melakukan perkara yang dikutuk oleh ALLAH S.W.T.. Mulut mereka semakin dekat. Adila hanya menunggu dengan penuh sabar.
“Ya ALLAH!” Adila tersedar daripada mimpi. Dia terbangun lalu terduduk kerana terkejut. “Ya ALLAH, mimpi je,” ujar Adila.
Dia segera beristighfar. Adila tidak menyangka bahawa dia boleh bermimpi seperti itu. “Ya ALLAH, lindungilah aku daripada syaitan yang direjam.”
Adila melihat jam yang terletak di atas meja bersebelahan katilnya. Jarum jam menunjukkan 4.25 pagi. Adila baring lalu membaca ayat-ayat suci al-Quran supaya mengelakkan dirinya daripada bermimpi yang bukan-bukan. Adila menutup matanya, berharap supaya tidak lagi bermimpi yang bukan-bukan.
TELEFON berdering menandakan sudah pagi. Terasa sukar benar untuk bangun daripada tidur. Entah kenapa kepala Adila terasa berat. Apabila dia bangun sahaja, Sheila berada di hadapannya.
“Macam mana awak boleh masuk dalam dorm saya?”
“Awak ni bahaya tau! Dahlah pintu dorm tak kunci. Tu sebab saya boleh masuk,” jawab Sheila sambil tersengih. Adila tersenyum lalu menggeleng. “Aduh!”
“Awak kenapa ni?” soal Sheila dengan penuh serius. Dia duduk di atas katil Adila. Adila memegang kepalanya.
“Saya peninglah. Rasa macam nak demam.”
“Nah, makan Panadol ni,” arah Sheila. Dia membuka beg tangannya lalu memberi Panadol kepada Adila.
“Terima kasih. Airnya mana?” soal Adila sambil melepaskan gelak.
Sheila menepuk-nepuk dahinya. “Lupa pula, sekejap.” Sheila berlalu pergi mengambil botol air mineral yang terletak di atas meja belajar Adila. Dia mengambil botol tersebut lalu memberikan kepada Adila. “Terima kasih!”
“Sama-sama.”
Mereka berdua tersenyum. Adila memasukkan sebiji ubat Panadol ke dalam mulut dan serta-merta meminum air yang diberikannya tadi. Dia segera menelan ubat Panadol bersama-sama air yang ditelannya. Sheila hanya melihat. Adila termenung jauh melihat luar tingkap. Mimpi malam tadi membuatkannya terperangkap dengan dendamnya sendiri.
Adila pun tidak tahu kenapa boleh terjadi mimpinya itu. Mainan syaitan. Itu sahajalah yang bermain di fikiran Adila. Mimpi itu hanyalah mainan syaitan. Ya ALLAH, lindungilah aku daripada bermimpi seperti itu lagi.
“Adila, hari ni tak ada kuliahkan? Apa kata kita pergi sarapan?”
“Sarapan? Boleh juga. Tapi saya nak mandi dulu. Awak tunggulah dekat kafeteria,” arah Adila. Sheila hanya mengangguk lalu meninggalkannya. “Don’t be late!” Sheila memberi amaran kepada Adila sebagai satu gurauan.
Adila menggeleng-geleng lalu tersenyum. “Ya!”
Dia segera bangun daripada katil lalu keluar daripada dorm. Adila menuju ke arah tandas yang terletak di hujung dorm. Tiada orang, semua mungkin sedang nyenyak tidur, Adila mengagak. Mungkin.
“AWAK! Dekat sini!” jerit Sheila sambil melambai-lambaikan tangannya kepada Adila. Adila melihat Sheila bersama seseorang. Hadi! Adila berdebar-debar. Hatinya sudah tidak menentu. Hendak sahaja dia lari, tetapi Sheila datang kepadanya lalu menariknya. “Jomlah! Kenapa berhenti dekat sini?” ujar Sheila sambil menarik tangan Adila ke meja makan.
“Hai Adila.”
“Errkk.. Hai, Hadi.”
Sheila menarik kerusi untuk mengarah Adila untuk duduk. Adila segera duduk. “Kenapa awak Adila?” tanya Hadi. Mata Adila terbeliak, terperanjat. “Tak ada apa-apa,” jawabnya acuh tak acuh. Hadi hanya mengangguk. Hadi mencapai segelas kopi lalu menghirupnya. Sheila hanya tersenyum sedari tadi.
“Awak kenapa senyum saja, Sheila?” soal Hadi kepada Sheila.
“Saya tengok awak berdua, kalau berpasangan, mesti sweet,
“Apa ni Sheila!” kata Adila dan menundukkan mukanya.
“Apa salahnya, ya tak?” kali ini Hadi mencelah. Sheila tersenyum lalu menepuk tangan. “Yeah! Sweet couple!”
Adila menundukkan mukanya seperti tadi, malu benar rasanya. Hadi memanggil nama Adila. Adila mengangkat mukanya. Hanya mereka berdua sahaja, Sheila sedang menelefon seseorang.
“Kenapa? Senyap je?” soal Hadi, serius. Adila hanya menggeleng.
“Tak ada apa-apalah. Saya biasa je.”
Hadi hanya mengangguk. “Tadi Sheila cakap awak pening? Betul ke?”
“A’ah, pening sikit. Tadi dah makan Panadol, dah.”
“Okey. Jaga kesihatan, tau?”
Adila hanya mengangguk. Hadi tersenyum. Dia mencapai lagi segelas kopi lalu dihirupnya. Enak sekali jika dilihat oleh orang lain.
“Sedap?”
“Soalan apa tu?” soal Hadi sambil melepaskan gelak. Adila hanya tergelak sedikit. “Mestilah sedap.”
“Okey,” respon Adila.
“Hei! Sheila ada pengumuman ni! Sheila tak lama lagi akan bertunang,” kata Sheila sambil menyimpulkan senyuman.
“Wah, tahniah! Dengan siapa?” soal Hadi pula.
“Dengan Hakim.”
“Tapi tak silap saya, awak kata, Hakim ada perempuan lain?” soal Adila.
“Oh, ini Hakim lain. Hakim yang dulu namanya Hakim Azmi. Tunang saya ni, Hakim Effendi,” jawab Sheila pula.
“Wah! Muda-muda lagi, dah bertunang. Cepat betul,” ujar Hadi.
“Tak apalah, Hadi. Dah jodoh, betul tak Sheila?”
Sheila hanya tersenyum. “Tahniah lagi sekali,” ujar Adila dan Hadi serentak yang membuatkan Sheila tercengang. “Wah! Serentak lagi tu. Terima kasih! Korang pula, bila?” soal Sheila sambil tersengih.
“Tak lama lagi,” celah Hadi. Terbeliak mata Adila mendengarnya lalu Hadi melepaskan gelaknya. “Betul tak, Adila?”
“Mana ada. Hadi ni main-main je.”
“Boleh percaya ke ni?” soal Sheila sambil memandang Adila.
“Ya, percayalah,” ujar Adila lagi sambil tersenyum. Hadi hanya menggeleng-geleng melihat telatah Adila.
“Okeylah, saya tinggalkan awak berdua. Saya ada hal sikit nak buat,” Sheila bangun lalu mencium pip Adila. “Bye!”
“Urmm, bye!”
Kini hanya tinggal Adila dan Hadi sahaja di kafeteria tersebut. “Kenapa awak cakap macam tu dekat Sheila?” Adila bertanya.
“Cakap apa?”
“About tunang tu.”
“Oh, that thing. Kenapa? Awak marah ke?” soal Hadi sambil memandang muka Adila.
“Sikit?”
Hadi mengeluh sedikit. “Okey, saya minta maaf. Kalau awak tak suka, saya minta maaf. Ingatkan saya saja nak kenakan awak. Tapi awak tak suka.”
“Tak apa.”
“Okey.”
Mereka berdua diam seketika. Kalau ada Sheila, mesti sudah kecoh. “Awak tak makan ke?” soal Hadi, serius benar dari reaksi air mukanya. “Jom makan. Order apa yang awak nak makan, saya belanja.”
Adila mengangguk. “Terima kasih.”
ADILA berjalan seorang diri. Sepanjang perjalanannya itu, Adila asyik teringatkan Hadi yang membuatkan dia sudah jatuh cinta, mungkin. Adila tersenyum.
“Haik? Kenapa senyum sorang-sorang tu?” suara seorang lelaki menegurnya. Siapa lagi kalau bukan Hadi. Hadi yang berada beberapa meter dari Adila mendekatinya
“Tiba-tiba senyum, kenapa?”
“Macam mana awak boleh ada dekat sini. Tadi awak kata awak ada kerja?” soal Adila dengan mengerutkan mukanya.
“Dah selesai dah,” ujar Hadi sambil berjalan ke arah Adila. Adila berasa tidak selesa. Dia ke belakang sedikit untuk tidak berdekatan dengan Hadi.
“Awak, saya nak cakap sesuatu dengan awak. Jom ke taman
Adila menganggukkan sahaja kepala. Mereka berdua beriringan ke arah taman yang dipenuhi dengan tumbuhan semulajadi yang dicipta ALLAH sebagai penenang jiwa setiap hambaNYA.
Adila dan Hadi duduk di bangku panjang tetapi tidak terlalu dekat. Terdapat sedikit jarak antara mereka berdua. “Benda apa yang awak nak cakapkan, Hadi?” soal Adila sambil melihat muka Hadi. Hadi termenung jauh. Entah apa yang difikirkannya.
Hadi mengeluh. Mulutnya muncung dan pipinya kembung untuk membuang angin di dalam mulut untuk melepaskan keluhannya. “Awak..” Hadi memulakan pecakapannya. Adila mengangguk perlahan sebagai isyarat untuk Hadi meneruskan percakapannya.
“Sejak dari kecil lagi, saya dibesarkan dalam keluarga berada. Minta apa-apa, semua dapat. Sampailah satu hari, ibu saya membunuh ayah saya kerana mendapat tahu ayah saya curang dengan seorang perempuan. Kecoh satu rumah bila mereka bergaduh. Waktu tu, saya baru sahaja 6 tahun. Saya takut sangat waktu tu. Hanya bibik sahaja yang menemani saya di dalam bilik. Beberapa minit kemudian..” Hadi terhenti daripada bercakap. Matanya digenangi dengan air mata yang bila-bila masa sahaja akan tumpah mengalir ke pipi.
“Sabar Hadi,” nasihat Adila. Hadi hanya mengangguk.
“Beberapa minit kemudian, saya dengar ibu menjerit seperti orang kena sawan. Bibik memeluk saya kerana dia tahu yang saya sedang dalam ketakutan. Kemudian, suasana menjadi senyap.”
“Apa dah jadi, Hadi?”
No comments:
Post a Comment