-->

Tuesday, December 28, 2010

Mari ber-follow!


Hehe. :D Assalamualaikum semua. :) Anda semua sihat? Wah! Dah lama tak update. Update pun ala kadar aje kan? Update pun tulis sikit dan ciput sahaja. :))
Okayy. Mulakan dengan Bismillahirrahmanirrahim..

Urmm, hari ini, tanggal 28.12.2010, Amirah Zakirah dan Mira Lurdes (atuk) joinkan Amai dalam group. Amirah joinkan Amai dalam CUTE and TOP blogger. Atuk lak joinkan dalam blogger terhebad~. Terima kasih korang! Kini, blog Amai dah semakin bertambahf follower. Kira bersyukur alhamdulillah laa nie. Hehe. :D

Korang semua sihat tak? Amai sihat alhamdulillah. Urmm, tak tahu nak cakap apa dah?! Hehe. :D Haaa, cerita nie ajelah. Hari Sabtu haritu, Amai dibelanja Aunty Lin menonton wayang. Movie Hantu Kak Limah Balik Rumah. HAHA xD Berdekah habis! Haha, cerita nie bermula dengan Usin balik ke kampung kerana kewangan dia sudah kukuh and ingin ajak kahwin dengan ____. HAHA xD Tak ingatlah siapa nama awek dia.

Lepas tu, kecoh satu Kampung Pisang (tak boleh dibuat makan, okay?), ada hantu Kak Limah. HAHA xD Dah macam-macam bomoh yang datang. Bomoh duduk kat bus-stop pun dorang pungut sekali untuk halau hantu Kak Limah. Haha, Kak Limah nie pun ada favourite song, Enjit-enjit Semut. Tak ada lagu lain agaknya Kak Limah nie boleh nyanyi.

Hee.:D Nak tau kesudahan? Tengoklah sendiri. Lepas tu kan, ajak Aunty Lin pergi Summit, nak pergi Popular. Nak beli novel (hadiah daripada ibu). Amai dah lama nak beli novel Hlovate, almaklumlah, orang cakap novel dia best. Amai try baca Versus dulu, and then nanti boleh beli another novel dia. Bolehlah, best. Novel mix English and Malay, tapi Versus nie terlalu berat untuk dibaca, banyak benda yang perlu difaham. Daripada segi English dia, memang English pro kot? HAHA xD Amai tak berapa nak fahamlah English-nya, tapi kira okayy-lah.

Nanti nak teruskan beli novel-novel dia yang lain. Nak beli Tunas, aA+bB, Gurindam Jiwa, Rooftop Rant, 5 Tahun 5 Bulan, Pelangi. Banyakkan? Urmm, nak tau sebab apa Amai terus jatuh cinta dengan novel dia? Novel Hlovate nie memang best sebab menggunakan bahasa remaja masa kini. And then, tak ada watak yang tergedik nak rebut-rebut pakwe/makwe. Benci seh baca novel macam nie.

Novel sekarang nie dah agak jalan ceritanya.
Part awal: Gembira/ Kelakar
Part tengah: Sedih/ Orang jahat menggedik
Part akhir: Bahagia bersama/ Orang jahat bertaubat

Alahai! Penat nak baca novel macam nie. Tapi novel Hlovate tak ada macam nie. Tak ada orang jahat pun. So, Amai syorkan korang baca novel dia and novel Ramlee Awang Murshid, memang best! Jalan ceritanya agak berbeza.

Hehe.:D Okayy-lah, sampai sini je bebel. Bubye and Assalamualaikum!

P/S: Alhamdulillah dapat keputusan yang memberangsangkan. Thanx kerana mendoakan Amai. :)




No comments: