-->

Tuesday, April 6, 2010

Huh !

Huh! Tadi dekat sekolah kena inject untuk pencegahan kancing dagu. HAHA. Lepas rehat tu, diorang cakap, 3 Gaharu pergi bilik kesihatan. Pergi inject. Bapak r! Aku belum sedia lagi ngek. Tapi terpaksa r, dah kena panggil. Dah sampai bilik kesihatan, buat bising r. Apa lagi. HAHA. Amik kau! Nurse tu marah gila-gila. Dia marah tak nak pecah pulak tingkap-tingkap bilik kesihatan tu.

Lepas tu, 3 Jati datang. HAHA. Diorang pun sekali kena marah. HUHU. Nasib.. Mula-mula dia bagi ceramah kesihatan. Bagi tahu penyakit yang berbahaya, macam H1N1, demam denggi, nyamuk aedes, macam-macam lagi r. And then nurse tu cakap, 3 Gaharu pergi inject dulu. Bapak r! Nurse, ganas betul lorh. Inject aku macam tengah moody je, main cucuk terus je. Sakit doe! Perlahan r sikit makcik ooi.. Hee :D Tu r, inject orang ganas-ganas lagi, dah kena panggil makcik. HAHA. Memang makcik pun korang, tapi disebabkan korang nampak muda, panggil kakak je r. Itu r budak HS.

Dah kena inject tu, pergh! Lenguh gila tangan. Dia tak bagi tuam or sapu ubat sebab takut nanti masalah pulak. Nurse tu cakap ada 1 kes, lepas inject, cikgu budak tu sapu ubat dekat bahagian di-inject. Amik kau! Bernanah! HAHA. Bluek! Eeeiiii... DahDahDah. Mengejek pulak. Huh! Lenguh rasa lagi sampai sekarang nie. Haish! Nak urut, takut jadi macam kes yang telah diberitahu tadi. Ceh! Baik punya BM.

Malam nie Ugly Betty eyh? Malam nie Hotel Mania eyh? Malam nie Ghost Whisperer eyh? OMG! Banyak nye cerita best. Huh! Lebih baik aku buat homework sekarang. Nanti malam boleh lepak-lepak. Hee :D Oh, lagi satu, nak ucapkan bebanyak TERIMA KASIH lorh at Encik Isman, jiran aku, sebab tumpangkan aku pergi sekolah pagi tadi. Mungkin esok saya tumpang Encik Isman gak lorh. Ayah r nie. Kerja pergi pukul 5.00. Cepat betul! Harap-harap tak sampai minggu depan tumpang Encik Isman pergi sekolah. Malu lorh. Blushing :"> HAHA. Sengal!

OK lorh, mahu buat homework. I'm kinda busy! HAHA. Bye and ASSALAMUALAIKUM..

No comments: