-->

Friday, April 2, 2010

song :)

Assalamualaikum guys! HUHU. Sihat? Dah makan? Yang sihat tu, alhamdulillah r ye. Yang tak sihat, makan ubat and ingat Allah banyak-banyak. Berceramah di awal entry post kali nie. HUHU.

ALHAMDULILLAH, aku dah lepas hafazan agama. Semua berjalan lancar. Cuma cikgu ada suruh ulang balik ayat Form 1 yang panjang lebar tu. Huh?! Terpaksa r ulang balik :) Kali kedua bacaan tu, lancar je. And ayat-ayat yang lain dapat baca dengan sedikit kesalahan tajwid. Ustaz gak yang betulkan. Tapi dah siap tu, pergh! LEGA yang teramat sangat. Biasa r. Bersusah-susah dulu, bersenang-senang kemudian. Mula-mula kita kena bertungkus lumus untuk hafal, and bila dah hafal, senang terus rasa. Cuma tinggal tilawah je. Nie yang menakutkan.

Yelah, dah r kena baca dengan tajwid yang betul. Kalau salah, markah kurang r deh! Betul tak, ustaz?! Hek, pepandai je aku nie. HUHU. Huh! SabreeSabree, budak-budak 3 Gaharu dah bagi semangat untuk kau pergi hafal. Tapi tak nak jugak. Kau nak gak tunggu budak "gay" tu hafal, baru kau nak hafal. Tak payah r deh! Budak "gay" tu entah bila nak hafal. Amzar pun dah lepas hafazan. HAHA. Kau cakap kau suka balik lambat-lambat? Cakap je r kau nak cover. Aku tahu kau mesti nak balik cepat. Tapi disebabkan kau tak hafal lagi, terpaksa balik lambat.

Owh, my blog followers, maksud aku camni. Mulai minggu depan, sesiapa yang belum hafal lagi, kena buat lepas sekolah :) Itu maksud aku. Betul tak Ustaz Yusuff? Huh! Tersedak ustaz saya sebut nama cikgu. SorrySorrySorry. Pergh Amzar! Tahniah r aku ucapkan kau dah lepas hafazan. Tak sangka aku, kau hafal dulu sebelum Sabree hafal. Sabree memang, penakut nak gi hafal. Relax r! Nanti kau dah lepas, mesti lega punya. Tengok Amzar tu, lega gila-gila r dia dah lepas. Betul tak Amzar?

Arrgghhh! Homework?! Nasib baik tak banyak. Kemahiran Hidup, Maths and Bahasa Melayu sahaja! Nasib baik tak susah sangat. Kalau tak, malas aku nak buat. Lagi pun sekarang nie, prinsip aku, hari nie dapat homework, hari nie gak siapkan. Tak kira r subjek tu ada esok hari ke, takde ke, mesti kena siapkan. Nanti homework tak bertangguh. Bagus kan aku nie? HAHA. Cuma waktu cuti sekolah seminggu tu ke, aku tak buat awal-awal. Aku buat last minute je. Jangan ikut cara nie tau! HAHA.

OK lorh, penat meng-online-kan Yahoo Messenger! dari tadi. Tak ramai sangat yang online. Korang, dah dengar tak lagu Justin Bieber yang dia featuring dengan Sean Kingston? And then dah dengar lagu daripada JB gak, tajuk Never Let You Go? Best doe! Cuma lagu JB feat. Sean Kingston tu je aku belum dengar lagi. Nada, nanti aku dengar r. Ini pun aku letak dekat blog saja je. Belum dengar lagi pun :D


Layan je r korang lagu nie. Entah betul ke tak lagu nie. Betul r kot :) Hee :D Aku main amik je dekat Youtube. Tak dengar pun. Aku copy embed je, and paste terus dekat entry kali nie. Huhu :D OK lorh, cerita-cerita di lain hari r ye. Dah takda cerita nak story dengan korang setakat nie. Atas-atas nie je r aku nak ceritakan. Hmm, ok lorh! BYE AND ASSALAMUALAIKUM :)

No comments: