-->

Friday, March 12, 2010


Pening .. Pening .. Pening ..

Adoyai! Macam-macam hal yang berlaku lepas sukan nie. Pening doe kepala! Tak tahu kenapa benda nie berlaku, benda tu berlaku, macam kena badi, tahu tak? Astaghfirullah ..

OkOkOk.. Start cerita dengan Basmallah.. Bismillahirahmanirahim .. Mula-mula Science homework, boleh hilang?! WTH. And now Kerja Kursus Sejarah dapat 2 markah je?! Siot! And then Pendidikan Islam, boleh pulak hilang kertas hafazan yang cikgu bagi and tadi dah kena denda gara-gara korang yang dah pinjam and tak bertanggungjawab, hilangkan terus kertas aku! Siot r korang. Dah pinjam tu, pandai-pandai r jaga. And last sekali, buku Maths aku hilang jugak. Haish! Macam mana boleh hilang r?! Aku letak elok-elok je dekat rak, boleh hilang?

Takkkan r toyol yang curi. Kalau toyol curi, duit aku elok je. Takde apa-apa hal. Hish! Siot r! Ataupun salah aku yang cuai?! Yes! Demi korang yang dah hilangkan aku punya buku or whatever r, aku sanggup cakap diri aku CUAI! Ya! AKU CUAI! Tak macam korang, jaga barang baik-baik. KanKanKan?

Tengok! Dah emo pulak. Apsal benda-benda nie jadi dekat aku haa? Owh, tahun nie PMR. Macam-macam perkara boleh berlaku. Tengok kekuatan iman kita yang makin lemah nie. Astaghfirullah.. Sorry kalau ada bahasa yang tak sepatutnya dekat atas tu. Harap-harap boleh jumpa barang-barang yang hilang tu.

Huh! Hari nie dapat keputusan sudah. Alhamdulillah, tak ada D. Tapi C ada. Tapi kira bersyukur r tu sebab aku anggap D tu dah kira gagal lorh. Walaupun E tu sebenarnya gagal, tapi aku dah awal-awal anggap, D tu pun dah kira gagal. Baiknya aku! HAHA. OkOkOk, tak nak perasan banyak. Lepas tu, waktu Science, pergi lab, cikgu cakap buat Science homework untuk cuti nanti sebab cikgu ada kerja nak buat.

Cikgu nak ukur tinggi and berat sebab naik sekolah nanti, ada buat injection (huhu :o) untuk mengelak kancing dagu? Whatever lorh. Cikg cakap lag, buat SPS Chapter 3 (Excretion) sampai habis. Banyaknya homework cikgu. Cikgu nak saya senaraikan homework yang telah diberi oleh guru-guruku tercinta yang lain? Jap eyh. Nie haa homeworks nya:

  • Kerja Kursus Geografi and buat latihan Geografi yang telah diberikan oleh Puan Vijaya.
  • Kerja Kursus Sejarah and latihan Top Goal Sejarah Tingkatan 3 Bab 2 yang diberikan oleh Puan Teo.
  • Latihan Tatabahasa BM yang diberikan oleh Puan Fadzillah.
  • Latihan Kemahiran Hidup yang diberikan oleh Puan Ng Siew Kim.
  • Latihan Science and SPS yang diberikan oleh Cikgu Rasyidah.

Ambik kau! HAHA. Tak tahu r kalau korang anggap homework nie sikit je. Tapi bagi aku kira banyak r sebab nie aku tak bagi tahu detail-detail lagi. Karang aku tulis muka surat berapa, buat nombor berapa, buat berapa banyak, huh! BanyakBanyakBanyak. E'eh, lagi satu homework aku tak tulis iaitu:

  • Latihan Maths yang diberikan oleh Encik TEE SIN AY!
Nie pun aku tak tah boleh siapkan ke tak homework-homework yang telah disenaraikan tadi (ayat BM tak boleh blah :D). Harap-harap, Insya-ALLAH, siaplah homework. Tak nak berlaku macam cuti Chinese New Year hari tu, satu kerja tak sentuh pun sepanjang cuti seminggu yang telah diberikan oleh kerajaan. Hmm, baik tau kerajaan sekarang. Cuti sekolah nie, dah berapa banyak kali dah. Korang kira r sendiri! HAHA

OK lorh, apa-apa hal, aku cerita lagi. Nak makan nie, lapar. Tadi balik sembahyang Jumaat, terus tidur, sebab dah pening gila masa tu. Pening + Panas = Penas! Huh! OK, bye and Assalamualaikum!

:) :D :P

No comments: