-->

Monday, March 15, 2010


Cuti ???

Nak sekolah doe! Nie bukan sebab aku suka sekolah, tapi time cuti sekolah nie, dah r takde pergi mana. Dah tu, kerja sekolah berlambak-lambak pulak tu. Lebih baik sekolah daripada terperap dekat rumah sambil meng-online-kan Myspace, YM, Facebook. Bosan deh!

Ya tak ya kan, lebih baik aku ajak sepupu aku balik kampung. Boleh buat macam-macam aktiviti beb! Tapi korang tanya r mama korang dulu ye.. Kalau boleh, esok kita tidur rumah atuk! Hee :D Sayang korang sepupu-sepupu ku yang tercinta! HAHA :))

Korang-korang, siapa yang dah siap Kerja Kursus Sejarah Elemen 2, hasil kajian? Nak pinjam boleh, tak? HAHA. Dah r kena buat karangan. Kalau karangan dekat blog nie cincai-cincai je kan, tapi nie karangan BM yang asli. Cewah! Asli konon. Kalau tak pun, korang bagi aku idea sikit nak tulis apa dekat karangan yang perlu di buat. Aku nie dah r lemah karangan. Tengok je r dekat blog nie, ayat pun tunggang terbalik. HAHA

One more question, siapa dah siap homework? Huh! Takde sorang pun? Pe lorh korang nie. Tahu r homewrok korang sikit je kan. Nak buat last minute pun takpe gak. Yelah, korang ada kelas tambahan, mesti r cikgu tak bagi homework banyak-banyak. Cikgu-cikgu pun tak nak torture korang, nanti korang saman cikgu, cikgu gak yang susah.

Haish! Merepek je aku malam nie kan. Apa je yang dah dicerita dekat entry kali nie. HAHA.. Lagi pun, aku nie dah r takut nak naik sekolah. Korang bayangkan, aku mesti teringatkan Ustaz Yusuff (OMG!). Entah kenapa. Nie mesti kes aku hilangkan kertas ayat Al-Quran yang aku kena baca r nie. Bukan aku yang hilangkan, "budak" tu yang hilangkan. Hish! Mana kau sorok aku punya kertas tu haa?! Aku terlupa nak keluarkan dalam buku teks, kau pinjam, kau pulangkan balik, dah hilang. Sialan! Dah hilang. Ustaz Yusuff, tolong baca blog saya nie. Saya nak cakap dengan cikgu, bukannya cikgu percaya pun. Dalam blog nie, memang saya jujur betul-betul cikgu.

Blog saya nie dah di verify, memang saya punya. HAHA. Aqmar, kau ingat, kau artis sampai nak verify-verify nie. Sengal! Tapi betul cikgu, this blog belong to Muhammad Aqmar bin Is****, HSBP student, kad pengenalan: tak payah tahu lorh! BAHAYA! And angka giliran PMR, aku tak ingat! HAHA. Sorry Puan Vijaya. Nanti naik sekolah, saya mesti hafal punya nombor luck tu. HAHA.

Ketawa je aku kan hari nie. Entah r. Mungkin aku happy sikit kot. Happy sebab apa, aku tak tahu. Tapi happy gegila. HAHA. Psiko Farah kot, tu sebab aku happy semacam je. Psiko Farah and Faris Hadi. Korang secocok r. Nama pun start dengan F. Sepadan. Hee :D Gurau-gurau je lorh Farah and Faris. Hope korang bahagia ke hingga anak cucu. HAHA

Ok lorh, aku dah happy nie sebab dah luahkan dekat korang semua. Terima kasih kerana sudi baca blog aku yang tak seberapa nie. Sayang korang semua. And aku ucapkan takziah kepada sedara aku yang berada di Terangganu. Al-Fatihah. Sorry tak dapat datang ke Terengganu. Kitorang yang dekat Batu Pahat nie tak dapat nak pergi sebab sibuk dengan kerja. Insya-ALLAH, kalau ada masa, mungkin kitorang pergi.

OK guys, bye and Assalamualaikum.. :) :D :P

1 comment:

Farah :) said...

sial punya budak...ape yg sesuainye!!agk2 aa kan...ak an faris membe jela..amni bgtau ak ko tulis mcm ni!TGK AA!!nanti ak balas blik wokkkkk!HUHU farisss!!!!TGK DIE!!!!huh:P