-->

Friday, February 8, 2013

Review; Kelabu - Nadia Khan (Buku Fixi)

Assalamualaikum..

Kelabu - Nadia Khan
Mungkin agak terlambat aku baca novel ni. Novel yang aku dah dapat ni pun merupakan cetakan kelima. Ini merupakan novel ketiga yang aku baca daripada terbitan Buku Fixi. Sebelum ni aku dah baca Pecah - Nizam Bakeri dan Bisik - Syaihan Syafiq.

Novel ni agak menarik. Nadia Khan tulis cerita ni menggunakan perspektif watak utama, dan untuk pertama kalinya, aku tak rasa bosan membacanya. Sebelum ni aku memang tak berminat nak baca novel menggunakan perspektif watak utama. Aku suka novel Kelabu ni sebab aku dapat memahami watak Amir. Aku rasa macam Amir bercerita sambil duduk sebelah aku.

Cara Amir meminati perempuan membuatkan aku terfikir si Amir ni memang macho gila! Dah terbayang muka handsome Amir. Dah terbayang cara dia mengurat gadis-gadis dalam novel ni. Woww, Nadia Khan memang pandai tulis perasaan lelaki, haha. Setelah rahsianya terbongkar, poof! Berubah segala-galanya. Apa yang aku fikirkan tu semua hancur musnah. Ya, aku akui Nadia Khan memang nakal buat surprise macam tu. Mujur aku tak ada sakit jantung.

Aku jugak agak tersentuh semasa watak Tok Wan meninggal *spoiler alert*. Mungkin sebab aku pernah merasai apa yg dirasai oleh Amir.

Fitrah manusia tiada siapa boleh tukar. Aku suka endingnya. Berpatah balik pada yang asal. Menjalani hidup yang sebenar. Great.

Mungkin ada beberapa part yang aku rasa agak bosan sedikit, tapi tak menjejaskan novel ni. Setelah satu bab, bab yang seterusnya menjadi tarikan. Aku rasa novel ni takkan membosankan untuk membacanya sekali lagi. Penulisan Nadia Khan memang agak rempit, rasa macam aku baca mesej, haha. Sometimes aku terpaksa balik tengok perkataan 'ko' tu sebab ... Ah, tak usah dicerita. Aku tahu korang faham.

Aku bagi 4 setengah bintang untuk novel ni. The best! Tahniah, Nadia Khan -- dan jugak Buku Fixi.

2 comments:

Myera Nyera said...

sama! aku pun bayangkan amir tu hensem gile kahkah

Anonymous said...

amir = tina jittaleela
jun = aom Sucharat Manaying
shah = Soranut Yupanun
dalam filem thailand yes or no
jalan citer boleh tengok dalam filem tu atau filem thailand she