Source: Google Images |
Bulan Januari 2012 tak lama lagi akan mengucapkan selamat tinggal kepada kita. Februari 2012 menunggu kita. Apa yang akan berlaku selepas ini tetap menjadi misteri pada setiap insan. Entah kenapa tiba-tiba Amai nak cerita pasal satu perkataan ni. TRUTH atau apabila di-translate ialah KEBENARAN.
Agak-agaknya bagi korang semua, perkataan tersebut adalah perkataan berhantu ataupun boleh membawa kebaikan? Tak faham? Begini. Ada sesetengah orang mempunyai rahsia (Sesetengah orang ke? Bukan semua orang?) Apabila dibocorkan, terbongkarlah kesemuanya. Kebenaran yang sepatutnya kita simpan sendiri. Kita pendam sendiri. Ataupun perkataan ni membawa kebaikan? Apabila sesuatu kebenaran tu diketahui, orang ramai akan menerima diri kita.
Hmm, satu perkataan membawa kita pada dua cabang. Dua cabang yang kadang menakutkan diri kita sendiri. Dipendam, disimpan, disorok, disebar, diperluas, dicanang, apa-apa pun, tetap juga membawa pada satu perkataan, TRUTH. Terpulanglah pada diri kita, mana satu nak pergi. Dan keterpulangan kita tu membawa pada satu perkataan yang lain pula, iaitu DECISION!
Source: Google Images |
No comments:
Post a Comment