-->

Thursday, December 1, 2011

Review: Ombak Rindu


Yeahh! Filem yang ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia sudah tiba.

Ombak Rindu, filem yang diadaptasi daripada sebuah novel yang juga bertajuk Ombak Rindu karya Fauziah Ashari. Sememangnya filem ini yang perlu ditonton! Haha. Siapa yang belum tengok lagi, pergi cepat ke panggung wayang sebelum tiket habis. Almaklumlah, tiket laku betul macam pisang goreng panas. Nasib baiklah Amai sempat beli tiket untuk filem ni, dapatlah juga seat yang paling terbaik :)

Review:
Izzah (Maya Karin) merupakan ustazah di sebuah kampung dan mengajar anak-anak kecil mengaji. Dia telah dibawa oleh bapa saudaranya untuk dijadikan pelacur di Kuala Lumpur untuk melangsaikan hutangnya dengan Ah Long. Hariz (Aaron Aziz) pula telah mengambil Izzah sebagai perempuan simpanannya, tetapi Izzah menyuruh Hariz mengahwininnya. Setelah mereka berkahwin, Mila (Lisa Surihani) telah balik ke Malaysia untuk berkahwin dengan Hariz. Bermulalah pelbagai dugaan yang terpaksa dihadapi oleh Izzah. 

Nak kata cinta tiga segi pun boleh kot. Selama dua jam berada dalam panggung wayang semata-mata untuk menonton filem ini agak berbaloi. Ceritanya tiadalah meleret mana. Cuma Amai belum baca lagi novelnya. Kalau novelnya ada, memang kena grab cepat-cepat. Ahha, lagu dalam filem ni pun best jugak! Nyanyian mantap antara Adira dan Hafiz yang mendendangkan lagu Ombak Rindu sungguh mempesonakan dah amat sesuai sekali untuk filem ini.

Apa-apa pun, jangan lupa tengok filem ni!

Ragam dalam panggung:
 Terdapat ramai perempuan gedik yang cair apabila melihat Aaron Aziz di layar.
 Ada pula yang membawa adik kecil berumur 6 tahun (lebih kurang). Dah nama budak kecil, dorang siap boleh main lagi dalam wayang. Tapi tak ganggu ketenteraman wayang la.
 Ramai penonton yang terpaksa keluar panggung sebab nak pergi kencing (LOL).
 Majoriti penonton: Perempuan dan pasangan.
♥ Hanya terdapat satu family sahaja waktu Amai menonton filem ni.

P/S:  Popular Bookstore tengah buat sale. Kena beli [tunas] karya Hlovate! :)

No comments: