-->

Saturday, November 5, 2011

Review: Paranormal Activity 3


Pasti ada yang sudah menonton Paranormal Activity 3 ni, kan? Bagi yang pernah menonton Paranormal Activiy 1 dan Paranormal Activity 2, mungkin filem yang ketiga ni jadi pilihan korang untuk ditontoni. Mana tidaknya, filem ini sering berkait dan wataknya semua sama, iaitu Katie dan Kristi.

Okay, review sedikit untuk movie ini:

Pada permulaan cerita menunjukkan Kristi yang sedang mengandungkan anaknya yang pertama, iaitu Hunter. Jika anda menonton yang kedua, mungkin anda akan tahu. Kemudian, Katie datang ke rumah Kristi untuk meletakkan tape lama yang telah disimpan oleh neneknya, Lois. Kalau korang menonton Paranormal Activity 2, kan rumah Kristi bersepah seperti ada orang menyelongkar rumah tu? Tape-tape tersebut telah hilang.

Kemudian patah balik pula sewaktu Katie dan Kristi pada zaman kanak-kanak mereka. Boyfriend ibu mereka telah merakam segala aktiviti yang dilakukan oleh mereka. Seperti biasa, pelbagai perkara aneh yang berlaku terhadap keluarga mereka. Tetapi yang paling best sekali di mana scene Bloody Mary (Katie dan Randy). Agak menyeramkan pada scene itu. Selepas keluarga mereka dikacau, mereka telah berpindah ke rumah nenek mereka, Lois. Agak-agak apa berlaku di rumah Lois?

Tak nak spoil mood korang. Korang kena tengok sendiri. Memang menyeramkan. Amai tengok movie ni sampai menutup mata. Mana tak nya, kalau dah scenes yang terakhir tu semuanya agak seram. Tapi apa-apa pun, memang seronok untuk ditontonilah. Amai pun tengok movie yang ketiga ni sebab movie yang sebelumnya Amai dah tengok. So, yang ketiga ni mestilah tengok. Hehe :D

Okay, kalau korang menonton trailer-nya, memang jauh berbeza ya dengan the whole movie. Mungkin ada sebabnya kot. Hampa jugak Amai sebab scene dalam trailer banyak yang tak ada dalam movie. Sabar jelahh. Dengar kata, ada movie Paranormal Activity: Tokyo Night? Best ke tak? Kena tengok jugak ni. Haha :D

Selesai la review Paranormal Activity 3 ni. Bagi siapa-siapa yang lemah jantung, ibu mengandung, disarankan jangan tengok. Tidak sesuai sebab banyak sangat scene kejutan. Okay, bye...

No comments: