-->

Tuesday, December 20, 2011

Keputusan PMR 2011 semakin menghampiri!

Assalamualaikum...

Tak lama lagi, keputusan PMR tahun 2011 dah nak keluar. Nampaknya pelajar-pelajar Tingkatan 3 yang mengambil PMR untuk tahun 2011 ni dah ramai yang cuak dah. Semua dah sibuk tulis dekat status Facebook. Macam-macam status jugak la Amai nampak. "Nak patah balik masa boleh?" "Nak stop kan masa boleh?"

Dehh! Relax la. Korang dah lakukan yang terbaik waktu PMR haritu. Jangan takut. Apa-apa pun keputusan, korang dah buat yang terbaik. Kalau dapat keputusan terbaik tu, tahniah Amai ucapkan! Kalau kurang memberangsangkan, SPM ada lagi. Jangan risau, okay?

Ahhhh. Dah berlalu zaman Form 3 Amai. Amai rindu gila zaman tu! Walaupun tahun menghadapi peperiksaan, masa ni la macam-macam benda berlaku. Penghijrahan, mungkin? Sebenarnya. masa Amai form 2, pelajar-pelajar memang boleh dikatakan tahap nakal tak ingat. Tapi bila dah naik form 3, all change. Semuanya berubah. Dah tak ada nakal macam waktu form 2. Mungkin dah sedar, yang kitorang dah masuk form 3, PMR menghampiri, bukan?

Masa Amai nak ambil keputusan tu, memang cuak tak cuak la. Macam mana kalau keputusan teruk? Macam mana kalau keputusan Amai teruk antara pelajar sekolah tu? Memang bermain dalam kepala. Tapi apabila beberapa orang pelajar naik ke atas pentas, di mana kesemuanya mendapat 8A, kepala Amai berubah, jangan fikir terlalu negatif. Betul kata orang, postif itu lagi penting. Alhamdulillah, inilah keputusan yang telah Amai dapat.

7A 1B
Alhamdulillah, 7A 1B dalam genggaman. Sewaktu percubaan, nak dapat 7A itu pun sudah jadi satu penyeksaan untuk Amai. Sewaktu pengumuman pelajar 8A, itu pun Amai tak terlintas untuk dapat 8A. Kepala Amai dah bercakap, "Kalau tak dapat 8A, insya-Allah 7A dalam genggaman." Tak sangka bahawa permainan kepala itu benar-benar terjadi. Cikgu Amai pernah cakap, "Awak mesti tak sangka yang awak dapat straight A's, kan? Itu kerana berkat daripada parents awak."

Betul. Ibu bapa la yang paling dekat dengan kita, yang sentiasa mendoakan kejayaan kita. Tipu la jika kita cakap yang ibu bapa tak pernah mendoakan anak masing-masing. Dan kini, Amai akan menduduki SPM pada tahun 2012. Tahun penentuan? Tahun penyeksaan? Apa-apa tahun pun, Amai tetap jugak akan menduduki peperiksaan tersebut.

Apa yang paling penting, Allah itu sentiasa bersama kita. Ingat dia. Berusaha untuk mendekatkan diri kepada dia. Berusaha untuk mendapat segala ilmu. Berusaha! Yeahh. Fighting! So, to PMR candidates 2011, good luck kepada korang semua. Apa-apa pun keputusan, sentiasa bersyukur dan bersedialah menghadapi tingkatan 4 yang lagi mencabar. Assalamualaikum :)

7 comments:

Papa PUSS said...

Salam

Mak aih hebatnye..
PMR saya pon down teruk..
Itu dululaa. malas nak belajanye pasal haha....

BTW dah follow here..
Hope hit me back.. Thanks....:)

Aqmar Ismail said...

@PapaPUSS - Alhamdulillah :)

Okay, sudah follow.

Jane said...

wahh.. harap dapat sentiasa update blog .aqmar ismail. ni. im very jealous with someone who have very high confidence. next year i will take the pmr exam. its undeniable for me to say that im very afraid. but nothing works it on. i mean i dont even start to revise all things. serious. masih sempat lagi ke? sempat lagi ke sebab minggu depan dah sekolah dah. takut tahun depan stres. i need confidence!! but i cant.argh

Aqmar Ismail said...

mina: oh, dalam pembelajaran ni, semua org tak lari daripada persaingan. tambah-tambah lagi dgn orang yg pandai. aqmar dah rasa benda tu semua. begini, kalau boleh, mina tumpukan segala yg cikgu ajar. then, revise balik. setiap cikgu pasti bagi latihan selepas belajar satu chapter tu. jangan mengalah cepat sangat. rasa takut tu mmg sentiasa ada, but kalau boleh, jangan takut tu menguasai diri mina :)

Jane said...

thank you. i've replied at your wall.
i mean how do you know my account?? hm nothing impossible.okay.thanks again

Aqmar Ismail said...

@mina How do I know your account? Haha, based on your blog URL.

Jane said...

fine. hmm bahaya jugak buat url blog nama sendiri