DIA meletakkan buku-buku yang dipilihnya tadi di atas meja panjang
itu. Perpustakaan itu memang senyap. Semua tekun membaca buku. Earphone diambil lalu dipasang di
telinga. Kerusi itu ditarik perlahan, senyap. Tidak mahu menganggu orang lain.
Buku
rujukan Biology dipilih dahulu. Lagu Westlife - Uptown Girl mula
berkumandang di telinga. Kepalanya digoyang mengikut rentak lagu tersebut. Buku
Biology yang berada di hadapannya itu
dipandang. ‘Bosan pulak nak baca sorang-sorang ni,’ getus hatinya. Telefon bimbit
Corby II diambil dari dalam kocek
lalu tekun menaip sesuatu. Selesai.
Dia
menyelak buku rujukan itu sekadar melihat sekali imbas. Mencari isi-isi
penting. Mana tahu kalau-kalau keluar dalam kertas, dapat jugak dia jawab. Lama
juga dia menyelak buku itu. Dapatlah sikit-sikit isi penting.
“Aida.”
Aida
segera menalakan matanya pada empunya suara. “Fiya, datang pun kau!” Semua mata
memandang Aida. Aida tersengih lalu mengangkat tangan sebagai tanda minta maaf.
“Senyap
sikitlah… Orang nak baca pun tak senang,” Fiya mula mengomel. Aida hanya
tersengih.
“Belajar
jom!” Aida menalakan matanya pada Fiya yang kini sudah duduk di hadapannya.
Fiya mengangguk tanda setuju. Dia membuka beg lalu mengeluarkan buku latihan.
“Kau
bawa tu je?” suara Aida perlahan tapi agak menekan. Fiya dengan muka selamba
hanya mengangguk. Aida tersenyum lalu menggeleng.
“Pukul…”
Aida melihat jam tangannya, “… dua nanti kita keluar. Temankan aku pergi beli
barang sikit. Boleh?” Fiya menjeling rakannya itu. Dia mengangguk. “Okay.”
“KAU dah sedia belum exam Bio ni?” Fiya yang sedang leka
membelek-belek novel terus memandang Aida yang sudah berdekatan dengannya.
“Kau
dah siap cari barang kau ke?” dia menghiraukan soalan Aida. Aida hanya
menunjuk kertas glossy yang berada di
tangannya.
“Itu
je?” Fiya bertanya. Aida hanya mengangguk.
“Aku
bayar dulu. Lepas tu kita pergi makan? Aku lapar…”
“MAN…
JA!”
Aida
berlalu pergi ke kaunter bayaran. Fiya menggeleng. ‘Apa-apa jelah kawan aku
seorang ni,’ getus hatinya.
PREMIS KFC itu hingar bingar dengan orang ramai yang makan dan juga
berbual tidak ingat dunia. Kalau boleh, satu premis itu boleh didengari apa
yang diperkatakan mereka. Fiya sudah duduk pada satu-satu tempat yang masih
kosong. Aida membeli makanan.
“Errr…
tadi kami dah ambil tempat duduk ni.” Fiya yang sedang melayani perasaannya itu
tersentak. Lelaki di hadapannya dipandang. Ada sekali seorang perempuan bersebelahannya.
Fiya menggeleng tanda tidak puas hati.
“Maaf?
Saya dah dapat tempat ni dari tadi.”
Lelaki
itu seperti tidak puas hati. “Apa pulak? Kami dah dapat tempat duduk ni dari
tadi. Tadi kami beli makanan sekejap.”
Nampak
sangat kepala mereng! “Okay, saya nak tanya. Sekarang ni siapa yang salah?
Kalau awak suruh AWEK awak tu duduk sini tadi, dah bagus. Saya dapat tempat
duduk ni pun sebab tempat ni kosong.” Fiya mempertahankan dirinya. Perempuan
sebelah lelaki itu kelihatan amat meluat dengan perangai Fiya. ‘Gedik!’ getus
hatinya.
“Jom
sayang. Kita pergi cari tempat lain.” Mereka berlalu meninggalkan Fiya.
“Kenapa?
Apsal mamat dengan minah tu?” Aida tiba-tiba sergah dari belakang.
Fiya
menjeling rakannya yang berada di sebelah sambil menatang dulang KFC itu. “Tak
adalah. Ada ke
dia suruh aku blah dari sini. Dia cakap ni tempat dia.”
Aida
ketawa terkekeh-kekeh. “Apa je. Tak gentle
langsung. Depan awek, gaduh pasal tempat duduk.”
“Tau
pun kau!”
“Baru
pukul 3 lebih ni. Nak pergi mana lagi?” Aida bertanya sambil mencuit sedikit
ayam.
Fiya
mengangkat bahu tanda tidak tahu.
“Tengok
wayang, nak? Exam kan next
week, so, cuti ni, kita release
tension tengok wayang jom!”
Fiya
mengangkat muka. “Okay jugak tu. Dah lama aku tak tengok wayang.” Aida hanya
tersengih kegembiraan.
SUDAH! Mamat ni ada dekat sebelah pulak. Fiya dah bengang. Mamat tu
buat bodoh tak tahu saja. Sabar…
* * *
PEPERIKSAAN sudah tamat! “Yeah!
Bye bye Form 4! Hey, Form 5! Wait for us.” Aida menjerit ke arah tasik yang
terbentang luas itu. Selepas waktu persekolahan, mereka terus ke tasik tersebut
untuk melepaskan tekanan peperiksaan.
Fiya
yang duduk di bawah pokok itu hanya mampu menggeleng. ‘Kawan aku sorang ni la,
kalau orang lain nampak tak malu ke?’ getus hatinya.
“Fiya,
jom la jerit sekali dengan aku. Oooooooo!” Aida menjerit lagi.
“Woi!
Tak malu ke apa?” Aida hanya tersengih. Dia datang mendekati Fiya lalu duduk
sebelahnya.
“Esok
kau datang sekolah tak?” Aida tiba-tiba bertanya. Fiya menggeleng.
“Pergi
jalan-jalan jom?”
“Aku
penat.”
“Alaaaa…”
Aida buat muka merajuk, “jom la…”
“Malas,”
sepatah dia jawab.
Aida
terdiam. Kalau Fiya cakap tak nak, tak nak la jawapannya.
“Yelah,
esok jalan. Tapi jalan je.”
“YEAHH!”
Aida mula menjerit. Fiya tersenyum.
* * *
MEREKA duduk di kerusi yang disediakan di pusat membeli-belah itu
sambil melihat gelagat manusia yang berbagai. Yang berjalan dengan kawan, yang
berjalan dengan kekasih – seperti sudah bertahun berkahwin. Dia hanya mampu
menggeleng. Dunia sekarang. Tiada segan silu lagi dah.
“Kau
tenung apa?” Aida yang sedang makan Pappa Roti bertanya. Fiya hanya menggeleng.
“Fiya…”
Fiya buat tak tahu. “Fiya!”
“Ya…”
dia menoleh rakannya yang berada di sebelah.
“Aku
macam kenal la mamat tu,” kalau boleh, memang macam itik pun ada juga muncung
Aida itu. Nak tunjuk pun guna mulut.
“Mana?”
Fiya mencari-cari. Masih tak jumpa.
“Itulah.
Dengan pakaian office tu.” Aida kini
menunjuk lelaki itu dengan menggunakan jarinya. Fiya melihat lelaki itu.
“Oh,
mamat tak tahu malu tu.”
“OMO!
Apa kes dia pergi sini?” Aida dah memukul-mukul badan Fiya.
“Sakit
la!”
“Hye…”
“KORANG tak sekolah ke?” premis McDonald itu tidak ramai orang.
Mungkin hari ini hari bekerja. Fiya dan Aida hanya menggeleng.
“Tak.
Exam dah habis.” Aida memberi respon.
Selepas sahaja mereka berjumpa tadi, lelaki tersebut mengajak mereka makan.
Sempat juga dia meminta maaf dengan Fiya tentang peristiwa hari itu. Fiya pun
tak pernah jumpa lelaki yang sanggup minta maaf sebab perkara kecil saja.
“Oh,
patutlah… Kalau dah ponteng sekolah tu, kan
bagus duduk rumah. Ni kalau polis tahan korang sebab ponteng sekolah, macam
mana?” lelaki tersebut ketawa.
Fida
dan Aida merenung sesama sendiri. Betul juga cakap abang ni. Mereka kini
menalakan mata ke arah lelaki itu lalu tersengih. “Abang, nama abang apa ek?”
“Irfan.”
“Oh…”
panjang ‘oh’ Aida. “Abang tak kerja ke? Ni dah smart pakai baju office segala.” Hanya Aida sahaja yang bertanya
macam-macam pada Irfan. Fiya hanya mendiamkan diri.
“Abang
baru balik interview tadi.”
“Waaa.
Kerja apa?”
“Adalah…
menyibuk je nak tau.” Irfan hanya menggeleng lalu ketawa.
“Aida,
balik jom,” bisik Fiya. Aida yang menyedut minuman itu hampir tersedak. Fiya
hanya membeliakkan mata sebagai amaran. Dia sebenarnya tidak selesa dengan
kehadiran Irfan. Rasa tak selesa. TAK SELESA!
“Okay.
Bang, kita orang balik dulu eh?”
“Balik
dah?” Mereka terus mengangguk. “Okay.”
Kali
ini Fiya bersuara. “Terima kasih belanja.” Mereka terus berlalu pergi.
“Bye!” Irfan hanya tersenyum. Budak-budak
sekarang… Eleh, macamlah aku ni bukan budak sekarang.
* * *
“KAU tak kerja hari ni?” ibu datang dari dapur sambil menatang
dulang beserta air dan biskut.
“Hari
ni dapat cuti,” sepatah sahaja dia menjawab.
“Ibu
nak tanya sikit ni.” Ibu kelihatan agak mengah. Sudah tua, kudrat pun tak
sekuat dulu lagi. Irfan itu sahajalah anaknya. Satu-satunya permata dia dan
suaminya. Irfan hanya mengerutkan dahinya.
“Kau
tu dah lama kawan dengan Mia. Bila korang nak kahwin?” Irfan terbisu sebentar.
“Tak adalah. Ibu risau tengok korang ni lama-lama, tiada perikatan. Nanti apa
orang kata kalau korang ni berkepit macam orang dah kahwin. Kita ni tak boleh
tutup mulut orang, Fan.”
“Ibu,
Fan pun baru je bekerja. Nak kahwin tu lama lagi agaknya,” hanya itu sahaja
yang mampu dia katakan. Bukannya apa, dia merasakan dirinya muda lagi untuk
pegang tanggungjawab sebagai suami.
“Lama
lagi? Kamu tu dah 22. Kahwin jelah.”
“Ibu,
22 tu muda lagi la untuk kahwin,” ada sahaja jawapannya.
“Kamu
tahu, zaman ibu dulu, 22 tu kira dah kahwin lambat, tahu?”
“Itu
dulu, ini sekarang.” Ibu hanya mampu menggeleng. Ada sahaja jawapannya keluar daripada mulut.
Irfan terus menonton televisyen. Dulu suruh bekerja, sekarang suruh kahwin.
“Lambat lagi kot Irfan kahwin…” dan itulah jawapannya yang terakhir.
* * *
“MAKAN atau bungkus?”
Fiya
tersenyum. “Makan. X-Meal regular 2 set.”
“Air?”
“Pepsi.”
Dia
memberi not RM 20. Irfan memulangkan baki. “Tunggu, ya? Nanti ada orang
hantar.” Fiya hanya mengangguk lalu mengambil nombor yang telah disediakan.
Aida
sudah duduk. “Wah, abang Irfan kerja sini rupanya. Mati-mati aku ingat kerja office.” Fiya hanya diam. “Mana
burger-nya?”
“Kejap
lagi sampai la. Sabar sikit Aida ooi…” Aida hanya tersengih.
“Okey…”
panjang ‘okey’ nya.
Seorang
pekerja KFC wanita datang menatang dulang beserta burger X-Meal regular. Dia meletakkannya dengan berhati-hati di atas meja
tersebut. Fiya dan Aida hanya memandang. “Terima kasih, kak.”
Kakak
itu hanya tersenyum lalu mengambil nombor yang telah diberikan kepada Fiya.
“Makan…”
“Sedap?”
“Abang
ni, buat orang terkejut je,” Aida sudah tersedak. Fiya hampir nak ketawa.
“Abang
tak ada kerja ke? Datang sini pulak tu.” Fiya bertanya.
Irfan
hanya menggeleng. “Tak ramai orang. So,
abang jumpa la korang sekejap.” Aida dan Fiya hanya mengangguk. “Ini nak jalan
mana lagi ni?”
“Wayang…”
Aida memberi respon.
“Movie?”
“Paranormal…” Fiya pula memberi respon.
“Okay.
Movie tu seram, tau? Uuuuuu…” Irfan
saja menakutkan mereka lalu meninggalkan mereka. Budak berdua itu buat tak tahu
saja. “Bye.”
“Bye!” dua-dua beri respon.
“ABANG Irfan tu baik, kan ?”
Aida bertanya. Filem Paranormal Activity
3 yang sedang ditayangkan itu dibuat tidak peduli.
Fiya
menoleh rakannya. “A’ah.”
“Kau
tak nak masuk line ke?” Aida dah
tersengih macam kerang busuk.
“Gila
dah masuk kepala la tu. Orang nak tengok movie
pun tak senang.” Fiya hanya menggeleng. Aida dari tadi tidak habis-habis
tersengih.
“Sayang
la… Abang Irfan tu dah tua sangat, kita baru 16 tahun.”
“Aida…
kau ni. Abang Irfan tu pun kau terpikat. Dah, senyap! Aku nak layan movie ni.” Mereka terus senyap. Aida pun
malas nak bercakap lagi.
* * *
AYAH tiba-tiba sesak nafas. Ibu pun baru sahaja menelefon
abang untuk balik. Fiya dah risau. Harap-harap ayah tidak apa-apa.
Kedengaran
bunyi kereta memasuki laman rumah. Itu mesti abang. Fiya berlari mendapatkan
abangnya. Kakak iparnya mendukung anaknya yang baru sahaja mencecah 1 tahun.
“Abang, ayah tiba-tiba sesak nafas.” Abang hanya mengangguk, cemas. Dia terus
memasuki rumah. Kakak iparnya meminta Fiya untuk mendukung anaknya.
“Ibu,
kita kena bawa ayah ke hospital.” Ibu hanya mampu mengangguk. Abang terus
mengangkat ayah. Badan ayah tidaklah sebesar mana, kurus sahaja. Sudah lama
ayah menghidap penyakit sesak nafas. Sudah banyak kali juga ayah mengalami
sesak nafas seperti ini.
Ayah
terus dibaringkan di tempat duduk belakang kereta. “Ibu, ikut sekali. Sayang
dengan Fiya tunggu dekat rumah.” Fiya dan kakak iparnya hanya mengangguk.
“Sabar
Fiya…” kakak iparnya menenangkannya.
FIYA semakin risau. Abangnya dan ibunya masih tidak telefon sejak
dari tadi lagi. Kakak iparnya berada di dapur menyediakan minuman untuk mereka
berdua. “Sabar Fiya. Kita doakan keselamatan ayah, ya?” Fiya hanya mengangguk.
“Kakak
dah sediakan air teh tu. Minum dulu. Akak nak jaga Fahmi. Tak pasal-pasal
terjaga pulak.” Fiya mengangguk lagi. Lama dia termenung. Bagaimana dengan
keadaan ayah sekarang?
Telefon
bimbit berbunyi. Cepat-cepat dia mencapai telefonnya. Panggilan daripada ibu.
“Assalamualaikum. Ibu, macam mana dengan ayah?”
“Waalaikumussalam.
Alhamdulillah, ayah dah baik sikit. Tak payah risau. Esok pagi ayah dah boleh
keluar hospital. Nanti abang kamu balik, dia tidur dekat rumah kita,” tenang
ibu menjawab.
“Alhamdulillah…”
“Ibu
nak jaga ayah dulu. Kamu baik-baik di rumah dengan Kak Linda.”
“Baik,
bu. Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam.”
Panggilan dimatikan.
Kak
Linda duduk di sebelahnya. “Macam mana dengan ayah?”
Fiya
tersenyum. “Alhamdulillah, ayah selamat.”
* * *
“ADA
tetamu datang. Fiya tolong masak air,” ibu mengarah. Fiya hanya mengangguk.
Selepas ayah keluar hospital, rakan-rakan ayah ramai yang datang untuk melawat.
Tambah-tambah lagi rakan sekerja. Dari dapur lagi Fiya sudah boleh dengar ibu
menjemput masuk tetamu. Ayah tak dapat berjalan, doktor menyuruh ayah untuk
berehat buat sementara waktu.
Dia
menyediakan air teh panas. Dia menjenguk ruang tamu untuk mengira tetamu. Satu,
dua, gulp! Abang Irfan? Ahhh, nak tak
nak, dia kena juga menjamu tetamu dengan minuman. Segera dia menyediakan empat
gelas.
Nafasnya
ditarik dalam. Terus dia mengangkat dulang lalu ke ruang tamu. Abang Irfan dari
tadi memerhatikan dia. “Oh, inilah anak kau? Dah besar panjang dah. Dulu pakcik
datang, kecik je lagi.”
“Ala , sama je dengan anak
kau. Masa aku jumpa dulu, kecik juga. Sekarang ni, dah besar panjang dah. Dah
boleh kahwin dah,” ayah pula memberitahu. Irfan hanya tersenyum.
Cepat-cepat
Fiya menjamu minuman tersebut lalu ke dapur dengan segera. Ayah dah pernah
jumpa Abang Irfan? Ayah Abang Irfan pun pernah jumpa aku? Ke kita orang ni dah
pernah berjumpa masa kecil?
Tiba-tiba
ibu datang dari depan. “Dorang makan tengahari dekat sini hari ni. Tolong ibu masak,
ya?” Sudah. Makan tengahari pula. Fiya dah tak boleh nak buat apa. Dia hanya
mengangguk, terpaksa.
“Okey.”
“TAMBAH lagi Irfan. Takkan sikit je makan?”
“Eh,
tak apa pakcik. Dah kenyang dah ni. Saya ke depan dulu, ya?” Mereka semua
mengangguk. Irfan terus membasuh tangan lalu ke depan. Dia melihat luar rumah.
Kelihatan Fiya sedang termenungkan entah apa. Terus dia ke luar.
“Termenung
apa tu?”
Terkejut
juga Fiya. Dia hanya menggeleng. “Mana ada orang termenung.”
“Eleh,
tipu sangat. Termenung pakwe la tu,” terus Irfan duduk di sebelah Fiya. “Fiya
ingat tak masa kita kecik, kita ada jumpa?”
“Kita
pernah jumpa ke?”
Irfan
hanya mengangguk. “Abang pun lupa-lupa ingat. Tapi tak silap abang, abang
pernah jumpa Fiya. Itu pun lepas abang jumpa ayah Fiya, abang ingat balik. Fiya
masa tu kecik lagi. Mana nak ingat.” Fiya hanya mengangguk faham. “Abang pun
kecik lagi. Ini pun lupa-lupa ingat.”
“Kita
dah pernah jumpa la sebelum ni…” Irfan pun hanya mengangguk bersetuju dengan
pernyataan Fiya.
* * *
SUDAH lama dia tidak mendengar khabar Abang Irfan. Kali terakhir
dia jumpa sewaktu Abang Irfan datang melawat ayah. Rindu ke, Fiya? Fiya hanya
menggeleng. Takkan nak rindu pula…
Sesi
persekolahan 2012 sudah pun bermula. Tahun untuk dia mengambil SPM. Pada hari
pertama persekolahan sahaja, banyak tips-tips yang diberikan oleh guru
matapelajaran. Tak menang tangan juga dengan kerja sekolah yang berlambak bak
Gunung Kinabalu itu. Fiya pun tahu, tahun ini dia mengambil SPM. Mana boleh
sambil lewa lagi dalam pelajaran. Sewaktu Tingkatan 4 dulu pun, abangnya tidak
habis-habis menyuruhnya belajar. Bak kata pelajar Tingkatan 4, tahun bulan
madu. Tapi bagi dia, tak ada madunya. Pahit yang banyak. Tingkatan 5 ini, lagi
bertambah pahitnya.
“Sejak
bila kau suka termenung memanjang ni? Cuba cerita dekat aku sikit,”
Syafiq yang berada di sebelahnya tiba-tiba bertanya.
Fiya
tersentak. “Kau ni bagi salam boleh tak?”
“Sorry…
haa, dari tadi kau menung apa?”
“Menung
apanya? Mana ada,” terus Fiya menalakan matanya ke arah buku teks Sejarah untuk
dibaca. Mata di buku teks, hati di tempat lain.
“Gebang…”
Syafiq pun terus pergi ke tempat duduknya. Fiya menggeleng. Bising je mulut,
macam perempuan.
* * *
LAGU Rain Over Me – Marc
Anthony berkumandang menandakan ada panggilan masuk. Cepat-cepat dia
berlari ke arah telefon bimbitnya yang berada di atas katil. Aida…
“Assalamualaikum…”
Aida memberi salam sebagai kata pendahuluan.
“Waalaikumussalam…
nak apa?”
Kedengaran
suara di sana
seperti tersengih. “Sabtu esok teman aku pergi Popular. Ayah aku suruh beli
buku rujukan sendiri. Kau pun tahukan, aku ni mana pandai nak pilih buku-buku
ni. Boleh eh?”
“Esok?
Nanti aku tanya ibu aku. Kalau boleh, aku call
kau.”
“OKAY! Bye… terima kasih kawan.”
“Sa…”
panggilan di sana
sudah dimatikan. Baru nak jawab, dah mati. Nasib baik kawan aku sendiri.
* * *
“LAMA betul aku tak jumpa Abang Irfan.” Seperti biasa, tiada respon
daripada Fiya. Tidak lama kemudian, Fiya mengangguk.
“Sama
la. Kau agak-agak, dia kerja tak hari ni?” Aida mengangkat bahu menandakan dia
tidak tahu. “Jom pergi tengok.”
Aida
mengangguk. Baru sahaja beberapa langkah, Aida memberhentikan rakannya itu.
“Cop cop cop cop… kau kenapa tiba-tiba nak cari Abang Irfan ni? Haaa, kau ada
hati eh dekat dia?”
Tak
pasal-pasal satu penumbuk hinggap di lengannya. “Sakit la woi!”
“Tau
pun sakit. Main pakai cakap je.”
Aida
masih lagi membelai lagi lengannya untuk mengurangkan kesakitan itu. “Aku cakap
je. Kau pulak yang terlebih emo.”
Tiba-tiba
sahaja Fiya tersengih. “Sorry…”
Aida
mengangguk. “Maaf kau tak diterima. Belanja aku KFC.”
“Yelah,
aku belanja…”
“KAU nampak abang Irfan?” Aida bertanya sambil mencubit ayam.
“Tak
nampak.”
“Takkan
dah berhenti?” jelas kerutan di dahi Aida.
“Entah
la,” angkat bahu tanda tidak tahu.
“Dah,
makanlah.”
Fiya
terus mengangguk.
* * *
TASIK Y itu tidaklah ramai orang. Selepas waktu persekolahan tamat,
dia, Aida, dan Syafiq terus menuju ke sini untuk mengulangkaji pelajaran. Ingat
balik segala pelajaran di Tingkatan 4 yang entah ingat lagi ke tidak. Sisa-sisa
pelajaran Tingkatan 4 itu adalah lagi, tapi sikit saja. Yang lain semua dah
melayang hilang.
“Argghhh!
Pening, pening, pening!”
Aida
dan Fiya hanya menjeling Syafiq yang tidak habis-habis mengeluh. “Kau ni
bisinglah. Kalau aku tau kau bising macam ni, tak payah bawa kau ke sini.” Aida
sudah mula membebel.
“Kau
tu lagi bising. Membebel je kerja.” Syafiq pun tidak mahu mengalah.
“Dah,
dah, dah. Study dulu. Nak gaduh lepas
study.”
“Nasib
baik ada Fiya. Kalau tak, dah lama aku kasi pelempang aku ni hinggap pipi kau.”
“Fiya,
kau tau tak, ada budak tu kan , dia kan , …”
“Assalamualaikum…”
belum sempat Aida hendak menghabiskan kata-katanya, datang seorang gadis.
“Waalaikumussalam…”
serentak mereka bertiga jawab. Fiya pula seperti cam akan gadis tersebut.
“Fiya?”
lantas gadis tersebut menoleh ke arah Fiya. Fiya tidak tahu nak kata apa. Dia
hanya mengangguk. Macam mana pulak akak ni boleh kenal aku?
“Akak
Mia,” pantas Mia menghulurkan tangannya untuk berjabat tangan dengan Fiya dan
Aida. Syafiq dah terpinga-pinga, begitu juga dengan Aida. Siapa pula akak depan
mereka ini?
“Fiya
takkan tak ingat akak lagi?”
Fiya
memang sudah memerah otak dari tadi dan cuba untuk mengingat balik siapakah
akak Mia ini. Lama dia berfikir, tetapi susah untuknya mengingati.
“Akak
ni kawan abang Irfanlah.”
Gotcha! Dia inilah akak yang sibuk-sibuk
nak suruh aku blah dari tempat duduk tu. Akak Mia dan abang Irfan. Macam
manalah aku boleh lupa benda tu. “Haa, ingat…”
Pantas
Mia duduk di sebelah Fiya. “Untunglah akak jumpa Fiya dekat sini. Akak
sebenarnya ada amanah ni.”
Amanah?
Masuk drama mana pulak ada amanah ni.
Mia
terus mencari sesuatu di dalam beg tangannya. Satu sampul putih dikeluarkan.
“Ini jemputan perkahwinan akak dengan abang Irfan. Abang Irfan harap sangat
Fiya dapat datang. Dia tak dapat nak jemput Fiya.”
Pantas
Fiya melihat kad jemputan tersebut. 30.9.2012. “Insya-Allah, kalau Fiya dapat
datang, Fiya datang. Tapi kenapa ek abang Irfan tak jemput sendiri?”
Berubah
riak muka Mia. “Errr, dia… tak apalah. Janji Fiya datang, ya? Haa, Aida dan
Syafiq kalau nak datang pun boleh.” Mungkin Mia sudah melihat tag nama pada
tudung Aida dan baju Syafiq.
“Insya-Allah,”
serentak.
“Ermm,
akak pergi dulu, ya? Assalamualaikum…” pantas dia berjabat tangan dengan Fiya
dan Aida lalu meninggalkan mereka bertiga.
“Kenapa
abang Irfan tak jemput kita sendiri?”
Aida
dan Syafiq hanya diam. Tidak tahu…
* * *
SUDAH BEBERAPA hari berlalu selepas Kak Mia menjemput dia ke majlis
perkahwinan. Selama itu jugalah dia tak mendengar khabar abang Irfan. Telefon
bimbit diambil lalu mencari nombor abang Irfan. Dia membuat panggilan.
“Assalamualaikum
dik,” abang Irfan memulakan perbualan.
“Waalaikumussalam.
Dah tidur ke?”
“Belum
lagi…”
“Lama
tak dengar khabar abang. Abang sihat?”
“La,
lama tak dengar khabar ke ataupun rindu dekat abang?” ketawa pecah.
“Apa
la. Orang tanya khabar je. Apa pulak nak rindu dia,” betul ke tak rindu, Fiya?
Ketawa
Irfan masih bersisa. “Insya-Allah, buat masa sekarang, abang sihat. Tak tahu la
hari esok.”
“Alhamdulillah.
Wahh, abang senyap sepanjang masa ni sebab sibuk nak kahwin la tu. Tak nak
cakap dengan Fiya pun.”
“Kak
Mia dah jumpa Fiya?”
“Dah.
Kenapa tak abang je yang jemput Fiya? Kenapa Kak Mia yang jemput?”
“Maaf
sangat. Abang busy betul sampai tak dapat nak jemput Fiya sendiri. Nasib baik
Kak Mia kenal Fiya. Tu sebab abang suruh Kak Mia jemput Fiya,” suara Irfan
berubah. Fiya perasan akan perubahan suara abang Irfan.
“Abang
okey tak?”
“Okey
je.”
“Okey...
Abang rehat sana
la dulu. Assalamualaikum…”
“Waalaikumussalam.
Jangan lupa datang tau. Kali ni abang jemput melalui lisan.” Abang Irfan ketawa
lagi.
Fiya
sama-sama ketawa. “Insya-Allah.”
Panggilan
dimatikan. Dapat juga dia melepaskan rindu. Rindu? Apa-apa sajalah, Fiya. Janji
dapat dengar abang Irfan bercakap setelah terlalu lama mereka tak berjumpa.
* * *
“SEMALAM aku call abang Irfan.”
“Dia
cakap apa?” Aida teruja hendak tahu.
“Tak
ada cakap apalah,” berkerut dahi Fiya. “Aku tanya khabar je. Abang Irfan tu
macam penat je.”
“Alaa,
mana tak penat. Banyak benda nak ready
untuk perkahwinan dorang, kan ?”
Fiya hanya mengangguk. Buku rujukan Chemistry
dibaca balik walaupun kepala tak beri izin masuk. Dah tepu sangat dah kepalanya
dengan segala matapelajaran SPM. Peperiksaan percubaan SPM pun dah nak dekat.
Kusut
kepala! TOLONG!
* * *
ALHAMDULILLAH, semuanya selesai. Percubaan dah lepas. Tak lama
lagi, perkahwinan abang Irfan. Memang kena datang. Lama tak jumpa abang Irfan.
Mesej
tiba-tiba masuk. Daripada abang Irfan.
Jangan lupa datang tau!
‘Insya-Allah,
bang,’ getus hatinya.
* * *
MAJLIS NIKAH sudah dijalankan seminggu sebelum persandingan dia dan
Mia di rumahnya sendiri. Ramai juga yang datang ke majlis perkahwinannya. Setelah
beberapa tahun berkawan dengan Mia, akhirnya mereka berkahwin juga. Mia pun
sudah berubah. Alhamdulillah…
“Assalamualaikum…”
Irfan dan Mia menoleh ke belakang selepas mereka bersalaman dengan tetamu.
“Fiya.”
Mia sudah tersenyum. Fiya tersenyum sekali.
“Sorry
bang. Terlewat datang. Ni hadiahnya.” Dia menghulurkan hadiah kepada Irfan.
Irfan mengambilnya.
“Terima
kasih Fiya. Tak apa. Fiya datang pun dah kira okey dah ni.”
“Betul
cakap abang Irfan tu. Nasib baik Fiya datang,” ujar Mia.
“Tahniah
Irfan.” Ayah Fiya sudah berada di sebelah. Mereka bersalaman.
“Terima
kasih, pakcik.” Dikucup tangan lelaki itu.
“Fiya,
jom balik,” ayah sudah mengajak balik. Lagi pun dah ramai tetamu yang balik.
Waktu jamuan pun sudah hampir habis.
Fiya
mengangguk. “Fiya balik dulu bang, kak. Selamat pengantin baru.”
Mereka
semua ketawa. “Terima kasih,” serentak Irfan dan Mia mengucapkannya.
* * *
PENYAKIT ayah datang lagi. Nasib baik abang ada dekat rumah selepas
memerhatikan keadaan ayah yang sejak kebelakangan ini asyik tidak sihat saja.
Dapat juga abang menghantar ayah ke hospital.
Ayah
ditahan di wad lagi. Nasib baik dia sudah lepas SPM. Dapat juga jaga ayah
sementara menunggu ibu yang mengemaskan barang ayah di rumah.
“Kamu
pergilah beli makanan dekat bawah tu. Ayah boleh tunggu.”
“Tak
apalah ayah. Fiya tak lapar lagi.”
“Pergilah.
Ayah tengok kamu tak makan dari tadi.”
Fiya
terpaksa akur. “Fiya pergi dulu, eh?”
Ayah
hanya mengangguk.
Dia
keluar daripada wad tersebut. Orang pertama yang dia lihat sewaktu keluar
daripada wad ialah Kak Mia. “Kak Mia?”
“Fiya? Buat apa dekat sini?”
“Ayah
masuk wad. Akak buat apa dekat sini?”
Riak
muka Kak Mia berubah. “Jom dik.”
Jom?
“Nak ke mana kak?”
Kak
Mia tidak berkata apa. Kak Mia terus memasuki wad yang sama dengan ayahnya.
Fiya menyusul.
Kak
Mia berhenti pada satu katil. Abang Irfan?
Muka
Kak Mia sebak melihat abang Irfan yang sedang tidur. Muka abang Irfan pucat
sekali. “Kenapa dengan abang Irfan, kak?” soalan itu spontan ditanya.
“ABANG IRFAN dah lama ada kanser.”
Ruangan
hospital itu tidak ramai. Fiya dan Mia sudah duduk di luar wad tersebut.
“Sebelum perkahwinan tu, abang Irfan memang dah sakit.” Air mata Kak Mia jatuh.
Dia mengesatnya
Fiya
mendengar penuh khusyuk. “Masa Kak Mia bagi Fiya kad jemputan tu pun sebab
abang kena tahan dalam wad. Tapi masa tu belum teruk lagi. Dia sempat lagi
suruh akak jemput Fiya ke majlis perkahwinan hari tu.”
“Kenapa
akak tak cakap dengan Fiya pasal benda ni?”
“Abang
Irfan sendiri tak bagi akak beritahu kamu pasal benda ni,” suara Kak Mia serak
basah kerana menangis.
Fiya
mengangguk faham. Kenapa abang tak cakap dengan Fiya?
“Apa
hubungan Fiya dengan abang Irfan?” soalan itu tiba-tiba ditanya oleh Mia. Fiya
menoleh Mia.
“Abang
angkat.”
“Fiya
dah lama kenal ke dengan abang Irfan?”
Fiya
melepaskan keluh, berat. Bersedia untuk bercerita. “Kami dah kenal masa kecik
lagi. Tapi Fiya tak ingat sebab kita orang kecik lagi. Lepas tu, keluarga abang
Irfan ada datang ke rumah Fiya sebab nak lawat ayah yang baru lepas masuk
hospital. Masa tu la baru Fiya tahu yang kita orang dah pernah berjumpa.”
Mia
hanya mengangguk faham.
“Akak,
nanti Fiya datang lawat abang Irfan, ya? Dah lama Fiya tinggalkan ayah tu.” Mia
angguk lalu senyum. “Assalamualaikum kak.”
“Waalaikumussalam.
* * *
PENATNYA tak hilang lagi. Ini pun baru dapat jejak katil. Dia terus
baring. Apa yang dia tahu, dia mahu tidur! Penat sangat.
Mata
baru nak tertutup tetapi telefon sudah menjerit. Kenapalah mesti kacau dia
waktu dia nak tidur ni?! Nombor tak dikenali pula tu.
“Hello?”
“Hello.
Fiya, abang Irfan…”
BARU sahaja dia balik dari hospital pagi tadi. Kali ini, dia patah
balik ke hospital untuk melawat abang Irfan. Kak Mia beritahu dia bahawa abang
Irfan semakin kronik. Fiya terus terkejut. Hampir terlepas telefonnya sewaktu
Kak Mia beritahu semasa dia berada di rumah tadi.
Ibu
abang Irfan sedang memeluk Kak Mia di luar wad. Mereka teresak-esak menangis. “Kak
Mia…”
Mereka
menoleh Fiya. “Fiya…” Kak Mia tak dapat nak meneruskan kata-katanya. Ibu abang
Irfan sudah teresak-esak tak mampu untuk berkata-kata. Abang Irfan… air mata
tanpa sengaja jatuh di pipi. Fiya ke arah kerusi yang berdekatan. Terduduk. Air
mata makin deras turun. ‘Abang…’
* * *
“ABANG IRFAN banyak merubah akak.”
Fiya
menoleh Kak Mia yang sudah duduk di atas kerusi di pekarangan rumah abang
Irfan. Tahlil baru saja lepas diadakan. “Merubah?”
Kak
Mia mengangguk. “Lepas dia tahu dia ada sakit, dia banyak nasihat akak.
‘Berubahlah… jangan sampai nikmat atau kesihatan kita ditarik oleh Allah, baru
kita nak bertaubat, baru nak berubah,’ itulah nasihat dia selalu beritahu
akak,” air mata Mia meleleh, dibiarkan jatuh.
Air
mata Fiya turut sama jatuh. Dia tahu dia tidak kenal sangat dengan abang Irfan,
tapi dia dah anggap abang Irfan seperti abang dia. Kalau dia tahu abang Irfan
ada sakit, sentiasa dia berikan abang Irfan sokongan. Kalau dia tahu…
“Walaupun
Fiya tak kenal sangat arwah, tapi Fiya dah anggap macam abang sendiri.”
“Mula-mula
akak nak bagi tahu Fiya pasal benda ni. Tapi abang tak bagi. Dia tak nak
susahkan Fiya. Dia pernah cakap dengan akak, dia nak tengok Fiya berjaya. Dia pun
dah anggap Fiya macam adik sendiri.”
Makin
laju air mata Fiya meleleh. ‘Abang…’
“Untung
Fiya ada abang macam tu.” Kak Mia menyambung.
Fiya
hanya tersenyum walaupun air mata tidak berhenti jatuh. Hari itu, tidak sempat
untuk dia melawat arwah. Tahu-tahu sahaja abang sudah pergi buat
selama-lamanya. Orang kata, sudah tiba masanya. Abang, semoga abang tenang di sana . Insya-Allah…
* * *
“ANAK papa…” dicubit-cubit perlahan pipi anak kecilnya itu. “Nak
bagi nama apa ni?” Syafiq dah tersenyum lebar sambil menjeling Fiya.
Fiya
terbaring lemah tapi senyumannya tetap tidak hilang selepas melihat anaknya itu. “Irfan.”
“Sedap
nama tu.” Mereka berdua tersenyum.
4 comments:
ada pulak orang dengar lagu it will rain buat head banging. macam dah tak ada lagu lain je nak buat lagu rain over me.bahaha.okay saya sedar saya menyibuks.ahaha.boring
@mina
lagu it will rain haram
Maaf semua :) Disebabkan lagu ni tidak bersesuaian, saya telah menukarnya. Terima kasih.
to mr/mrs anonymous,i already knew.
Post a Comment