-->

Tuesday, June 7, 2011

Berada di Johor!


Hee. Amai memang duduk Johor pun, tapi dalam Johor la. Bukan dekat Johor sana. Lalala. Kalau setakat Johor, memang tak kisah la kan. Dekat je dengan Batu Pahat. Setakat lalu highway, sekejap je sampai. Tak jauh mana lerh. Okay, Amai dah start mengarut.

Pada Sabtu and Ahad lepas, Amai pergi Plentong, Johor. Sebab ada jemputan kahwin sedara sendiri kann. Mula-mula fikir tak nak pergi, tapi ibu dah ajak, pergi jelah. Lagi pun sedara sendiri. Tahap bosan jugaklah sampai Johor sana. Bukannya apa, tak ada geng meh. Kalau Amai la budak kecik, dah main 'osom', dah main 'jadi-jadi', main 'mak-mak'. Pergh, tambah-tambah lagi ada pelamin, lagi la excited. Haha, zaman kanak-kanak, macam tu jelah.

Sebenarnya jemputan perkahwinan tu hari Ahad, tapi ibu saja nak pergi awal, nak jumpa sedara katanya. Erggh, pun boleh. Hari Ahad tu macam agak bosan jugaklah. Tapi pagi tu pergi rumah pengantin sedara lain jap, almaklum la, rumah pengantinnya berdekatan je. Tambah-tambah lagi dua-dua sedara sendiri.

Tapi yang tak best-nya bila kena balik. Memang, manusia nie pelikkan? Pergi, bosan. Nak balik, berat hati. Apa je.. Tapi biasalah, nak buat macam mana, dah kena balik. Haha, entry jadi bosan lakk kalau Amai buat kronologi kann? Haha. Okay, gtg. Bye and assalamualaikum.

P/S: Gambar tak ada lakk. Kalau ada, dah upload banyak dah nie.

No comments: