-->

Sunday, May 1, 2011

Cinta KFC

Dumm! Pintu bergegar. Jam loceng berbunyi. Katil tu bersepah macam apa dah. Tangan dari dalam selimut menjalar mencari jam loceng yang tak henti-henti bunyi. Dia menjalarkan tangannya pada meja sisi katil tersebut, mencari jam yang tak jumpa-jumpa lagi tu. Dapat! segera dia tekan punat di atas jam loceng tersebut. Senyap sikit.

Dia menjengulkan kepalanya keluar dari selimut. Rambut berserabai. Muka kelat. Mata kuyu. Matanya digosok beberapa kali untuk menyegarkan sikit mata yang tak boleh nak buka tu. “Baru nak bangun?!” tengking seorang lelaki.

“Adik hentam pintu tu pun tak dengar lagi? Apa ni bang? Malam tadi buat apa sampai balik lewat? Mama dengan papa marah tau tak? Bukan nak sembur dekat abang, adik yang kena,” bebel Rafi, tak puas hati dengan abangnya.

Abangnya buat muka toya je. Dia bangun dari katil lalu mencapai tuala. “Tengok tu, orang cakap bukan nak dengar,” bebel Rafi lagi.

“Diam boleh tak? Orang nak mandi. Japgi nak keluar jumpa kawan,” Asyraf bersuara. Penat nak layan adik dia. Adik lelaki, tapi mulut macam perempuan. Suka sangat membebel.

“Tengok tu! Malam tadi baru je balik lewat, sekarang dah nak keluar. Duduk rumah tak boleh ke?” bebel Rafi lagi. Telinga Asyraf dah panas semacam.

“Keluar dari bilik aku boleh tak?!” tengking Asyraf. Rafi terkedu. Dia melangkah pergi meninggalkan Asyraf yang bila-bila masa je boleh meletup terus.

Tahu pun nak keluar, getus hatinya. Kakinya diarahkan ke tandas yang berada di luar bilik. Geleng. Jumpa bala dekat luar tu nanti. Dia perlahan-lahan membuka pintu, menjengulkan mukanya ke luar bilik. Line clear. Mama mesti dah blah pergi mesyuarat agung dia tu. Papa pulak mesti dah pergi golf. Kalau mama dan papa tak ada dekat rumah boleh pulak. Dia balik lewat malam sikit pun, nak bebel. Bebel dengan Rafi pulak tu. Lama-lama aku tengok si Rafi tu pun, kesian jugak. Dia geleng.

“Rafi!” dia menjerit memanggil Rafi yang kemungkinan ada dekat tingkat bawah. Dia melihat bawah. Rafi leka menonton TV. Mungkin merajuk dengan akulah tu. Tak apa, kasi tenang si Rafi tu. Asyraf terus melangkah pergi ke tandas, membiarkan Rafi tenang.

@ @ @ @ @

Laila membetulkan tudungnya. Baju T-shirt muslimahnya dibetulkan sedikit. Dah okay la ni. Dia berdiri tegak untuk melihat kekemasan. Dah kemaslah ni. Dia mencapai beg tangannya yang berada di atas meja solek. Segala barang dimasukkan termasuklah telefon bimbit, bedak kompek, gincu dan segala barang wanitalah senang kata.

Pintu bilik diketuk lalu Fariha menjengulkan kepalanya ke dalam mencari kakaknya. “Akak, Kak Nita dah sampai. Dia dah tunggu dekat bawah,” kata Fariha. Laila hanya mengangguk. Dia melihat lagi cermin. Okay. Dia keluar dari bilik. Pintu rumah dah terbuka. Ibu tengah masak dekat daput kot. “Ibu, Laila pergi dulu!” jeritnya.

“Haa, pergilah! Jangan balik lewat sangat,” jerit ibu, nasihat.

“Okay.”

Laila keluar rumah. Nita dah menunggu dalam kereta. “Akak pergi dulu dik,” sambil dia memakai kasut, “ada apa-apa, telefon kakak,” ujarnya meninggalkan Fariha. Fariha mengangguk faham.

@ @ @ @ @

“Nita, singgah Popular tu kejap. Aku nak cari novel Hlovate la. Dah lama tak baca novel ni. Dah ketagih sangat dah ni,” seloroh Laila sambil ketawa sopan. Nita ketawa dah tak ingat.

“Kau ni kan, tak baca novel tak boleh eh? Bukan ke kau baru beli novel minggu lepas?” Nita menggeleng kepala melayan perangai kawan ulat bukunya tu.

“Dah habis baca,” selamba Laila bercakap. Mereka berdua masuk ke dalam Popular. Bau-bau buku baru menusuk hidung. Indah betul bau buku-buku baru ni, getus hati Laila.

“Dah, kau cari dulu novel kau. Aku nak pergi tengok DVD dekat situ,” terus sahaja Nita berlalu pergi tanpa menghiraukan Laila.

Laila melihat novel-novel yang tersusun rapi di atas rak. Ramai betul penulis baru sekarang ni. Malahan penulis remaja pun semakin giat menulis. Aha. Dapat pun. Novel Rooftop Rant karya Hlovate dicapainya. Dapat pun. Dia membaca sinopsis di belakang novel tersebut. Khusyuk baca sampai Nita berada di sebelah pun tak perasan langsung.

“Dah jumpa dah?” terkejut terus Laila selepas disoal.

“Bagi salam tak boleh eh?” marah benar si Laila.

Ala, dia tu khusyuk sangat baca, sampai orang lain yang kena marah. Yelah, assalamualaikum Cik Laila. Dah jumpa novel yang anda cari?” Nita menggeleng kepala lagi.

Laila sengih, “Sudah.” Terus sahaja dia ke kaunter untuk membayar.

@ @ @ @ @

“Makan jom?! Aku lapar la,” ajak Faizal. Asyraf buat muka toya je.

“Jom la wei. Kau ni dari tadi buat muka toya. Penat aku tengok muka kau tu,” Faizal dah mula membebel. Kawan dia ni la, kalau satu hari tak buat muka toya, memang tak sah. Nak je aku tumbuk muka Asyraf ni.

“Yelah, jomlah makan. Tak pasal-pasal merajuk, siapa yang nak pujuk? Aku ni memang failed pujuk orang,” sarkastik.

“Perli nampak? Yelah, aku dah lapar. Kau buat muka toya je, mana tak merajuk,” ketawa Faizal. Setelah sampai depan KFC, dia terus masuk meninggalkan Asyraf yang kini buat muka tempoyak basi pulak.

Asyraf menggeleng. Kawan aku sorang ni, kalau lewat makan tak boleh agaknya. Nak kata ada gastrik, tak pernah nampak lak. Entahlah. Kaki terpaksa digagahkan untuk masuk ke KFC. Kepalanya ditundukkan. Tak pasal-pasal dia terlanggar seseorang.

“Oppss. Sorry.” Asyraf mengangkat muka. Terkesima sekejap melihat keterampilan wanita tersebut.

“Laila, kenapa?” soal Nita dari belakang.

“Err, tak ada apa-apa,” respon Laila.

“Saya minta diri dulu,” ujar Laila kepada Asyraf. Asyraf sejak dari tadi tak berkedip mata melihat Laila. Laila dah berlalu pergi meninggalkan Asyraf. Nita menyusul.

“Laila, siapa budak tu? Tengok kau lain macam je,” Nita bertanya sambil pandang ke belakang untuk melihat Asyraf. Asyraf masih tak berganjak dari tadi. “Eish, dia tengok kau lagilah!”

Laila senyap.

“Laa, kau ni senyap je kenapa? Ex-boyfriend kau ke apa?!” main sembur je Nita ni. Backhand karang, baru tahu!

“Gi..la! Aku tak kenal la mamat tu. Tadi dia terlanggar aku. Itu je.”

“Yelah, dia terlanggar kau. Tapi kenapa dia macam… entahlah, tengok kau lain macam je?” Nita dah serupa macam reporter, tak habis-habis menyoal.

“Dah la. Kau ni, banyak soal la. Dah, jom solat dulu. Zuhur dah masuk dah ni,” ajaknya sambil melihat jam tangannya.

“Okay. Jom!”

@ @ @ @ @

“Haik bang? Hari ni ada pulak dekat rumah? Takde hangout mana-mana ke malam ni?” sarkastik Rafi menyoal abangnya yangs sedang menonton TV. Tapi gaya macam bukan orang menonton TV. “Abang!” jerit Rafi.

Asyraf tersentak terus. “Kau ni tak boleh bagi salam ke apa?”

“Assalamualaikum bang!”

“Waalaikumussalam.”

“Adik tanya ni, kenapa tiba-tiba ada pulak malam-malam dekat rumah? Selalunya hilang, jadi kutu merayap atas kepala,” sarkastik betul si Rafi ni. Asyraf menggeleng.

“Tak ada apalah dik. Abang nak lepak rumah je malam ni,” jawabnya. Rafi senyum.

“Apa senyum-senyum?” soal Ayraf tak puas hati dengan kelakuan adiknya tu.

“Tadi termenung apa huh? Termenung awek eh?”

“Rafi, kau ni boleh je eh baca pemikiran abang?” Asyraf tersengih.

“Err, betul ke ni? Siapa orang tu bang. Cecite. Cecite.”

“Tadi, masa abang hangout, abang terlanggar sorang perempuan ni. Cantik betul abang tengok dia. Susah nak larikan mata ni tengok budak perempuan tu,” ujarnya.

“Ya ALLAH, bang. Abang tahu tak, tu dah dikira zina mata?”

Terkedu Asyraf dibuatnya. Baru hari ni dia kena smash dengan adiknya.

“Tengok sekali tu boleh. Tengok berkali-kali, tak boleh bang. Berdosa. Tengok dengan bernafsu pun kira zina mata jugak,” sambung Rafi lagi.

“Tapi abang tak sedar pun masa tu. Abang tak ada tengok dia dengan nafsu. Abang tengok dia dengan pandangan biasa je,” Asyraf cuba mempertahankan dirinya.

“Yelah bang. Tapi tadi abang ada cakap, abang tak boleh berhenti tengok dia. Itu dah dikira zina mata.”

Asyraf mencanang kata-kata adiknya. Benar apa yang adik dia cakap. Zina mata berlaku apabila seseorang itu melihat sesuatu perkara yang haram. Haramnya melihat sesuatu perkara boleh dilihat dari 2 konteks yang berbeza iaitu satu, haram secara mutlak dan yang kedua, asalnya harus, tetapi bertukar menjadi haram.

Ya ALLAH. Apa aku dah buat tadi. Asyraf menggeleng. “Adik, abang nak minta maaf dengan budak perempuan tu. Tapi abang tak tahu nak jumpa dia dekat mana,” Asyraf memberitahu Rafi.

“Abang, abang minta maaflah dulu dengan Allah. Insya-ALLAH, mana tahu abang boleh jumpa dia lepas ni?” Rafi memberikan sedikit kata semangat.

“Terima kasih, dik! Adik la yang abang ada sekarang. Nak harap mama dan papa, tak tahu nak cakap apa dik. Dorang busy je memanjang. Thanks ya, dik?” Asyraf membelai rambut adiknya. Mereka berdua tersenyum.

“ADIK, bangun dik. Solat Subuh,” kejut Asyraf. Rafi terasa badannya bergoyang. Lambat-lambat dia nak buka mata yang dah macam kena gantung dengan anak gajah.

“Bangun. Solat dulu. Solat jemaah dengan abang,” kejut Asyraf lagi. Rafi sedikit terkejut selepas dikejut abangnya. Abang aku ni biar betul. Tak pernah kejut orang bangun solat. Asyraf mengangkat badan Rafi. Rafi dari tadi gosok mata.

“Dah, ambil wudhuk, kita solat sama. Mak Jah dah tunggu dah tu. Cepat sikit ambil wudhuk tu,” arah Asyraf meninggalkan Rafi yang tak henti-henti gosok mata. “Cepat!” Rafi angguk. Alhamdulillah, abang Asyraf dah berubah sedikit.

@ @ @ @ @

Laila dan Fariha kepenatan selepas baru berjoging. Tak habis-habis mereka mengelap peluh yang dah membasahi wajah. “Akak, penat betul hari ni,” rungut Fariha.

“Penat-penat pun, keluar peluh jugak. Daripada kamu tu terperap dalam rumah sambil online twenty-four/ seven, lebih baik ikut akak berjoging,” Laila meneguk air mineral yang dah tinggal separuh dalam botol.

“Betul jugaklah kak. Dah lama jugak kita tak spend time dengan berjoging ni. Tahun lepas adik dah la busy dengan PMR. Tahun ni, ada free time sikit, boleh keluar berjoging.”

“Tau pun,” ujar Laila sambil mengesat peluh.

“Akak, tengok tu. Apa nak jadi dengan dunia sekarang ni kan? Budak-budak muda tak habis-habis berkepit dengan pasangan,” rungut Fariha sambil menggeleng-geleng kepala melihat sekumpulan anak muda yang berpelukan dengan pasangan masing-masing.

“Akak pun tak tahu nak cakap apa dik. Kalau kita nasihat dorang, nanti kita yang kena sembur balik.”

“Tau tak apa,” Fariha menggeleng lagi. Pening melihat gelagat anak muda sekarang.

“Dah, jom! Pukul 9 dah ni. Kita balik rumah dulu,” ajak Laila. Fariha hanya mengangguk.

Mereka berjalan meninggalkan Tasik Y. Baru sahaja berjalan, seorang lelaki memberi salam. “Assalamualaikum.”

Laila menoleh. Lelaki semalam yang terlanggarnya dah berada depan mata. “Err, waalaikumussalam.”

“Kita pernah berjumpakan? Yang saya terlanggar awak semalam. Dekat depan KFC. Ingat tak?” soal Asyraf bertubi-tubi.

“Yup. I remember you,” ujar Laila. Fariha dah pelik. Siapa pulak mamat ni? Akak aku ni sejak bila ada kawan lelaki ni?

“Err, sorry semalam. Saya tak sengaja langgar awak. Betul-betul tak sengaja.”

“Never mind. By the way, jalan tu jangan tengok bawah, ya?” tak tahulah Laila ni memerli ataupun beri nasihat.

“Okay. Err, Asyraf.”

“Laila.” Mereka berdua tersenyum.

“Got to go. Assalamualaikum,” ujar Laila sambil menunduk muka tanda hormat.

“Okay. Waalaikumussalam.” Laila dan Fariha berlalu pergi. Laila, sedap namanya.

@ @ @ @ @

“Adik, abang dah jumpa budak perempuan tu. Dekat Tasik Y tadi,” ujar Asyraf, teruja betul.

Rafi tersengih. “Alhamdulillah. Untung abang dapat jumpa dia. Dah minta maaf belum?”

“Dah. Nama dia Laila,” nama yang begitu sedap didengar.

“Laila? Ermm, cantik namanya. Mesti orangnya cantikkan?” soal Rafi.

Asyraf tersenyum lalu mengangguk. Rafi menjeling jam dinding. Baru pukul 12:30 tengah hari. Mak Jah sibuk masak untuk makanan tengah hari mereka berdua. Mama dan papa, macam lah tak kenal, makan dekat luar dengan kawan-kawan la tu. Semoga mama dan papa dapatlah berubah dengan segera.

@ @ @ @ @

“Akak, siapa mamat tadi tu?” soal Fariha sambil menonton TV.

“Mamat mana ni?” soalnya balik.

“Mamat yang tadi tegur akak dekat Tasik Y tu la.”

“Oh, mamat tu. Mamat tu terlanggar akak semalam dekat BP Mall. Kenapa?”

“Cute la mamat tu,” ujar adiknya.

“Ya ALLAH adik kakak sorang ni. Miang tiba-tiba ni, kenapa? Tak baik tau,” kata Laila sambil geleng kepala. Adik aku sorang ni, tiba-tiba je.

“Gurau pun tak boleh ke? Akak tak nak kenal mamat tu ke? Daripada firasat adik la kan, dia tu macam suka akak je?” dah mula dah adik aku sorang ni cakap bukan-bukan.

“Apa ni?! Dah, tak payah nak mengarut. Dah nak masuk waktu Zuhur dah ni. Pergi ambil wudhuk sana. Sembahyang.”

“Ermm, yelah.” Fariha meninggalkan kakaknya. Laila tersengih melayan gelagat adiknya. “Asyraf.”

@ @ @ @ @

Rasa macam baru je hari Ahad semalam. Hari ni dah Ahad balik. Cepat betul masa berlalu. Akhir zaman. Waktu cepat je berlalu. Manusia sibuk dengan mengejar duniawi. Tak pernah terfikir ukhrawi. Ya ALLAH, semoga kau melindungi aku daripada terleka dengan kehidupan duniawi.

Asyraf berjalan ke arah kerusi yang berada di bawah pokok rendang tersebut. Matanya ditala ke arah tasik buatan manusia tersebut. Sampah-sarap bersepah dalam tasik. Semuanya kerja manusia. Tak pernah nak bersyukur dengan kewujudan air. Asyraf menggeleng.

Dia mengeluarkan MP3. Earphone diletakkan di telinga. Maher Zain – Insha Allah berlagu. Tenang rasanya. Bait-bait liriknya memberikan kata semangat menjalani kehidupan.

“Assalamualaikum,” kata salam seorang wanita.

Asyraf terdengar sepoi-sepoi suara tersebut. Kepalanya ditoleh ke belakang. Laila depan mata. Earphone sebelah kiri ditarik ke bawah. “Laila. Waalaikumussalam. Buat apa dekat sini?”

“Tak ada apa. Selalu pagi Ahad, Laila selalu jogging dekat sini. Macam minggu lepas jugak. Tapi hari ni, terpaksa jog sorang-sorang. Adik busy dengan study,” ujar Laila sambil matanya ditala ke arah tasik.

“Oh. Dah sarapan?” tanya Asyraf, tak tahu mahu bertanya apa.

“Dah. Dekat rumah dah sarapan, dah.”

“Okay.”

Kepala Laila dah tak tahu nak bertanya apa. “Buat apa dekat sini?” Terkeluar juga soalan spontan.

“Asyraf selalu pergi sini, cari ketenangan sikit. Selalu dekat rumah, bukannya ada buat apa pun. Mama dan papa tak pernah nak amik tahu pasal Asyraf dan Rafi, adik saya. Dorang selalu sibuk dengan hal masing-masing, sampai hal anak terus tinggal gitu je. Mak Jah la yang jaga kami berdua. Mak Jah tu dah macam ibu kandung kami dah,” ujarnya panjang lebar.

“Oh.” Kepala dah tak tahu nak kata apa. Kalau kata bukan-bukan, terasa pulak si Asyraf ni.

Asyraf menjeling jam tangan. “Dah masuk pukul 10 dah. Jom la minum dulu. Saya belanja.”

“Err, betul ke ni? Menyusahkan je.”

“Betullah. Jom, kita minum dekat warung sana tu dulu.”

@ @ @ @ @

“Termenung tak habis. Tu jelah kerja dia sekarang,” perli Rafi sambil melepaskan gelaknya.

Asyraf tersentak. “Apa?”

“Tarapappa. Orang cakap pun tak dengar. Parah la abang Rafi sorang ni.” Rafi geleng kepala lihat perangai abangnya yang tak habis-habis termenung.

“Adik cakap apa tadi? Betul abang tak dengar.” Asyraf masih ingin tahu apa yang dicakapkan Rafi sebentar tadi. Rafi tak habis-habis ketawa.

“Tak ada apalah bang.”

Asyraf masih tak puas hati dengan adiknya. “Apa dia?”

“Tak ada apalah. Bang, jom solat. Asar dah nak masuk dah ni. Kita solat berdua je. Mak Jah balik kampung hari ni,” ajak Rafi. Asyraf hanya angguk.

SELESAI sahaja makan malam tadi, Asyraf dan Rafi berada di ruang tamu. Mama dan papa baru je balik. Tapi dua-dua terus lenyap dalam bilik. Bukan nak tanya khabar anak ke, dah makan ke belum, sihat tak, dah SOLAT ke belum. Main masuk dalam bilik je. Nak pandang Asyraf dan Rafi pun macam nak tak nak je. Ya ALLAH, tunjukkanlah hidayah kepada mama dan papa. Amin..

Nada dering mesej berbunyi.

Laila: Assalamualaikum.

“Waalaikumussalam.”

“Huh? Abang jawab salam siapa tu?” soal Rafi kepelikan tengok abangnya tu.

“Aa? Tak ada apa. Jap eh.” Asyraf bangun daripada sofa lalu keluar terus menuju luar rumah.

Dia mencari nombor Laila. Punat hijau ditekan. Telefon bimbit dilekap ke telinga, menunggu jawapan dari sana.

“Assalamualaikum.” Talian sana memberi salam.

“Waalaikumussalam. Buat apa?” soal Asyraf. Hatinya berdebar.

Laila tersenyum. “Baru je lepas ajar adik buat Add Math tadi.”

“Wah. Rajin ajar adik. Untung dapat kakak macam ni,” pujinya, ikhlas.

Ala, adik sendiri. Awak buat apa?”

“Tak ada buat apa. Tadi mama dan papa baru je balik. Tapi buat tak tahu je dengan saya dan Rafi. Kalau saya tu, boleh terima lagi. Tapi saya kesian dengan Rafi. Tahun ni dia SPM. Tapi tak ada dorongan pun daripada mama dan papa,” rungut Asyraf panjang lebar.

“Awak bersabar eh? Mungkin ni dugaan daripada ALLAH. Dia MAHA MENGETAHUI. Saya sentiasa doakan kebahagiaan family awak.” Buat masa ini, hanya kata-kata nasihat sahaja yang Laila mampu berikan untuk Asyraf.

“Terima kasih, ya. Awak, kita jumpa esok?” ajaknya.

“Esok? Next week boleh tak? Esok saya busy,” ujar Laila.

“Okay. Next week. Ermm, saya solat dulu. Assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam.” Asyraf menekan punat merah, pantas masuk ke dalam rumah untuk menunaikan solat Isyak.

“Rafi, solat dulu!”

@ @ @ @ @

Seperti yang dijanjikan, mereka akan bertemu pada hari Sabtu di BP Mall. Untuk elakkan perkara buruk berlaku, Asyraf angkut sekali Rafi ke BP Mall. Lagi pun Laila pun bawa Fariha ikut sekali. Dapatlah elakkan fitnah dan perkara-perkara terkutuk. Asyraf menunggu Laila di pintu utama BP Mall. Rafi terkerut-kerut muka. Entah kenapa. Panas kot. Hujan pun sekali sekala je turun sekarang ni.

“Assalamualaikum.” Asyraf menoleh belakang. Cantik betul Laila hari ni.

“Waalaikumussalam. Cantik,” dia memuji.

“Terima kasih.” Laila menundukkan muka. Malu barangkali.

“Jom la. Kita pergi makan dulu,” ajaknya. Rafi, Laila, Fariha dan Asyraf jalan masuk ke dalam.

“Kita makan dulu KFC. My treat.” Asyraf memulakan perbualan. Laila hanya mengangguk. “Thanks, Asyraf.”

“Pleasure.”

“Laila?!” jerit suara seorang lelaki dari belakang.

Laila terkejut. “Ya?”

“Laila! Lama tak jumpa. Apa khabar? I rindu you la.” Laila tunduk muka, malu.

“Siapa mamat ni Laila? Pakwe baru you?” soal lelaki tersebut. Laila dah tak selesa.

“Dia kawan saya. Kenapa?” soal Laila pula kali ni, acuh tak acuh.

“Laila, boleh kita berbual sekejap?” ajak lelaki tersebut. Asyraf tak tahu nak buat apa. Bibit-bibit cemburu timbul sedikit demi sedikit. Mata Fariha membara apabila melihat lelaki yang berbual dengan kakaknya itu. Rafi tak tahu nak buat apa, terdiam.

“Asyraf, sebentar ya?” tanya Laila. Asyraf tersenyum lalu mengangguk. Laila dan lelaki tersebut pergi meninggalkan mereka bertiga.

Mereka pergi ke satu sudut yang berdekatan dengan Pappa Roti. “Awak nak apa?” soal Laila, bengis.

“Laila, you tahu kan I masih sayangkan you?” soal lelaki tersebut.

“Sudahlah Efi. Kalau awak sayangkan saya, awak tak kan berani nak menyentuh saya. Tak kan berani mencalar kehormatan saya.” Laila begitu bengis ketika itu. Dia kesal dengan perangai Efi dahulu yang hanya mementingkan nafsu.

“Tak boleh ke awak lupa kisah lama tu?” Efi memujuk dengan kata rayuan manis, konon.

“Efi, awak tak faham ke? Kita dah tak ada apa-apa.”

“Tapi bagilah saya chance yang kedua?”

“No, no chance. Sorry.” Laila berlalu pergi. Tangannya ditarik Efi. Laila merentap tangannya.

“Look! Awak memang tak pernah berubah. Pegang tangan wanita sesuka hati.” Laila meninggalkan Efi di situ. Dia menuju ke arah Fariha, Asyraf dan Rafi yang sedang menunggu.

“Sorry guys. Got to go. Fariha, balik jom,” ajak Laila.

“Tapi, makanlah dulu,” ajak Asyraf.

“Sorry, Asyraf. Saya terpaksa balik dulu. Assalamualaikum.” Fariha menyusul kakaknya dengan segera. Akak mesti gaduh dengan lelaki tak guna tu. Sial punya jantan, Fariha sumpah seranah dalam hati. Asyraf dan Rafi terpinga-pinga tidak faham apa yang terjadi.

@ @ @ @ @

Kenapa dengan Laila tadi? Baru nak kenal hati budi. Tapi dah macam-macam dugaan aku lalui. Tiba-tiba je Laila pergi tinggalkan aku dekat BP Mall tadi. Siapa pulak lelaki tadi? Haih. Pening pulak aku fikir. Yang aku tiba-tiba cemburu tadi kenapa? Aku jatuh cinta dengan Laila ke? Jatuh cinta? Cinta pandang pertama atau cinta monyet? Tak tahu nak cakap apa.

“Abang, duduk dulu la!” Rafi dah tak selesa tengok abangnya ke hulur ke hilir di depannya. Pening kepala dia tengok.

“Rafi kena tolong abang!”

@ @ @ @ @

“Akak, mamat haruk tadi nak apa lagi? Tak habis-habis nak ganggu life akak.” Fariha melepaskan lavanya yang sejak dari pagi tadi ditahan.

“Dia nak akak balik. Akak tak nak,” terus terang Laila cakap. Malas nak berdolak-dalih dengan adiknya. Lagi pun adiknya dah besar. Dah tahu apa yang baik dan yang buruk.

“Adik tak suka betul tengok mamat haprak tu! Menyampah betul adik tengok muka dia. Dah la dulu korang bertunang, dia siap boleh main perempuan lain lagi. Dah tu, siap nak..” belum sempat Fariha mahu berkata, Laila dah memotong.

“Enough dik! Akak tak nak ingat benda tu balik. Akak dah lama lupakan. Susah akak nak lupakan benda tu.” Air mata jatuh berlinangan. Fariha memeluk kakaknya. Adik beradik tersebut saling memeluk.

@ @ @ @ @

Wanna see you. Meet me at McD, tomorrow at 10 am. IMPORTANT!

Laila menunggu Asyraf di McDonald. Jam tangan dijeling. Baru pukul 10:02. Sekejap lagi Asyraf sampailah. Dia pun tak tahu apa yang Asyraf nak. Apa benda yang penting sangat Asyraf nak beritahu. Dah macam masalah besar melanda je. Tunggu jelah.

“Assalamualaikum.” Laila menjeling ke atas. Asyraf berada di hadapannya.

“Waalaikumussalam. Duduklah.” Laila menjemput duduk. “Apa yang penting sangat tu? About your family?” soal Laila setelah Asyraf melabuhkan punggung di atas kerusi.

“No. Bukan pasal family. Pasal kita,” spontan.

“Pasal kita?” Laila masih tak dapat mencanang apa yang diperkatakan oleh Asyraf.

“Yup. About us.” Asyraf menarik nafas panjang untuk meluahkan segala isi hati yang sudah lama terpendam. “Awak, sejak pertama kali kita bertemu hari tu, saya…” Ayraf menarik nafas lagi. Laila sabar menunggu.

“Teruskan,” ujar Laila. Asyraf merenung muka Laila.

“Saya cinta awak.” Terluah segala isi hatinya. Lapang sedikit dadanya. Riak muka Laila tenang, seperti tiada apa yang berlaku.

“Kenapa Laila? Awak ada lelaki lain ke?” soal Asyraf selepas pelik melihat Laila.

“Asyraf, you do not know me!” Laila sengaja menekan ayatnya itu.

“What do you mean?” Asyraf tidak puas hati.

“Awak tak tahu kisah silam saya, Asyraf. Awak tak tahu.” Air mata Laila bergelinangan juga.

“I know. Saya dah tahu semua cerita. Saya still terima awak.” Sayu hatinya melihat air mata wanita jatuh menitik.

“Mana awak tahu?” Laila pelik.

“Fariha dah cerita semuanya,” Asyraf berterus-terang.

Fariha? “Bila awak jumpa adik saya?”

“Fariha tu satu sekolah dengan Rafi. So, saya beritahu Rafi untuk beritahu Fariha untuk berjumpa dengan saya.”

Laila dah tak tahu nak cakap apa.

“Laila, saya terima je apa kekurangan awak. Biarlah cerita silam awak tu berlalu. Kita mulakan hidup baru.” Tenang Asyraf menutur kata-katanya.

Laila masih menangis, menitiskan air mata. “Laila, stop crying please?” pinta Asyraf. Laila mengesat air matanya.

Asyraf menyeluk kocek seluar jean-nya. Sebentuk cincin keluar dari dalam kocek. “Laila, sudikah awak menjadi isteri saya?”

@ @ @ @ @

Perkahwinan berjalan lancar. Ramai betul tetamu yang datang. Itu baru majlis perkahwinan sebelah perempuan. Sebelah lelaki akan diadakan seminggu selepas majlis perkahwinan perempuan. Pasangan mempelai sungguh gembira di atas pelamin. Malah, keluarga sebelah perempuan dan lelaki sungguh akrab. Alhamdulillah, mama dan papa dah cuba berubah. Amin..

@ @ @ @ @

Beg plastik penuh di tangan. Semua barangan untuk bayi. Almaklumlah, tak lama lagi Asyraf dan Laila akan menimang anak pertama mereka. Anak kembar, insya-ALLAH. Asyraf memegang erat tangan isteri kesayangannya itu, membantu untuk berjalan.

“Sayang, ingat lagi tak KFC tu?” Asyraf menunjuk premis KFC yang berdekatan dengan Pappa Roti.

“Ingat, bang. Pertemuan pertama kita. Secara tak sengaja.” Laila tersenyum gembira. Kalau tidak kerana KFC tersebut, tak jumpalah dia dengan suaminya itu.

“Abang happy sangat dapat jumpa dengan sayang.”

“Sayang pun happy.”

Mereka berdua pun melangkah pergi ke kawasan tempat letak kereta di bawah tanah bangunan BP Mall tersebut. Bahagia sungguh mereka. Alhamdulillah..

Ahad, 1/5/2011.

11:36 PM

AQMAR IS.

No comments: