BASIKAL itu dikayuh perlahan. Bahang matahari terasa menggigit badan. Badan dah basah dengan peluh, macam orang baru lepas kena simbah air dengan baldi. Basikal terasa berat untuk dikayuh apabila melalui bukit yang agak curam itu. Cepatlah sampai rumah.
Muka kepenatannya jelas terpancar. Baru sahaja balik sekolah selepas menjalani latihan kawad. Nasib baiklah rumah tak jauh dengan sekolah. Kalau tak, pengsan la tengah-tengah jalan ni.
Rumah yang tinggal beberapa meter itu terasa berpuluh kilometer lagi untuk sampai. Makin dikayuh basikal itu, makin jauh rumah itu pergi. Memang sah la mata dah mereng. Finally, sampai juga rumah. Dia turun daripada basikal untuk membuka pagar rumah. Kunci diambil di dalam kocek untuk membuka mangga.
Selesai sahaja membuka mangga, pagar ditolak ke dalam. Dia berpatah balik ke basikalnya lalu dituntun masuk ke kaki
Ibu, ayah dan adik belum balik lagi. Paling lambat balik pun dalam pukul 6.30 petang. Jam tangan dijelingnya. Baru menunjukkan pukul 5.45 petang. Lambat lagi mereka mahu balik. Kunci yang sudah berada di tangan itu dicucuk ke tombol pintu lalu dipusingnya. Pintu rumah terbuka.
Susunan sofa dan televisyen begitu rapi. Tidak ada barang yang bersepah. Pintu rumah ditutup. Badan dah memberi arahan untuk ke katil. Segera kaki diangkat untuk terus ke bilik. Pintu bilik dibuka. Katil sudah lama menunggu. Badannya terus dihempas di atas katil. Lega. Telefon bimbit Nokia N70 yang berada di sebelah bantal dijeling.
Perlahan tangan mencapainya. ‘1 new message’. Ditekan punat ‘Show’ untuk melihat isi mesej. Daripada Hotlink. Malas hendak baca, punat ‘Back’ ditekan lalu telefon bimbit itu diletak di tepi bantal semula. Mata ditutup lalu mimpi menjelma.
“YA ALLAH budak ni. Eh, bangun! Dah nak pukul 7 malam dah ni,” jerit suara seorang wanita.
Terkejut dibuatnya. Mimpi yang indah tadi terus berlari bagaikan tahu bahawa diri ini sudah dipaksa bangun. Dia membuka matanya sedikit demi sedikit. Ibu yang bercekak pinggang sambil mengomel entah apa dibuat tak endah. Matanya ditutup balik. Terngiang-ngiang suara ibu yang makin menjadi-jadi membebel.
Papp! Satu pukulan penyangkut baju hinggap atas kaki. Dia tersentak lalu mengangkat badannya daripada pembaringan.
“Kau ni Along. Orang suruh bangun, makin kau tidur. Dah pukul 7 dah ni,” makin kuat laungan ibunya. Afi bangun dan mengambil tuala lalu menuju ke tandas. Mata dah kuyu semacam. Ayahnya dah ke surau.
“Ayah kau dah ke surau dah tu! Cepat mandi terus ke surau.”
Nasihat ibunya didengari begitu sahaja. Cepat-cepat dia masuk ke dalam bilik air lalu ditutup pintu.
“AFI, sihat ke tak girlfriend kau?” soal Que yang baru sahaja balik dari kantin sekolah.
“Kenapa tiba-tiba kau tanya girlfriend aku ni? Nak kenal? Pergi kenal sendiri,” respon Afi selamba.
“Ngek la kau ni! Aku tengok kau ni tak sihat semacam je. Tu sebab aku tanya, girlfriend kau sakit ke? Yelah, girlfriend sakit, boyfriend mesti terasa,” seloroh Que sambil melepaskan gelak ketawanya.
Afi buat muka seposen. “ Mana ada. Aku penat sikit. Rest tak mencukupi.”
“Ceh. Yela tu Pakcik Afi. Pape pun, malam ni jangan lupa pergi kelas malam Bio. Aku tahu kau datang eh. Jangan macam minggu lepas. Batang hidung langsung tak nampak. Dah aku sorang-sorang belajar dengan dia,” bebel Que sementara Afi hanya menggangguk kepenatan.
Penat semalam tak hilang lagi. Macam baru sahaja berkawad. Pada hal semalam latihan tu. Nasib baik petang ni tiada latihan kawad. Kalau ada, memang sah la malam ni tak datang kelas malam Biology. Dah si Que ni terpaksa belajar dengan budak perempuan yang dia suka. Sengih sumbing di mulutnya.
Loceng sekolah berbunyi. “Jom,” ajak Que yang sudah mula beranjak pergi ke tingkat tiga sekolah. Afi hanya mengangguk. Kaki penat nak bergerak. Badan terasa lesu. Panas menggigit kulitnya sampai rasa nak terbakar dalam oven pun ada. Dia geleng-geleng kepala. Anak-anak tangga terasa tinggi. Dia menggeleng lagi kepala untuk membetulkan matanya yang dah tak betul. Baru la nampak normal sikit anak tangga tu. Dia naik ke tingkat tiga secepat mungkin.
SINAR FM bermain di radio kereta Persona milik ayahnya. Ibu yang bawa kereta malam-malam ni ke sekolah. Ibu tak benarkan bawa basikal gelap-gelap ke sekolah. Bahaya.
Penat dah hilang.
“Belajar baik-baik. Telefon ibu bila dah siap,” kata ibu lalu menghulurkan tangan untuk salam. Afi mengangguk lalu menyalami tangan ibunya. Pintu kereta dibuka. “Bye.”
Kawasan sekolah gelap. Kawasan asrama sahaja yang diterangi lampu. Tak tahulah budak hostel buat apa. Telefon bimbit Nokia N70 diambil dari dalam kocek lalu mencari nama Que di contact. Afi menekan butang call. Menunggu panggilan di
“Assalamualaikum,” Que memberi salam.
“Waalaikumussalam. Kau dekat mana? Aku dah sampai der,” ujar Afi sambil menuju ke arah pondok pak guard.
“Sekejap ler. Aku dah nak sampai ni. Cikgu dah sampai?”
“Entah. Aku pun baru je sampai. Cepatlah sikit weh. Seram semacam doe,” ujar Afi.
“Pengecut! Sekejap, dah sampai dah ni.”
“Okay. Aku nampak kereta ayah kau,” terus ditekannya butang merah. Que keluar dari kereta Proton Saga hitam itu. Dia berpakaian putih dan berseluar jeans.
“Hello bro! Sorry late,” ujar Que sambil melepaskan senyum kera dia kepada Afi.
Ceh! “Dah, tu cikgu baru sampai!” pagar sekolah dibuka oleh pak guard yang bertugas. Mereka berdua mengangkat tangan kepada Cikgu Aina. Cikgu Aina tersenyum. Kereta Cikgu Aina meluncur perlahan ke kawasan parking.
Mereka berdua pergi ke arah kereta Cikgu Aina. Cikgu Aina mematikan enjinnya, lalu mengambil bahan mengajar. Dia membuka kereta. “Awak berdua je? Yang lain mana?” soal Cikgu Aina.
“Dorang lambat la kot. Sekejap lagi sampai la tu,” jawab Que. Afi hanya mengangguk.
“Bro! Buah hati kau!” jerit Afi setelah terlihat Lia masuk ke perkarangan sekolah.
“Amboi, buah hati! Tak cakap dengan cikgu pun,” seloroh Cikgu Aina sambil menuju ke arah kelas bersebelahan dewan sekolah.
“Lia! Jom sini!” jerit Afi. Que dah malu tahap tak ingat.
“Kau ni pun. Agak-agaklah.”
Lia menuju ke arah mereka. “Weh. Dania tak dapat datang. Err, Alia cakap, dia datang lewat sikit. Bersabar ye, Afi. Sekejap lagi dia datang,” seloroh Lia pula. Lia tahu, Afi memang dari dulu ada hati dengan Alia. Cuma tak nak confess je.
Que dah terkekeh-kekeh ketawa. “Wahai Que, apakah yang lawaknya, dear?” Lia berseloroh pula. Lia memang begitu, main cakap lepas je.
Que kali ni dah malu tahap maksimum. Pipinya dah warna merah. Kali ni Afi pula terkekeh-kekeh ketawa. “Kena kau!” ujar Afi. Que tunduk sahaja menuju ke kelas yang dituju.
Cikgu Aina menggunakan kelas tingkatan 1 Keruing kerana kelas itu yang paling dekat dengan kawasan parking kereta. Kelas tersebut sudah diterangi dengan lampu. Cikgu Aina sedang sibuk mengemas kertas kerja untuk mereka. Lia sudah duduk di barisan hadapan, betul-betul bertentangan dengan papan hitam.
“Dear, jomlah duduk dengan saya,” seloroh Lia dengan mengeli-ngelipkan matanya itu. Que dah tak boleh kata apa. Cikgu Ain tersenyum menggeleng. Afi dah keluar air mata sebab tak berhenti ketawa sejak dari tadi.
“Assalamualaikum,” salam seorang gadis bertudung dengan baju kurungya yang berwarna ungu. Afi terkedu. Que dah sengih jahat.
“Waalaikumussalam,” serentak Lia dan Cikgu Aina menjawab. Alia jalan dengan sopan sambil ke arah Lia. Dia duduk bersebelahannya. Lia tersenyum.
“Kau kenapa senyap je dude? Terkedu? Tergamam? Starstruck?” soal Que sambil tergelak.
“Ya Allah si budak Que ni, senyaplah,” Cikgu Aina menegur. Que menutup mulutnya untuk menahan ketawa. Cikgu Aina terus mengedarkan kertas kerja. “Saya nak awak siapkan dulu. Pukul 9 nanti, kita bincang,” arahnya.
ALIA yang baru sahaja hendak melabuhkan pinggang di atas kerusi ditegur oleh Lia. “Alia!”
“Astaghfirullah. Buat terkejut orang je,” sopan ditutur oleh Alia.
Lia menghadiahkan big grin kepada Alia. Alia hanya menggeleng. “Nurul Alia binti Mohd. Azlan, Dahlia binti Mohamad mahu bertanya. Adakah Cik Nurul Alia mempunyai perasaan sama Muhammad Afifudin bin Ghani?”
Alia terkejut sambil membesarkan matanya. “Apa ni? Haih. Kita orang kawan jelah,” respon Alia.
“Ya ke? Kawan boleh ubah jadi kekasih, tahu?” seloroh Lia. Alia menggeleng lagi sekali.
“Tahun ni
Lia mengangguk. “Okay.”
Lia menyeluk kocek baju kurung sekolahnya itu sambil mengeluarkan Cloud Nine. “Nak?”
“Boleh jugak!” balas Alia.
“Nah,” Lia menghulurkan Cloud Nine tersebut kepada Alia. Alia membelah sedikit Cloud Nine dengan tertib. Mereka berdua tersenyum.
“Lia, awak dengan Que ada apa-apa ke?” tersedak Lia apabila mendengar soalan tersebut.
Alia dah terkekeh-kekeh ketawa. Dia membelai belakang badan Lia untuk menenangkannya. “Kenapa tanya?”
“Yela, tadi awak tanya saya, sekarang saya tanya awak.
“Kita orang kawan jelah. Tahun ni
“Eh, ambil jawapan orang. Tak aci!” mereka berdua ketawa.
“Hai korang!” ucap Afi dan Que yang baru sahaja balik dari
“Hai,” balas Alia dan Lia pula.
“Korang buat apa dekat sini?” soal Que.
“Tak ada apa-apa. Girls things,” jawab Lia pula. Oops.
“Alia, jom ke kelas,” ajak Lia.
“Jom!” Alia dan Lia meninggalkan mereka berdua. Afi dan Que hanya menggeleng. Baru nak ajak hang out.
“Korang, tunggu!” jerit Que.
“Study group jom! McD!” kali ni Afi bersuara.
“BUDAK lelaki ni kalau berjanji, tak pernah nak tepati. Lambat betul,” Alia membebel.
“Macam la awak tak kenal budak lelaki ni. Aha, dorang dah sampai! Ya Allah, lenggang kangkung betul jalan,” bebel Lia pula.
“After this, tak nak lagi join study group korang,” seloroh Alia. Afi dan Que baru sahaja hendak duduk. “Sorry la korang,” jawab Que sambil tersengih.
“Dah, order makanan. Pergi
“Sorry,” ujar Que setelah Lia melabuhkan punggung di atas kerusi.
“Tak apalah. Alia tu mana boleh ada orang lewat ni. Nasiblah Afi dapat girlfriend macam tu,” mereka berdua ketawa.
SPM dah lepas. Lega. Tak percaya. Betul ke ni? Cepatnya dah habis? Betul ke ni? Mimpi ke ni? Macam-macam persoalan keluar di benak fikiran Afi. Oh my god! After this, kenalah cari duit sendiri. Kerja part time. Takkan dah besar panjang nak harap duit ibu ayah je. Que pun ada cakap, dia nak bekerja after SPM. Tapi tunggu bulan 1 tahun depanlah. Dia pun rasa memang patut cari kerja part time ni.
Telefon N70 dicapai di atas meja belajarnya itu. Ruangan menulis mesej ditulis.
Hang out jom! McD! Malam ni. Jangan tak datang. Janji tak lewat lagi.
Dia menghantar mesej tersebut kepada Que, Alia dan Lia. Tak lama kemudian, hampir serentak 3 mesej masuk dah hampir sama jawapannya.
OKAY!
Bagus!
“KORANG dah plan nak buat apa after SPM ni?” soalan diaju Que kepada mereka semua. Semua senyap. Memikirkan plan yang dah banyak disenaraikan.
“Banyak sangat!” jawab Lia sambil memakan fries McDonald. Que mengambil satu batang fries dan menyuap Lia. Lia hanya tersenyum. Afi dan Alia hanya diam tak berkata.
“Diam je korang ni? Que, jom pergi meja
“Set, berjaya!” bisik Lia sambil set jari sama Que. Mereka berdua tersengih.
Afi dan Alia senyap. Tak ada perbualan. Que dan Lia dekat situ dah macam-macam cerita keluar. Bergelak ketawa. Bahagia. Itulah yang terlintas di kepala Afi. Alia merenung Double Cheeseburger di hadapannya. Entah kenapa asyik termenung tengok Double Cheeseburger tu. Lia pun satu, saja nak kenakan orang macam ni. Tahulah dia dengan Que dah official.
“Kenapa tak makan burger tu?” soal Afi memulakan perbualan.
“Err, nantilah saya makan. Awak dah kenyang dah?” soal Alia pula, setelah melihat sebentar tadi Afi begitu berselera makan Big Mac. Afi hanya mengangguk. “Okay,” ujar Alia.
“Tengok tu, Lia and Que, sweet je,” kali ini Afi
“They seem so happy,” kata Alia sambil melihat telatah Que dan Lia berdua. Sekejap ketawa, sekejap menyuap makanan, sekejap senyap, sekejap bercerita. Senang kata, mereka nampak bahagialah. Although belum berkahwin.
“Awak tak nak bahagia macam tu?” soal Afi, walaupun jantung dah nak tercabut.
“Mean?”
“Mean, awak tak nak bahagia ke macam dorang tu?” Habis! Jantung dah nak tercabut.
Alia menelan air liur. Air liur tu pun dah macam tersekat nak turun. “Siapa yang tak nak?” Alia memberanikan diri untuk menjawab.
“No one,” Afi tersenyum. Jantung dah pulih balik. Lega.
“Kalian berdua duduk di sini sekejap ya? Saya dan Que ingin berjalan-jalan di
Kali ini mereka berdua senyap agak lama. Alia makan Double Cheeseburger itu dengan sopan santun.
“Sorry,” ujar Afi.
“Err, tak apa. Thanks.”
Afi mengangguk. Alia tersipu-sipu malu.
“Awak, saya dah lama suka awak,” ujar Afi spontan. Tak ada fikir apa-apa pun. Alia tersentak sekali lagi.
5 TAHUN KEMUDIAN
Majlis perkahwinan Que dan Lia begitu meriah sekali. Ramai orang yang datang. Tidak kiralah dari pihak lelaki dan perempuan, orang taman, keluarga lelaki dan perempuan, sahabat lelaki pihak lelaki dan perempuan, semua berpusu-pusu masuk ke rumah pengantin tersebut.
Sebuah kereta Myvi putih diparking di bawah pokok rendang. Rumah pengantin hanya beberapa meter sahaja. Enjin dimatikan, lalu kedua-dua pintu kiri kanan terbuka. Seorang lelaki dengan berpakaian kemeja dan seorang wanita yang memakai baju kurung satin berwarna merah jambu.
“Tak sangka kawan kita dah berkahwin,” ujar Afi.
“Kawan kita jugak,” Alia menjawab.
Afi menarik tangan Alia lalu duduk di bawah pokok rendang itu. Alia berkerut dahi.
“Alia?”
“Ya, Afi?”
“Setelah selama setahun kita bertunang, pelbagai cabaran dan rintangan yang datang, hari ini, 1 Mei 2011, ingin melamar awak menjadi suri saya? Sudikah awak menerima saya?”
Alia dah tersenyum. “Ya.”
Afi dah tersenyum bahagia.
“Tapi, ada syarat dulu,” ujar Alia. Afi pula berkerut dahi.
“Apa?”
“Jumpa ayah dan ibu dulu.”
Pengantin lelaki sudah sampai ke rumah pengantin perempuan. Que kelihatan tampan sekali dengan baju berwarna kuning keemasan dan tanjak. Afi dan Alia berjalan berpimpin tangan. Mungkin mereka sudah mencapai kebahagiaan yang ingin dicapai sejak dari dulu lagi. Insya-Allah, semoga berkekalan.
“OKAY, one, two, three.” CLICK!
Gambar Que dan Lia sedang duduk di pelamin sambil diapit Afi dan Alia. Tidak lama lagi, mereka pula yang akan duduk di atas pelamin, menjadi pengantin. Amin..
Rabu, 20.4.2011
9:21 PM
No comments:
Post a Comment