-->

Friday, May 27, 2011

Bhaaa!


Korang dah tahukan, Amai dah pun melepasi midyear exam selama 3 minggu. Memang pecah kepala jugaklah bila exam 3 minggu tanpa henti nie. Plus, semuanya banyak subjek sains. Nak buat maca mana, dah ambil aliran sains, sains jelah.

Harini saja menggedik nak update pagi-pagi Jumaat nie. Nak tunjuk yang diri nie dah start cuti sekolah, walaupun sekolah tamat harini. Takpelah cikgu, saya and geng-geng lain buat cuti umum sendiri eh? HEHE. Lagi pun kalau kami datang sekolah, nak buat apa je? Lain la kalau ramai geng Amai datang sekolah. So, kami ambil keputusan untuk buat cuti umum sendiri :) Jangan marah, cikgu!

Ahaa. Memang tak tahulah kan bila dah cuti nie, duduk rumah, home alone, macam apa je. -.- Terasa diri nie dikurung dalam penjara. Ahaks! Itulah, akibat buat cuti umu sendiri. Kawan-kawan lain sekolah, Amai sorang cuti. Memang tak tahulah nak buat apa. Setakat hari nie, layan MTV HITS jelah. Tak tahu nak layan apa lagi. Lain la kalau kepala Amai nie jenis kepala kotor, memang 'benda-benda' tu jadi bahan tontonan. Eish3, tak baik la sehh! HAHA.

Hakim, nasib baik kau cakap ada problem dengan 'comment' box. Kalau tak, sampai kiamat aku tak tahu. HAHA. Thanks to you! Ermm, itulah. Kalau korang tak boleh nak komen tu, sorry sangat-sangat. Memang gila la comment box. Tapi sekarang, kalau nak komen, dah boleh dah :) Pastikan log-in dulu nak komen tu. And3, kalau blog nie ada problem pape, beritahu eh. Jangan senyap je.

Okay, sampai sini jee :DD Lepas nie dah nak out pergi sembahyang Jumaat. Bye and assalamualaikum.

P/S: Apa kata kalau kita tengok Nur Kasih nak?
Tak pun Kung Fu Panda 2?
Tak pun Pirates?
Pilih3 :)