Bruno Mars – Just The Way You Are berdendang dalam telinga. Senyum dah tak boleh nak tahan dah. Kalau dengar lagu ni hampir setiap hari, memang sah senyum je kerja. Nanti tak pasal-pasal kena cop GILA. Memang sah kau dah gila, Farhana.. Masuk bakul angkat sendiri!
Homework yang berterabur atas meja memang berlambak. Dah namanya homework. Tambah-tambah lagi dah masuk Form 4. Memang sah kena kerah je dengan cikgu. Kalau tak siap, kena berdiri luar kelas. Kalau tak pun, hukuman zaman dahulu, ketuk ketampi. Tapi yang tu bagi perempuanlah. Kalau lelaki, kena push up je kerja.
Farhana menjelingkan matanya ke arah jam di laptop-nya. Jam baru menunjukkan pukul 9.30 malam. Malam masih muda. Homework pun lagi sikit dah nak siap dah. Perut pun dah berisi. Kalau perut tak berisi, homework ni memang tak jalanlah. Perut dibiarkan kosong, memang tak boleh nak buat apa-apa benda.
Lagu Just The Way You Are sebentar tadi dah bertukar kepada Love Story. Parah! Lagu cinta je dalam laptop. Kalau tak lagu cinta pun, lagu yang ala-ala pop Lady Gaga tu, banyaklah jugak. Sejak ada internet ni, memang kerja download lagu. Tak download lagu, online Facebook. Kecanggihan dan teknologi
Tiba-tiba fikirannya melayang mengingat kembali sewaktu di sekolah. Kata-kata Cikgu Anita yang berumur 40-an itu membuatkannya terfikir sejenak.
“ Saya nak tanya setiap daripada kamu? Siapa yang dekat sini tak ada Facebook?” mata Cikgu Anita meliar melihat setiap pelajar-pelajarnya, termasuklah Farhana. Pelajar-pelajar hanya terdiam. Tiada siapa yang mengangkat tangan sebagai tanda “Tiada Facebook”.
“Tengok, no one yang mengatakan tiada Facebook. Malah guru-guru dekat sekolah ni pun ada Facebook. Termasuklah saya,” seloroh Cikgu Anita yang membuatkan pelajar-pelajar di dalam kelas 4 Gaharu ketawa.
“Tengok. Dulu, zaman saya, mana ada Facebook. Laptop, komputer, susah nak jumpa. Yang naik kereta tu pun, susah nak jumpa. Yang naik kereta, mesti orang cop dia sebagai orang kaya. Aha, lagi satu, kes pembunuhan! Mana pernah dengar sewaktu zaman dulu. Bila dengar je kes pembunuhan waktu zaman saya, semua orang pasti gerun. Tapi sekarang macam mana pulak?” pelajar-pelajar 4 Gaharu khusyuk mendengar.
“Sekarang ni, budak-budak semua dah ada handphone. Yang paling mahal pun iPhone. Yang paling murah pun, handphone Nokia yang lama tu. Dekat setiap rumah, tak ada dua kereta pun, satu kereta dah cukup. Anak-anak sekarang, nak minta apa-apa, mesti dapat. Cakap jelah. Nak top-up, nak laptop, nak komputer, semua nak!” Cikgu Anita berhenti seketika sambil melihat pelajar-pelajar 4 Gaharu.
“Kes pembunuhan pulak, hampir setiap hari kita dengar. Kadang-kadang naik bosan dengar! Itu pun masyarakat sekarang ni masih tak takut dengan kes macam ni. Lupa akhirat. Ingat dunia sahaja,” pelajar 4 Gaharu masih seperti tadi. Senyap. Yang terlopong mulut kerana khusyuk mendengar pun ada.
“Azhar, tutup mulut tu. Nanti masuk lalat,” sarkastik ayat Cikgu Anita. Tutup terus Azhar mulutnya.
“Itulah pelajar-pelajar. Bila Malaysia ni berkembang dengan pelbagai teknologi, kecanggihan yang menguasai dunia, memang perubahan masyarakat akan berlaku.
Saya nak cakap pun malu. Tapi bahasa budak-budak zaman sekarang, masya-Allah. Menyeramkan..”
Farhana tersentak apabila seseorang memegang bahunya. Kakak Aida. Buat terkejut orang je. Dibuat orang kena heart attack kat sini, siapa yang susah! “ Buat terkejut jelah!”
Kakak Aida tersengih. “Kakak nak tidur dulu. Assalamualaikum.” Kakak Aida terus menghempaskan dirinya di atas katil bersebalahan katilnya. Farhana hanya tersenyum. “Waalaikumussalam.”
Farhana bangun daripada tempat duduknya, lalu keluar daripada bilik. Hari ni merupakan hari Sabtu. Kalau tak tengok bola si ayah dan si anak, memang tak sah. Kaum perempuan dalam rumah tu memang tak boleh nak tengok Cerekarama dah. Nak tengok drama, lagilah susah. Ibu, dia dan Kakak Aida, memang tidur cepatlah malam-malam Sabtu ni. Takkan la nak layan bola jugak. Gila poyo perempuan layan bola!
Farhana berjalan malas menuju ke dapur. Nak minum! Haus semacam! Dah la malam ni panas je. Dah beberapa hari ni, dah lama hujan tak turun. Harap-harap malam ni hujanlah. “ Hana, esok tolong mak?” Oo mak! Terkejut beruk Farhana dibuatnya selepas dia mengambil air sejuk di dalam peti ais. “Mak ni la, sama je macam Kak Aida. Buat orang terkejut je kerja.
Mak Maznah tidak dapat nak tahan ketawa selepas melihat anaknya terkejut macam apa je tadi. “Mak minta maaf. Mak nak suruh kamu basuh baju esok. Esok mak dengan ayah nak pergi jemputan kahwin anak Kak Limah tu haa,” ujar Mak Maznah sambil mengambil air sejuk daripada tangan Farhana.
“Kak Aida
“Kak Aida kau dah ditugaskan kena kemas rumah. Tak ada alasan. Esok kamu basuh jugak baju. Nak harapkan si Adnan tu, sampai baju tu berkulat pun, dia tak
“Yelah. Orang basuh baju,” ujar Farhana sambil mencebikkan bibir.
“Bagus anak mak. Macam ni la anak dara mak.”
Eleh. Anak dara konon. Anak bujang sorang tu, nak je aku debik! Pemalas punya spesies. Tak tahulah spesies mana si Adnan tu datang. Ayah, mak, Kak Aida, semua rajin. Aku pun rajin apa. Si Adnan sorang tu je, pemalas yang amat! Homework pun tak siap-siap.
Pernah sekali tu, Farhana nampak Adnan kena push up sebanyak 20 kali oleh Mr. Tee, gara-gara tak siap homework. Memang padanlah dengan muka kau, Adnan! Geram benar Farhana dengan Adnan tu. Nasib baik adik sendiri.
Mak Maznah dah masuk ke dalam bilik, nak tidur agaknya. Ayah dan Adnan, memang tak ganjak daripada tempat duduk. Stay je semata-mata tengok bola,
Lebih baik aku tidur! Farhana menghempaskan dirinya di atas katil bercadarkan pink. Kak Aida dah lena tidur. Dah sampai
ISNIN datang balik. Ahad semalam, Farhana dan Kak Aida dah sapu habis rumah tu. Kasi bersih! Tak pasal-pasal Adnan sekali kena kerah buat kerja. Hari Isnin ni, tiga-tiga sakit badan. Ambik!
Macam biasalah, pagi-pagi dah kena beratur dekat perhimpunan. Hari Isnin la katakan. Nasib baik hari ni perhimpunan tak lama sangat. Period pertama, Biology, dengan Cikgu Salima. Garang! Homework dia dah siap, so, selamat hari ni. Tak kena denda. Farouq, Azfar, Salleh kena denda sebab tak siap. Nasiblah!
Pintu kelas diketuk secara tiba-tiba. Encik Radhi, Guru Penolong Kanan HEP, bersama seorang lagi pelajar lelaki berada di depan pintu. Farhana melihat pelajar lelaki tersebut. Skema habis! Dari bawah sampai atas, kemaslah. Kecuali rambut. Rambut budak tu menutup dahi dan belakangnya dipacakkan sedikit. Budak manalah ni, getus Farhana.
Encik Radhi menuju ke hadapan kelas selepas berbual bersama Cikgu Salima sebentar tadi. “Okay, kelas. Hari ini, ada pelajar baru yang akan masuk ke kelas awak. Mari sini,” Encik Radhi meminta pelajar tersebut masuk ke dalam kelas.
“Perkenalkan diri.” Ujar Encik Radhi kepada pelajar tersebut.
“Nama saya, Malik, dari KL.”
Pelajar-pelajar 4 Gaharu hanya mengangguk. Yang buat tak tahu, lagilah ramai. Malik diminta untuk duduk di sebelah Hamid.
DAH sebulan Malik bersekolah dekat situ. Tapi tak pernah sekali pun Farhana berbual dengan Malik. Tak manislah perempuan berbual dengan lelaki tanpa sebab. Setakat nak tanya benda remeh-temeh, lebih baik tanya orang lain.
Malik khusyuk membaca novel sastera, Melunas Rindu. Lama-lama jadi bosan pulak. Cikgu pun tak masuk kelas lagi. Pelajar-pelajar macam biasa, buat bising. Matanya diliarkan ke seluruh pelusuk kelas. Terhenti dibuatnya selepas melihat Farhana yang sedang termenung. Budak ni la, nak tengok buat bising susah sekali. Nak selisih dengan dia, lagilah susah.
Nak jumpa dia, apa pulak kata budak-budak kelas. “Malik! Senyap je? Apa hal?” soal Hamid yang baru sahaja menyelesaikan homework. “Salah ke aku senyap?” Hamid melepaskan ketawanya lalu meletakkan mukanya di meja. Tidur! Dah ada peluanglah katakan.
Malik hanya menggeleng. Tak apa. Lepas rehat ni, aku nak jumpa jugak si Farhana ni. Tidak lama kemudian, Cikgu Azri masuk ke dalam kelas.
MALIK mencari Farhana selepas makan di kantin. Dari utara ke selatan, dari timur ke barat, tak jugak jumpa-jumpa. Lama-lama jadi fed-up mencari budak seorang ni. Malik duduk sebentar di kerusi yang berada dalam taman sekolah. Pelajar-pelajar semua sibuk berborak dengan kawan-kawan.
Tak lama kemudian, Malik ternampak Farhana berjalan berseorangan. Jumpa jugak! Don’t work hard, work smart. Apa kena-mengena statement ni?
“Farhana! Hey,” ujar Malik selepas mengejar Farhana lalu berjalan bersebelahan Farhana. Terkejut Farhana dibuatnya. Nasib baik kau tak melatah, Farhana. Kalau tak, buat malu muka je.
“Assalamualaikum,” ujar Farhana pulak. Merah padam muka Malik. Aduh! Kenapa pulak minah ni kerek sangat sampai bersalam-salam ni.
“Waalaikumussalam,” jawabnya. Ingat Malik, memberi salam itu sunat, menjawab salam itu wajib.
“
“Tak ada. Saja jumpa awak.”
“Err, tak ada orang lain ke awak boleh jumpa?” Zapp! Ambil kau Malik. Kena sekali dengan pertanyaan pedas Farhana. Farhana hanya tersengih dalam hati. LU-KENA-BEB!
“Sorry. Tapi saya bosan tadi. So, jumpa awak je sekarang ni.”
“Okay. Tapi kalau awak nak tahu, budak-budak lelaki selalu lepak dekat
“Errr, okay,” Malik tersengih. Apalah punya minah ni. Aku nak kenal dengan dia, boleh pulak dia cerita port budak-budak lelaki. Haih la budak ni! Nasib baik perempuan. Kalau tak, dah lama aku kasi debik sekali. Sabar Malik. Control.
Loceng berbunyi. “Jomlah balik kelas. Apa lagi tercongok dekat situ?” seloroh Farhana sambil menuju ke kelas di tingkat tiga. Malik tersentak lalu menyusul Farhana. Tak apa. Janji Farhana nak berbual dengan dia dah cukup bagus.
HOMEWORK dah siap! Happy. Tidur lebih baik. Tapi baru pukul 9.15 malam. Nak tidur, malas la. Ayah dan ibu pun tengah syok tengok televisyen. Drama favourite pulak tu. Memang tak berganjak dari tempat duduklah. Aku mana layan sangat drama-drama Melayu ni. Setakat tengok-tengok gitu je, bolehlah.
Lebih baik layan HBO, Cinemax, Star Movies, MTV. Tak pun, layan AXN. Semua series luar negara lagi syok tengok! CSI, Supernatural, Glee, Ghost Whisperer, apa lagi. Banyaklah! Sampai dah tak boleh nak list dah dalam kepala. Memang haruk betullah kepala si Malik ni! Bukan nak banggakan industri sendiri, industri orang yang nak dibanggakan. Haih la!
Dia keluar daripada bilik. Duduk dekat rumah atuk je. Ayah tiba-tiba nak buat bisnes dekat kampung pulak. Bisnes kambing. Apa-apa jelah ayah. Ingat lagi sebelum nak ke kampung ni. Dia muncung mengalahkan mulut itik. Seboleh-bolehnya dia protes tak nak duduk kampung. Nak duduk KL. Tak standard kalau duduk kampung.
Tapi disebabkan terpaksa, duduk jelah dekat kampung. Lama-lama jadi best jugak! Itulah, jangan sombong. Dah duduk kampung, tersyok pulak jadinya. Almaklumlah, dah jumpa kawan perempuan. Haruk la si Malik ni!
Malik masuk semula ke dalam bilik lalu menghempaskan badannya ke atas katil. Farhana.. Kenapalah kau jual mahal sangat? Nak kenal je, tapi kau psiko aku dah macam apa. Parah hati aku ni! Haih. Memang sah la Malik ni, JIWANG KARAT! JIWANG habis!
Lama-lama mata Malik tertutup. Tertidurlah tu. Berangan banyak sangat! Tak pasal-pasal mengigau sebut nama Farhana pulak. Whatever la Malik. Janji kau bahagia.
AHAD, ibu ajak pergi ke pekan. Katanya nak beli barang dapur. Ikutkan je. Dah la bosan tak ada nak buat apa dekat rumah atuk. Setakat baring-baring dalam rumah, memang sah nak kena ceramah berhelai-helai, bermuka-muka
Macam biasalah, hari Ahad, kalau pekan tu tak sesak, tak sah. Tambah-tambah lagi orang ramai bercuti hari Ahad, dengan nak cari lagi barang-barang keperluan rumah, memang bertambah ramailah pekan tu. Ibu pula nak cari sayur-sayuran, nak masak dekat rumah. Nenek yang suruh.
Malik pula, ikut je ibunya pergi. Ibunya pergi ke kiri, ikut ke kiri. Ibunya ke kanan, ikut ke kanan. Dekat pekan, nak beli apa je. Kalau nak beli baju branded, kasut beratus ringgit, mana nak jumpa. Lainlah kalau dekat bandar. Tak apa, janji dapat keluar daripada rumah nenek tu, dah kira selamat!
Sedang menyusul ibunya, Farhana berselisih dengan Malik. Farhana hanya menundukkan mukanya sambil berjalan. Farhana yang memakai tudung, berbaju long sleeves dan berseluar jeans yang tidak terlalu ketat. Farhana buat muka toya je. Tak perasan langsung yang dia berselisih dengan Malik. Malik pun malaslah nak panggil. Tak pasal-pasal ibu tanya macam-macam, naya! Buat-buat tak kenal sudah!
“HYE!” ucap Malik setelah melihat Farhana jalan berseorangan di taman sekolah.
Terkejut beruk Farhana dibuatnya. “Salam tak boleh eh?” Baik punya peril Farhana!
“Errr, assalamualaikum.”
Farhana hanya tersenyum. “Waalaikumussalam. Pandai pun bagi salam. Ingatkan dah tak tahu nak sebut assalamualaikum tu. Yelah, budak KL.” Zap! Lagi sekali das kau kena, Malik!
Merah padam muka Malik. Budak ni la, kalau tak psiko aku, tak boleh ke? Sabar, Malik. Sabar. Control.
“Awak dah makan?” kepala dah tak tahu nak tanya apa. Pada hal tadi dekat kantin dah nampak dah Farhana makan. Kerja stalk Farhana jelah sekarang nie.
“Dah,” jawab Farhana sambil melihat budak-budak Form 1 main kejar-kejar. Apalah budak-budak ni. Dah sekolah menengah pun, macam budak sekolah rendah lagi.
“Oh. Awak semalam ada ke pekankan?” teringat pulak peristiwa semalam. Kau ni dah sasau la Malik!
“Mana tau ni? Stalk saya ke apa?”
“Eh, mana ada! Semalam dah sah-sah saya selisih dengan awak. Awak tu haa, yang tak perasan saya. Dah tu, awak jalan tunduk ke bawah je. Tak pasal-pasal langgar orang, tak malu?” soal Malik nak kenakan balik si Farhana. Farhana buat muka seposen je.
“La, ya ke awak selisih dengan saya? Sorry la tak perasan. Bukannya apa, saya memang suka jalan tunduk. Dah tu, dengan earphone dekat telinga, lagilah tak nampak. Kalau awak tegur saya tu, memang sahlah saya tak sahut balik.”
Baru nak respon balik je, loceng waktu rehat tamat dah berbunyi. Farhana dah laju berjalan ke arah kelas. Budak ni la, nak kejar, mesti tak dapat. Tak apa. Janji dah dapat berbual.
NASIB! Homework Mr. Tee tak siap. Dendalah jawabnya. Mana nak save muka ni? Aisey! Nasib kaulah, Malik. Dah angau sangat ingat Farhana je kerja malam tadi, sampai homework pun boleh lupa. Malulah seh kalau Farhana tengok aku kena denda nanti!
“Siapa tak hantar? Pergi depan cepat! Lelaki, push up. Perempuan, ketuk ketampi,” Mr. Tee punya suara kalau boleh, sampai kelas sebelah pun boleh dengar. Lantang! Seorang cikgu yang begitu berdedikasi la katakan. Guru cemerlang pulak tu.
Malik, Hamid, Azhar dan Salleh pergi ke depan kelas. “Tak siap, bagus! Down, 20!”
Aisey. 20 pulak tu. Malik, Hamid, Azhar dan Salleh dah mengeluh. “Down!” lantang lagi Mr. Tee punya suara selepas mereka mengeluh.
Mereka push up sebanyak 20 kali. Tapi bukan kiraan sendiri, kiraan Mr. Tee. Lenguhlah tangan jawabnya. Dah siap 20 kali, muka mereka dah merah padam. Penat la katakan. Nasiblah! Siapa suruh tak siap homework. Save la muka kau tu Malik. Save jangan sampai Farhana ingat benda ni.
“BEST hari tu kena denda?” soal Farhana beriringan jalan dengan Malik. Mereka berdua berjalan bersama di pekan. Saja makan angin. Farhana pulak, tiba-tiba je setuju. Tak tahu apa dalam kepala dia nak keluar dengan budak ni.
“Don’t asked, please.”
“Okay, fine,” jawab Farhana sambil melepaskan gelak.
Mereka berdua berjalan bergandingan. “Awak, apa perasaan awak bila someone told you that he loves you?”
“Errr, I.D.K,” sepatah-sepatah Farhana menyebut abjad-abjad tersebut.
“Don’t know? Okay.”
“Why? Kenapa tiba-tiba tanya soalan luar alam ni?” soal Farhana.
“Tak ada apa. Salah ke tanya soalan luar alam ni?”
“Nope. Just, pelik jelah. Tak pernah-pernah orang tanya saya benda ni.”
Mereka sama-sama gelak. “If I love you?”
Haih Malik ni! Tak ada soalan lain ke kau nak tanya? Muka Farhana dah merah padam. “If you love me? Love Allah and His messenger first. Love your family. And then, love who loves you.” Dapat jawab! Selamat kau kali ni, Farhana. Makin dilayan si Malik ni, makin menjadi-jadi.
“Okay. Love your statement,” muka kalau boleh dah nak save. Tapi dah tak tahu nak save mana. Buat muka seposen jelah, Malik. Dahlah si Farhana ni kuat psiko orang.
“Awak percaya ke dengan couple ni?” kali ni Farhana pulak bertanya.
“Couple? Kalau boleh, semua lelaki nak couple. Siapa kata tak nak?” respon Malik.
“You know, couple is a game! Game yang mengkhayalkan. Game yang sampai budak-budak boleh terjebak dengan maksiat. Game yang sampai lahirnya anak luar nikah. Game yang sampai anak-anak tidak berdosa, dibuang di tepi jalan, di longkang, di tong sampah. Kadang-kadang saya fikir balik. Apa punca utama benda-benda ni. And yes, couple is the answer.”
“But tak semestinya semua couple buat benda ni
“Even yang pakai tudung tu pun, pegang-pegang tangan dengan lelaki. Perasan tak?” soal Farhana sambil Malik mengangguk.
“Saya pun tak layak nak cerita benda-benda ni. Just nak cakap, lebih baik couple dengan Allah dan Rasul daripada ber-couple dengan manusia. Couple bila dah kahwin tu, lain ceritalah.” Farhana melepaskan pandangannya ke jalan raya yang tidak beberapa sesak. Malik mengangguk tanda faham. Baru sekarang dia tahu, Farhana memang tak percaya couple commitment.
FARHANA tidak masuk ke kelas hari ini. Tak tahu kenapa. Mungkin tak berapa sihat kot. Tak apalah, janji Sabtu lepas dapat keluar dengan Farhana, dah cukup.
“Baik kelas. Hari ini ada berita sedih. Farhana, kawan kamu, mengalami kemalangan pada hari semalam. Saya nak kamu doakan kesihatan dia,” umum Cikgu Salima, guru kelas mereka.
Terkejut Malik apabila mendengar berita tersebut. Ya Allah, apa dah jadi dekat Farhana ni? Hati Malik dah tak tenteram. Nak je pergi balik sekolah jumpa Farhana. Tapi waktu persekolahan pulak tu.
“Cikgu, Farhana dekat mana sekarang?” soal Haslinda.
“Farhana sekarang masih dirawat di hospital. Dia mengalami kecederaan otak. Ibu bapa Farhana memberitahu, Farhana mengalami hentakan yang kuat di kepala dan disyaki mengalami pendarahan dalam otak,’ terang Cikgu Salima.
Bertambah terkejut Malik mendengar penjelasan tersebut. Ya Allah, tolonglah selamatkan Farhana. Amin.
“Hamid, kau tolong aku petang ni.”
MALIK dan Hamid berada di hospital untuk melawat Farhana. Sebak hatinya melihat keadaan Farhana yang baring kaku di atas katil wad tersebut. Sebak lagi apabila melihat kepala Farhana dibalut dengan bandage. Ya Allah, kau selamatkanlah Farhana.
“Ni kawan-kawan Farhana ke?” soal seorang wanita. Kelihatan matanya bengkak, kemungkinan banyak menangis.
Mereka angguk. “Mari duduk sini.”
“Farhana melintas jalan raya. Dia tak nampak kereta datang. Makcik dah menjerit, jangan melintas, bahaya. Tapi, dah takdir dia,” ujar makcik tersebut.
“Makcik ibu Farhana?” soal Malik. Hamid hanya menunggu jawapan daripada makcik tersebut. Makcik tersebut hanya mengangguk.
“Panggil je makcik, makcik Maz.”
Mereka angguk lagi. Sebak hati makin bertambah selepas mengetahui apa yang terjadi kepada Farhana. Tak lama kemudian, air matanya berlinangan. Cepat-cepat dikesat, tidak mahu Makcik Maz dan Hamid mengetahui. Pandangannya begitu sebak. Sebak..
DENGAR kata, Farhana tidak dapat bercakap dengan betul. Sering muntah-muntah, sakit kepala. Itu yang Makcik Maz beritahu. Ya Allah, kurangkanlah penderitaan yang dihadapi oleh Farhana. Setiap petang, Malik pasti menjenguk Farhana di rumah.
Farhana seperti orang terpinga-pinga. Ingatan Farhana sudah tidak seperti dulu. Bagai orang hilang ingatan. Insya-Allah, Farhana akan sembuh. Lagi pun Malik sering jenguknya, Farhana pun naik kenal dah.
Kadang-kadang mereka ketawa bersama-sama, gelak, senyum, semuanya bersama-sama. Mak Maznah hanya tersenyum melihat kemesraan mereka. Malik mengakui, perasaan sayang terhadap Farhana makin bertambah. Tambah-tambah lagi selepas menjaga Farhana. Farhana pun makin lama makin sembuh. Alhamdulillah.
MAJLIS perkahwinan berjalan lancar. Farhana dan Malik sudah berada dalam bilik manakala keluarga-keluarga Farhana sibuk mengemas rumah.
“Pengantin baru ooi! Dah tidur ke?” seloroh Adnan, yang kini sudah bujang. Lepasan SPM, tinggal cari kerja je.
“Apa kau ni
Farhana dan Malik hanya ketawa dari dalam bilik.
“Keluar jom. Kita kemas rumah. Buat apa yang patut,” ajak Malik. Farhana hanya mengangguk dan tersenyum.
Mereka keluar dari bilik bersama-sama. Semoga perkahwinan mereka berkekalan dan dilindungi Allah. Insya-Allah..
7:01 PM
Isnin/ 21.2.2011
Alhamdulillah, siap jugak cerpen baru nie. :) Amai dah isi-isi sikit cerpen nie tadi, and tada! Best tk the end nye? Tak best ke? Ala, korang imagine la sendiri kalau nak best. Hehe. :D Enjoy reading. Assalamualaikum. :)
No comments:
Post a Comment