-->

Thursday, February 24, 2011

Blogger Malaysia

Heyya.

Wah! Hari nie tetiba nak update. Rindulah sama korang! HAHA. Kalau korang tak rindu pun takpe, janji blog nie rindu Amai. HEE. Tengok, dan merepek meraban. Okay. Entry kali nie Amai nak sebut pasal Blogger Malaysia.

Korang semua dah tahu kan, sekarang nie, setiap remaja mesti mempunyai sebuah blog. Macam-macam dorang buat dengan blog nie. Ada yang menjual barang/pakaian/beg, ada yang jadikan blog sebagai luahan perasaan, ada yang nak mencari kawan, ada yang nak share cerita dorang dengan orang ramai. Sememangnya blog nie memang mempunyai pelbagai tujuan.

So, Amai nak ceritakan sedikit pasal Blogger Malaysia yang buat blog nie sebagai luahan perasaan. Kalau luahan perasaan cinta tu, takpelah kan? Tapi macam mana pulak kalau blog tu, luahan perasaan marah? Ohoo. Dah tu, suruh orang follow blog dia. Macam mana tu? Errmm, Amai sebenarnya kurang gemar baca blog orang yang suka marah-marah nie. Ingat lagi dulu, ada sorang blogger nie, kerja nak marah orang je. Dah tu, dalam blog dia pulak tu. Kalau boleh, tak nak Amai baca.

Kalau setakat marah 2-3 perenggan tak apalah jugak, ini sampai 10-11 perenggan, apa kes? HAHA. Plus, cerita dia semua sama je. Nak cerita pasal sorang boy nie yang sakitkan hati dia. Haih. =,=' Kadang-kadang Amai naik bosan nak tengok blog dia. Sebab semuanya sama je. Marah, marah, marah. Nak cari entry yang happy pun, time dia dengan bestfriend dia je. HEE. Pada siapa yang terasa, Amai minta maaf. Amai cuma menyampaikan sahaja.

Bagi mengelakkan blog Amai nie menjadi suram, Amai tak nak la marah-marah orang dalam blog. Malahan dalam Facebook Amai pun, tak ada nak marah-marah orang. So, chill la babe/dude! Jangan perangkap diri korang dalam perasaan yang tak menentu. Nanti menjerat diri. Cewah! Berfalsafah pulak tu. HEE.

Okay-lah, Amai nak cerita benda nie je! Amai harap sangat, jadikan blog anda sentiasa happy! Amai tahu Amai tak layak nak nasihat korang. :'( Assalamualaikum..

No comments: