-->

Friday, November 26, 2010

Perjumpaan/ Reunion.. ?


Salam..

Selasa lepas, perjumpaan bekas pelajar SK Parit Bilal, 6 Zamrud, 2007. Penat korang tahu! Huhu, dapatlah jugak lepaskan rindu dengan kawan-kawan lama. Yelah, selalu mesej and ber-facebook je sama dorang. Bila dah jumpa nie, dapat lepas rindu, betul tak?! Hee :D Tapi tulah, berapa orang je datang, tak silap Amai, 14 orang je. Selama 7 jam di BP Mall, macam-macam kitorang buat. Bermula dengan perkumpulan di Food Court.

And then pergi ke bowling. Nasib baik ada ayah, kalau tak, tak mainlah kitorang. Dah lepas main bowling, budak-budak semua pergi makan. Amai tak ikut sekali, Amai pergi Popular bau buku-buku baru, sungguh menyelerakan! Haha xD Sebab masa perkumpulan, Amai dah makan dulu. So, dah kenyanglah. Masa tengah dorang makan tu, macam-macam benda dibualkan. Memang seronok!

Selesai makan je, budak-budak pergi ke Big Cinemas, nak tengok wayang. Fikir masak-masak, tengok SKYLINE. Kira okeylah filem nie, layan.. Dah Faten kumpul duit setiap sorang, kumpul RM8. Korang bayangkan, seramai 13 orang yang tengok, harga tiket RM104. Haha xD Dorang tak boleh blahlah, tengok wayang macam tengok konsert. Menjerit, berbual, merepek, buat kecoh. Amai pun tak tahu penonton Skyline, agaknya dah bengang gila! Sorrylah ye, kitorang takde maksud nak buat kecoh. Almaklumlah, kalau kawan lama dah berjumpa, pasti kecoh punya.

Haha xD Dah lepas menonton Skyline, keluar pergi ke Karaoke di Kbox. Amai tak join pun. Zul, Faten Liana and Atiqah Amalina je yang join. Dah tu, sebelah karaoke jamban dorang tu, budak-budak yang tengok cite Skyline gak. Entah apa dalam hati dorangkan? Mesti bengkek je. Sorrylah weyh! Kitorang semua kepala gila-gila. So, sabar-sabar jelah. And then dah nak pukul 6 5.30 petang, Amai, Izzuddeen, Auzaie, Fatihah and lagi sorang kawan dorang, tunggu bas untuk ke bustand.

Sampai bustand dahlah pukul 6 petang, naik bas Maju, gerak dari bustand pukul 6.30petang. Pergh! Amai dah geram gila! Dahlah panas, nak gerak lambat! Sabar jelah. :D Huhu, sampai rumah je, lepak! And tulah hari yang menyeronokkan! Haha xD Budak-budak rancang nak buat 6.12.2010 nie. Amai tak sabar! Jumpa korang di BP Mall pada 6.12.2010 nie! xoxo.

Assalamualaikum and bye..


1 comment:

kyrill said...

ceh2 ..reuni0n??
bru 3 ta0n ta jmpe..hakhak