-->

Sunday, October 24, 2010

Kau Pergi Chapter 3

3. Kakak..

(SHEILA)

4 TAHUN LEPAS


AKU bersama kakak ke pekan untuk membeli barangan dapur. Kakak memandu keretanya menuju ke pekan. Dalam perjalanan ke pekan, kakak sekali-sekala menyanyikan lagu yang diputarkan di radio. Aku tersenyum. Gembira sungguh kakak aku yang seorang ini.


“Haik, kak. Happy je adik tengok kakak ni. Ada apa-apa ke?” soal aku sambil mencuit bahu Kakak Hani.


Kakak Hani mengaduh kesakitan. “Ouch, sakitlah. Hish adik kakak seorang ni. Ganas betullah. Nama je perempuan,” gurau Kakak Hani sambil melepaskan gelaknya. Aku mencebikkan bibir. “Ala adik kakak ni. Merajuk pulak,” pujuknya pula kali ini.


“Mana ada merajuk, sedih je.”


“Adik akak ni sejak bila pandai bersedih ni?” soal Kakak Hani pula.


Aku menyimpulkan senyuman. “Gurau je.”


Kakak Hani tersenyum lalu meneruskan perjalanannya ke pekan. Mencari tempat untuk memarkir kereta agak sukar sekali. Tambahan pula hari ini merupakan hari minggu. Ramai orang ke pekan untuk membeli barangan. Kakak Hani terpaksa memarkir kereta jauh dari pasaraya.


Sewaktu berjalan kaki ke pasaraya, telefon bimbit Kakak Hani berbunyi. Kakak Hani menyelak beg tangannya untuk mengambil telefon bimbitnya. Dilihatnya skrin dan terus menekan keypad menjawab.


“Hello awak,” Kakak Hani menunjukkan isyarat ‘tunggu’ kepada aku sambil berjalan ke arah pokok rendang yang berdekatan. Aku lihat Kakak Hani asyik tersenyum sahaja. Kadang-kadang dia tergelak. Aku menunggu Kakak Hani hampir 15 minit. Kakak Hani berjalan ke arah aku sambil memasukkan telefon bimbitnya ke dalam beg tangan.


Sorry dik sebab kena tunggu lama,” ujar Kakak Hani sambil melemparkan senyumannya. Aku mengangguk dan membalas senyumannya. Kakak Hani membetulkan rambutnya yang lurus itu.


“Siapa yang telefon akak?” soal aku untuk memulakan perbualan. “Boyfriend ke?”


“Hish adik ni! Tak adalah. Kami baru je kenal. Akak jumpa dia dekat birthday party kawan akak minggu lepas,” terang Kakak Hani. Aku hanya mengangguk.


Patutlah aku lihat Kakak Hani begitu gembira sekali. Rupa-rupanya dah ada buah hati. Kakak Hani sekali-sekala menyanyi sambil menuju ke pasaraya. Gembira betul Kakak Hani ini. “Kak Hani hoi, janganlah happy sangat,” ujar aku untuk bergurau.


“Adik!” jerit Kakak Hani sambil memukul aku. Aku meletakkan jari telunjuk di mulut untuk memberi isyarat diam. Kakak Hani menutup mulutnya seperti menahan ketawa. Aku melepaskan gelak kerana tidak tahan melihat gelagat Kakak Hani.


Kali ini, Kakak Hani pula meletakkan jarinya di mulut. Aku menutup mulut untuk menahan ketawa. Kami bersama-sama masuk ke pasaraya dengan gembira sekali. Aku dan Kakak Hani membeli barang yang telah disuruh oleh ibu. Hari ini merupakan hari yang paling gembira buat aku kerana dapat bermesra dengan Kakak Hani setelah sekian lama Kakak Hani tidak balik ke kampung kerana bekerja di Kuala Lumpur.


MALAM yang menyejukkan. Aku memakai baju sejuk untuk menghangatkan badan. Kakak Hani dan ibu berada di dapur untuk memasak. Aku di dalam bilik sedang mengulangkaji pelajaran. Tahun hadapan aku akan menghadapi peperiksaan yang peting, PMR. Sedang leka menulis nota, ibu memanggil aku ke dapur untuk makan malam.


Aku bangun dan terus keluar dari bilik. Sewaktu menuruni tangga, aku melihat ayah, ibu dan Kakak Hani sudah makan. Aku menarik kerusi bersebelahan Kakak Hani. “Adik kakak ni rajin betul sampai makan malam pun macam tak nak keluar je. Belajar saja memanjang,” ujar Kakak Hani sambil menggeleng-gelengkan kepala.


Aku hanya tersenyum. Ibu dan ayah hanya melihat gelagat aku. “Yalah kak. Tahun depankan adik PMR. Mana boleh tak belajar.”


“Adik belajar betul-betul tau sampai masuk universiti. Tolong ayah dan ibu tau,” nasihat Kakak Hani sambil memandang aku. Aku mengangguk lalu melemparkan senyuman kepadanya.


“Adik ingat pesanan akak!”


“Ibu, ayah, akak dah nak balik ke KL esok,” ujar Kakak Hani sambil memandang ibu dan ayah. Mereka mengangguk.


“Akak dah nak balik? Cepatnya,” ujar aku. Kakak Hani mengalihkan pandangannya ke arah aku. Aku melihat Kakak Hani. Kakak Hani tersenyum. “Akak banyak kerjalah dik. Tak boleh lama-lama. Nanti banyak kerja yang tak siap.”


Ala, bosanlah macam ni. Dah adik tak ada kawan. Akak balik minggu depan tak boleh ke?” soal aku untuk memujuk Kakak Hani supaya tidak balik pada hari esok.


“Tak bolehlah dik. Akak minta cuti selama seminggu je. Nanti bos marah kalau banyak kerja tertangguh.”


Aku mendiamkan diri. Kakak Hani mengusap-usap belakang badan aku. “Akak janji bulan depan akak balik lagi, okey?” pujuk Kakak Hani. Aku mengangguk dan senyum. Kakak Hani hanya tersenyum melihat gelagat aku. Hari ini selera aku begitu baik sekali. Tambahan pula lauk yang dihidangkan merupakan kegemaran aku. Keadaan waktu itu senyap sahaja. Tiada seorang pun yang bersuara.


KAKAK HANI telah bertolak ke Kuala Lumpur selepas waktu Subuh tadi. Hari ini merupakan hari Isnin, hari persekolahan. Terasa malas benar untuk ke sekolah. Tetapi, aku ingat lagi akan pesanan Kakak Hani supaya belajar bersungguh-sungguh sehingga masuk ke universiti. Pesanan yang paling bermakna bagi aku.


Hari masih lagi gelap, tetapi aku sudah bersiap-siap untuk ke sekolah. Selepas menjamah roti dan air susu, aku terus keluar dari rumah dan memakai kasut. Ayah sudah tunggu di motosikalnya. Aku segera ke arah ayah dan dia membawa aku ke sekolah. Suasana di kampung tidak seperti di bandar kerana jalannya tidak sesak.


Sekolah masih lengang. Hanya beberapa orang pelajar sahaja yang baru tiba ke sekolah. Aku turun daripada motosikal dan bersalaman dengan ayah. Ayah memberi duit belanja. “Terima kasih, ayah,” ucap aku. Ayah cuma mengangguk.


Aku terus masuk ke sekolah. Kelas aku di blok B, tingkat 3. Tingkat paling atas. Aku seorang yang gayat. Tetapi aku terpaksa juga kerana sekolah telah menetapkan kelas tersebut. Sampai sahaja ke kelas, aku melihat Fika, Elena, Kamal dan rakan baik aku, Hazrin. Mereka semua sedang khusyuk menyiapkan kerja sekolah. Aku duduk bersebelahan dengan Hazrin. “Hazrin, kerja apa tu?”


“Haa? Kerja Sejarah. Kena siapkan ni. Kalau tak, memang cari nahas dengan singa betina tu,” seloroh Hazrin sambil bersusah-payah mencari jawapan di dalam buku teks. Aku hanya melihat gelagat dia.

“Kau dah siap?” tanya Hazrin sambil mencari jawapan.


“Mestilah dah. Kau tak kenal aku ke? Aku mana boleh tak siapkan homework.


“Eleh, perasan. Pinjam boleh?” soal Hazrin sambil melihat aku. Aku sudah dapat mengagak bahawa soalan itu akan ditanya oleh Hazrin. Aku menggeleng sambil menjelirkan lidah sedikit, mengejek. Hazrin sudah berasa geram.


Ala, relaxlah Rin. Nah, pinjamlah,” ujar aku sambil mengeluarkan kertas soalan Sejarah. “Jangan bagi sesiapa tengok tau,” beritahu aku sebagai amaran kepada Hazrin. Hazrin mengangguk. Dia menyalin ke semua jawapan aku.


Keadaan di sekolah hari ini seperti biasa. Belajar, rehat, belajar, kelas tambahan dan balik ke rumah. Tetapi hanya satu sahaja yang paling aku rimas sekali, pelajar nakal. Pelajar paling nakal sekali di sekolah ialah Hakim. Walaupun baru berumr 14 tahun, tetapi lagak seperti orang dewasa.


Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa nakalnya Hakim di sekolah. Tetapi itu biasalah, adat di semua sekolah. Jika tiada pelajar nakal, bukan sekolah namanya. Hakim merupakan anak kepada Pak Rahim, bilal di kampung aku. Pernah juga aku lihat Hakim diikat oleh ayahnya di pokok kerana bergaduh dengan budak kampung sebelah. Kecoh satu kampung.


Tetapi perangainya tidak pernah berubah. Tetap juga dengan perangai nakalnya. Aku hanya menggeleng mengingati peristiwa tersebut. “Hai awak!” tegur Hakim. Aku hanya melihat tajam kepadanya.


“Kau nak apa? Nak kacau aku? Dahlah, pergi sana!” tengking aku. Hakim hanya tersenyum. Dia duduk di sebelah aku. “Woi! Tak malu eh duduk sebelah perempuan?” soal aku. Dia tersenyum lagi sambil menggelengkan kepala.


Aku menjarakkan diri daripada Hakim. Hakim hanya melihat sahaja perlakuan aku. “Awak..”


“Eeeii, gelilah awak-awak ni. Kau nak apa sebenarnya? Nak kena sebat dengan cikgu? Kalau nak kena sebat, kau bulilah aku. Memang sah, dapat ganjarannya,” tengking aku lagi sambil melepaskan gelak.


“Saya suka awak!”


Aku merenung Hakim, tajam. Hakim mengalihkan pandangannya ke taman. “Apa? Apa kau cakap? Hish kau ni. Kita baru nak start hidup. PMR pun belum lepas lagi. Aku malas nak fikir couple-couple ni. Kau pun tahukan kita baru je di tingkatan dua,” ujar aku panjang lebar sebagai nasihat kepada Hakim. Hakim menundukkan mukanya. Aku bangun daripada kerusi lalu terus ke kelas.


Di dalam kelas hanya ada 5 orang pelajar sahaja. Mungkin yang lain berada di kantin. Aku mengambil buku rujukan Pendidikan Islam untuk mengulangkaji pelajar. Selepas ini waktu Matematik. Matapelajaran yang paling aku suka. Loceng isyarat tamatnya waktu rehat berbunyi. Pelajar-pelajar 2 Gigih mula masuk ke dalam kelas.


Mr. Tan masuk ke dalam kelas. Hari ini beliau mengajar kami Algebraic Expression. Selepas mengajar, dia memberi kami latihan. Ada juga beberapa soalan yang aku tidak beberapa faham. Aku akan bertanya kepada guru jika ada sesuatu yang aku tidak faham.


Selepas waktu Matematik, watu Geografi. Kemudian disusuli dengan Kemahiran Hidup dan akhir sekali, Bahasa Inggeris. Loceng balik ke sekolah berbunyi. “Okey guys. I want you to hand in your book tomorrow. Afi, switch off the fan, please. Thank you, class,” arah Miss Jane.


“Thank you, teacher!” kami terus keluar daripada kelas. Miss Jane mengemaskan barangnya.

Sesudah keluar daipada sekolah, aku lihat ayah sudah menunggu aku di bawah pokok.

“Assalamualaikum, ayah.”


“Waalaikumussalam. Dah, jom balik rumah. Balik ni terus siapkan kerja sekolah,” pesan ayah. Aku hanya mengangguk.


SELESAI sahaja menunaikan solat Isyak, aku terus mengulangkaji pelajaran. Tetapi malam ini seperti tiada mood untuk belajar. Aku teringatkan peristiwa di sekolah, Hakim. “Saya suka awak juga, Hakim…” detik hati aku. Perasaan yang susah untuk dijangka. Walaupun Hakim seorang yang nakal, tetapi aku suka melihatnya.


Apabila Hakim duduk di sebelah aku di sekolah tadi, aku gemuruh. Tidak tahu kenapa. Mungkin perasaan suka. Suka? Ataupun sayang? Tidak tahulah. Dua perkataan ini memang jauh berbeza sekali maksudnya.


Tiba-tiba pintu bilik aku terbuka. Aku lihat ibu sedang membawa baju yang telah dilipat. “Terima kasih, ibu,” ucap aku. Ibu senyum. Ibu meletakkan baju aku di atas katil lalu keluar dari bilik.

Kenapa tiba-tiba aku terfikirkan Hakim? Ah! Sudah. Sekarang bukan masanya untuk memikirkan perkara tersebut. Yang perlu difikirkan adalah belajar. Belum masanya lagi untuk aku bercinta. Cinta monyet.


HAKIM berada di kelas aku. Aku pun tidak tahu apa yang dilakukannya di dalam kelas. Hazrin belum sampai ke sekolah. Kemungkinan lewat sedikit hari ini. Aku meletakkan beg di kerusi lalu keluar dari kelas. Hakim mengekori aku.


“Hai. Dah sarapan?” soal Hakim. Aku gemuruh benar waktu ini. Aku melemparkan senyuman kepada Hakim dan mengangguk. Hakim hanya tersenyum.


“Kau dah sarapan ke?” soal aku pula. Hakim hanya mengangguk. “Okey,” Hakim mengangguk lagi lalu melemparkan senyuman kepada aku. Aku membalas senyuman Hakim.


Sewaktu sedang belajar, Puan Anita masuk ke kelas dan berbisik kepada Encik Nazmi. “Sheila, pergi ke pejabat sekarang,” arah Puan Anita. “Oh, bawa beg awak sekali.” Aku mengangguk .


Sesudah sampai sahaja di pejabat, aku melihat ibu dan ayah sudah menunggu aku. Ibu datang memelukku. “Kak Hani meninggal dunia, nak,” ujar ibu. Betapa luluh hati aku apabila mendengar berita tersebut. Air mata aku mengalir lalu aku jatuh pengsan.

Thursday, October 21, 2010

Novel dan Komik


Sebenarnya bukan Trilogi Bagaikan Puteri, tetapi 4logi Bagaikan Puteri, HAHA. Sambungannya Hijab Sang Pencinta adalah Cinta Sufi.

Hey! Huhu, salamsalamsalam. Setelah 2 minggu berlalu, Amai update blog nie! Urmm, rindu tak? Tak? Tak apalah. Bukannya ada sesiapa pun nak baca blog Amai nie. Blog paling buruk and blog paling hancur dalam dunia nie! Huargh, shut up! Ok, korang layan tak novel and komik? Layan? Urmm, mana lagi better? Novel? Komik? Okeylah, biar Amai jelaskan tentang novel dan komik nie.

Novel boleh membuatkan kita menjiwai watak di dalam novel tersebut. Novel akan memberikan details perasaan watak tersebut. Tetapi komik, tidak boleh. Urmm, komik sebenarnya boleh kita menjiwai wataknya, tetapi korang kena lihat lukisannya kerana korang boleh lihat wataknya, sama ada sedih, gembira, marah and other. Cuma komik mesti lagi fun kan sebab ada gambaran, ada lukisan yang mengembangkan otak. Novel korang kena fikirkan tentang watak-watak tersebut.

Okeylah, cukup untuk itu. Amai sebenarnya nak cerita tentang Trilogi Bagaikan Puteri iaitu:
1. Bagaikan Puteri
2. Cinta Sang Ratu { Ramlee Awang Murshid
3. Hijab Sang Pencinta
4. Cinta Sufi

Amai dari awal tahun nak baca sebab orang cakap jalan ceritanya agak best! Tetapi disebabkan PMR, tak dapat nak teruskan hajat tersebut. Sehinggalah habisnya PMR, Amai terus pinjam novel Bagaikan Puteri hak milik Aunty Da. Memang best! Korang baca memang tak boleh stop. Sungguh mengerikan tau bila korang baca novel nie. Urmm, macam-macam hantu ada dalam novel nie. Hantu apa? Bacalah sendiri.

Amai ceritakan apa yang Amai dah baca. Haryani, terperangkap dalam penghujung kurun ke 15, sewaktu dia koma, dan menjumpai Laksamana Sunan/ Saifudin. Tetapi di alam yang sebenar, Dani telah jatuh cinta terhadap Haryani. Nak tahu cerita yang selanjutnya, adakah Haryani akan hidup, BELILAH sendiri! HAHA.

Lepas habis baca novel nie, Amai akan teruskan trilogi yang seterusnya. Okey, gejala komik di HSBP semakin berbahaya! Ramai pelajar Tingkatan 3 HSBP semakin kemaruk dengan komik. Antaranya ialah Lawak Kampus, Gempak, Naruto, Detective Conan and other. Pergh! Sehingga Amai yang dulunya kurang berminat dengan komik, bertambah menyukainya! Komik sememangnya menyeronokkan! HAHA. So apa lagi, bacalah komik untuk release tension anda!

Sesiapa sudah tengok Magika? Bestkan? Nak tengok lagi? Cakap sama Amai, Amai mahu ikut! Hee :D Lagu-lagunya gempak beb! Best gila. Urmm, okey lorh, mahu sampai di sini sahaja untuk Amai berceloteh. Assalamualaikum and bye!

P/S: Siti Kelembai dah habis :( Bye Siti Ratna aka Yana Samsudin. Moga bertemu di lain drama/ movie :)



Saturday, October 9, 2010

Goodbye PMR!

Assalamualaikum! Hope korang semua dalam keadaan baik :) Bagi pelajar Form 3, Amai tahu korang semua dah merdeka kan? Tapi tak merdeka sepenuhnya. Result belum dapat lagi, jangan happyhappy sangat. Membahayakan diri.

Okeyy, Amai cukup lega bila Amai dapat menjawab semua subjek dengan baik. Insya-Allah, kalau diizinkan, harapharap Amai dapt 8A, sekurang-kurangnya pun 7A, jika diizinkanlah, insya-Allah. Tapi kepada pelajar Form 3 yang mengambil subjek Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Arab, and macammacam bahasa lagi, teruskan! Jangan tak belajar tau! Harumkan nama sekolah.

Amai tak nak cerita apapa pasal PMR dalam blog nie sebab Amai takut, takut banyak salah jawapan. Urmm, tu sebab tajuknya adalah "Goodbye PMR!", ya dak?! Lagi pun Amai dah banyak gila rancangan untuk dilakukan selepas PMR nie.

1. Menonton wayang (Magika)
2. Menonton DVD
3. Online
4. Tengok TV
5. Tidur
6. Macammacam lagi.

Tapi mesti korang ada yang lagi menarik kan? Misalnya pergi Singapore, KL, Australia (lalala), huhu. Jealous deh! But take care untuk korang yang pergi melancong! And kepada Amirul Asyraf, aku tak tahulah idea kau tu boleh dipakai ke tak. Pergi MELAKA?! Nak naik apa?! Lantaklah, idea kau, aku dengar je nanti.

Rabu nie pulangkan buku teks! Huargh! Siapa yang mencopet buku teks Sains aku nie?! Setiap tahun mesti ada buku yang hilang. Ya, Amai tahu Amai seorang yang cuai. Amai memang cuai! Lantak lerh. Urmm, yohoo! Reunion SK Parit Bilal, akan dilaksanakan. Tak sabar deh! Harap-harap dapat jumpa korang semua!

Okey lorh, Amai tak ada mood untuk menyiapkan novel. Nanti bila dah ada mood, baru siapkan. Bye and take care and ASSALAMUALAIKUM!

Kau Pergi 2

PRAKATA

Aku duduk di satu ruang yang kecil. Tenang. Tiada gangguan. Sungguh indah jika keadaan di bumi sentiasa tenang seperti yang aku rasakan sekarang. Alangkah bagusnya jika tiada gangguan langsung. Tetapi, ketenangan ini bukan untuk aku. Aku menempuh pelbagai dugaan dalam hidup ini. Aku menangis. Mengenang peristiwa tersebut bukanlah perkara yang baik sekarang ini. Semuanya sudah terjadi.

Rakan yang aku sayangi sudah pergi selama-lamanya. Ini kerana jantan yang tidak berguna itu! Linda, perlukah aku menipu Hadi? Perlukah aku berpura-pura sukakannya kerana hanya ingin membalas dendam? Adakah cinta Hadi kepada aku sungguh mendalam? Perlukah aku membalas dendam kepadanya?

Sesudah aku melihat dia seratus peratus berubah, daripada seorang yang jahat kepada baik, aku mula sukakannya. Adakah perasaan ini benar? Ya, aku menyintai Hadi. Tetapi, bagaimana dengan dendam yang telah aku rancang selama ini? Tidak mungkin terkubur begitu sahaja. Ya, aku mesti meninggalkan segala rancangan tersebut. Tidak ada kebaikannya berdendam sesama manusia. Aku mesti meninggalkannya! Mesti!

1. Selamat Tinggal, Linda

AKU bersama ibu menuju ke Tanah Perkuburan Taman Indah untuk menghadiri upacara pengebumian Linda. Aku hanya mendiamkan diri sepanjang perjalanan ke sana. Ibu melakukan perkara yang sama, hanya mendiamkan diri. Sekali-sekala air mata aku menitis, mengingatkan peristiwa itu. Tidak! Aku mesti melupakannya.

Tanah perkuburan tersebut telah dipenuhi dengan orang ramai. Kebanyakkannya adalah keluarga terdekat Linda. Sesudah keluar kereta, aku membetulkan selendang hitamku kerana ditiup angin. Ibu mengajak aku untuk menjumpai ibu Linda, Puan Farah. Puan Farah duduk bersimpuh di atas sebuah tikar manakala suaminya, Encik Ghani duduk di sebelahnya.

Aku bersama ibu berdiri berdekatan mereka. Imam memulakan talkin. Sesekali Puan Farah mengesat air matanya. Ibu mana yang tidak sedih jika anak mereka pergi dahulu sebelum mereka. Encik Ghani pula memeluk Puan Farah untuk menenangkannya. Aku menitiskan air mata sekali lagi selepas melihat kesedihan Puan Farah.

Selesai sahaja imam membaca talkin, Puan Farah menyiram air bunga di atas pusara Linda. Encik Ghani pula hanya melihat dengan penuh kesayuan. Orang ramai mula bersurai selepas talkin habis dibacakan. Puan Farah duduk semula di atas tikar tersebut dan Encik Ghani berbisik sesuatu kepada Puan Farah. Puan Farah mengangguk. Encik Ghani berdiri lalu berjalan ke arah kereta Proton Exora.

Aku segera duduk bersebelahan Puan Farah. Puan Farah seperti tadi, menangis dan meratapi pemergian anaknya. “Maafkan mak, Linda. Maafkan mak.” Nadanya seperti beliau yang bersalah. Aku memeluk belakang beliau, cuba untuk menenangkannya.

“Semua ni gara-gara aunty. Kalau aunty tak halau dia semalam, semua ni takkan terjadi, tidak akan!” Puan Farah makin galak menangis.

“Aunty, sabar aunty. Ini semua takdir. Aunty tak boleh salahkan diri sendiri. Adilakan ada. Aunty anggap sahaja Adila ni anak aunty, okey?” soal aku hanya untuk menenangkannya. Puan Farah menangis seperti tadi. Tiada respon apabila aku menyoalkan soalan tersebut.

Tidak. Ini bukan salah Puan Farah! Ini salah Hadi, setan yang tidak berguna itu! Aku mesti membalas dendam. Mesti! Linda, aku akan melakukan apa sahaja untuk membalas dendam.

“Assalamualaikum,” suara seorang lelaki yang cukup aku kenali memberi salam. Walaupun baru menjumpainya semalam, tetapi suara tersebut memang aku kenal. Hadi! Ya, memang dia.

“Waalaikumussalam,” jawab Puan Farah. Puan Farah menjeling sedikit untuk melihat lelaki tersebut. “Siapa ya ni?” soal Puan Farah lagi.

“Saya Hadi, kawan kepada Linda,” jawabnya dengan senyuman. Dasar jantan. Jika ikutkan hati, ingin sahaja aku menceritakan perkara yang sebenar kepada Puan Farah. Tetapi dalam keadaan yang begini, tidak mungkin aku menceritakannya. Puan Farah masih bersedih atas pemergian anaknya.

“Oh, Hadi. Adila kenal dengan Hadi ke?’ soal Puan Farah sambil melihat aku. Aku mengangguk dan melemparkan senyuman kepada Puan Farah. Puan Farah mengangguk tanda faham. Hadi merenung aku, lama. Aku mula berasa tidak selesa. Aku membalas renungannya lalu Hadi merenung ke arah Puan Farah, sayu.

“Adila, nanti saya nak jumpa dengan awak sekejap,” ajak Hadi. Aku mengangguk. Aku tidak tahu apa yang Hadi mahukan, tetapi biarkan, aku ikut sahaja kemahuan dia. Tambahan pula di hadapan Puan Farah. Aku tidak mahu Puan Farah mengesyaki apa-apa.

Hadi berjalan ke arah sebuah pokok yang rendang. Aku berdiri dan meminta kebenaran daripada ibu dan Puan Farah untuk menjumpai Hadi. Mereka membenarkan. Puan Farah telah bangun untuk menaiki kereta. Sesekali aku berasa sungguh sedih melihat nasib Puan Farah.

Aku meneruskan perjalanan ke arah Hadi. Kereta Encik Ghani dan Puan Farah sudah berlalu pergi. Bahang matahari yang terik menambahkan kepanasan hati aku apabila melihat Hadi. Dasar setan! Hati aku sudah tidak boleh dikawal lagi. Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa sakitnya hati aku melihat wajah Hadi.

Sedang aku ke arahnya, dia mula bersuara, “Awak, maafkan saya. Saya tahu semua ni salah saya. Saya sanggup lakukan apa saja demi menebus kesalahan saya ni.” Mukanya kemerah-merahan.

“Huh! Tak perlu minta maaf dengan aku. Kau sepatutnya minta maaf dengan Linda dan ibu dia! Kau tahu tak, Linda dihalau oleh Puan Farah disebabkan dia mengandung! Hish, aku memang…” aku segera beristighfar banyak-banyak.

“Awak, lepaskan apa sahaja yang awak nak cakap pada saya. Saya terima,” pintanya. Aku malas hendak melayan Hadi lagi. Aku meneruskan langkah ke arah kereta ibu. “Kenapa ni Adila?” soal ibu dengan riak wajahnya yang begitu keliru.

“Tiada apa,” jawab aku. Aku tidak mahu ibu untuk mengetahui cerita sebenar. Aku segera masuk ke dalam kereta. Ibu meneruskan perjalanan ke rumah. Aku mendiamkan diri sepanjang perjalanan. Sungguh benci sekali aku melihat Hadi. Jantan yang telah merosakkan Linda dan menyebabkan Linda meninggal dunia.

“Kenapa ibu tengok Adila muka bengis je? Tadi kenapa Adila tengking-tengking si budak Hadi tu? Adila jangan fikir ibu tak nampak?” soal ibu dengan nada tenang.

“Tiada apa-apa ibu. Tadi cuma ada masalah sedikit. Lagi pun buat masa sekarang, Adila perlu tenangkan diri dulu,” jawab aku hanya untuk menenangkan ibu. Ibu melepaskan keluhan. Aku melihat ibu dan segera senyum ke arahnya. Kali ini ibu menggelengkan kepala seperti pelik dengan perangai aku.

Aku melihat ke arah jalan raya semula. Aku mengingat kembali peristiwa malam tadi. Aku tidak sangka bahawa Linda pergi dahulu sebelum aku. Malah arwah Linda pergi sewaktu usia muda lagi. Ya Allah, kau ampunilah dosa rakanku. Ibu sekali-sekala menyanyi mengikut lagu yang diputarkan di radio. Aku berdiam diri lalu menitiskan air mata. Aku menyeka air mataku supaya ibu tidak melihat aku sedang menangis.

TIGA TAHUN berlalu dan aku sudah sudah berada di universiti. Sepanjang tiga tahun ini, aku belum melakukan apa-apa lagi terhadap Hadi. Hari pertama di universiti merupakan hari yang paling gemuruh bagi aku. Mana tidaknya, aku keseorangan. Tiada seorang pun yang aku kenal. Aku duduk di satu bangku panjang. Aku berasa dingin apabila angin meniup. Aku melihat kehijauan taman yang dipenuhi pokok-pokok rendang.

“Assalamualaikum,” salam daripada seorang gadis. Aku melihatnya. Adakah aku bermimpi? Tidak. Tidak mungkin! Aku mencubit lengan tanganku tapi tiada apa-apa yang berubah. Betul! Aku tidak bermimpi.

Seorang yang paling aku rindu berada di hadapan aku. Aku merenungnya. Gadis itu seperti berasa tidak selesa selepas aku merenungnya agak lama. “Maaf kalau saya renung awak begitu lama,” aku menghulurkan tanganku untuk berjabat tangan. “Saya Adila, awak?” soalku.

“Boleh saya duduk sebelah awak?” soal gadis tersebut. Aku hanya mengangguk. Gadis tersebut terus duduk di sebelah aku. Rambutnya yang panjang dan wajahnya yang cantik saling tak tumpah seperti Linda. “Nama saya, Sheila. Saya dari Jengka, Pahang.”

“Oh, saya Adila dari Johor Bahru.”

Aku merenung Sheila, lama. Sheila berasa tidak selesa. “Awak, kenapa awak renung saya macam tu sekali? Awak ni…” muka Sheila berubah seperti orang rasa bersalah untuk menanya sesuatu.

“ Awak nak cakap saya ni lesbian? Eh, tak adalah,” aku tersenyum dan hampir sahaja hendak melepaskan gelak.

“Awak, sorrylah kalau saya singgungkan hati awak,” Sheila meminta maaf dengan menundukkan mukanya. Malu agaknya.

“Dahlah Sheila. Sebenarnya saya teringatkan adik saya apabila saya melihat awak. Saya rindu akan adik saya tu,” aku berbohong. Aku tiada niat untuk membohong terhadap Sheila, tetapi aku ingin melupakan perkara tersebut! Aku tidak sesekali akan memikirkan perkara tersebut.

Sheila hanya mengangguk tanda faham. “Siapa nama adik awak tu?” soal Sheila pula. Aku menolehnya.

“Nama dia, Linda,” jawab aku sambil melemparkan senyuman. Sheila membalas senyumanku. Senyumannya sama seperti senyuman Linda.

“Oh, saya tak pernah ada adik. Saya anak tunggal. So, saya tak pernah rasa macam mana rasanya ada adik, abang ataupun kakak,” terang Sheila. Sheila merenung jauh ke hadapan. Aku melihatnya. Muka Sheila tiba-tiba berubah. Dia seperti bersedih.

“Kenapa ni Sheila?” soal aku untuk mendapatkan kepastian.

Sheila hanya menggeleng. Dia tersenyum. Tapi senyumannya seperti senyuman yang dibuat-buat. Aku membalas senyumannya pula.

“Okaylah, saya nak balik hostel. Bye!” Sheila terus bangun lalu meninggalkan aku. Aku tersenyum.

Aku berasa seperti berada dalam mimpi. Wajah Sheila benar-benar seperti wajah Linda. Aku akan menjaga Sheila dengan baik dan aku tidak akan membiarkan Sheila dipermainkan oleh lelaki sepertimana yang telah dilalui oleh Linda.


2. Sheila..

HARI ini merupakan hari kedua aku di kuliah. Agak memenatkan tetapi memperoleh ilmu juga. Selepas kuliah, aku terus ke kafe. Keadaan di kafe agak lengang hari ini. Aku hanya minum segelas kopi panas dan snek. Tiba-tiba mata aku tertumpu kepada seorang lelaki yang cukup aku kenali, Hadi!

Pakaiannya agak kemas dan dia amat berbeza sekali. Tidak seperti tiga tahun lepas di mana dia memakai gelang dan rantai seperti yang dipakai lelaki masa kini. Rambutnya juga perang pada waktu dahulu. Tetapi apa yang aku lihat sekarang sungguh berbeza sekali. Tiada lagi gelang dan rantai. Rambutnya hitam.

“Assalamualaikum, awak. Merenung apa tu?” sapa seorang gadis. Siapa lagi kalau bukan Sheila.

“Waalaikumussalam. Huh? Tak ada renung apa-apalah.”

“Awak renung lelaki tu ke? Hish, awak tahu tak? Sewaktu ke kafe tadi, dia asyik merenung saya saja. Dia ikut saya sampai ke kafe ni. Sampai naik rimas saya dibuatnya,” Sheila mengomel sambil mencebikkan bibirnya yang mungil itu.

“Oh, ya ke? Dia suka awak tak?” gurau aku sambil melepaskan gelak. Muka Sheila merah padam.

“Awak, malulah saya,” ujar Sheila. Suaranya tenggelam kerana dia menundukkan mukanya.

Hadi telah bertemu dengan Sheila. Mesti dia pun rasa apa yang aku rasa. Rindu terhadap Linda. Ah! Kenapa mesti aku fikirkan tentang Hadi?

“Assalamualaikum,” sapa Hadi. Aku dan Sheila mengangkat kepala untuk melihat Hadi.

“Waalaikumussalam,” jawab Sheila dengan nadanya yang halus itu. Aku mengangguk sambil melemparkan senyuman kepada Hadi. Tetapi senyuman ini bukanlah senyuman untuk aku berdamai dengannya dan melupakan segala apa yang pernah dilakukan Hadi kepada Linda. Hadi membalas senyuman aku.

“Boleh saya duduk di sini?”

Aku hanya mengangguk. Sheila pun melakukan perkara yang sama, hanya mengangguk. Hadi menarik kerusi dan terus melabuhkan punggung. Dia melihat Sheila lama. Kemudian, kepalanya menggeleng.

“Oh, sebelum saya lupa, nama saya Hadi,” Hadi menghulurkan tangannya untuk berjabat tangan. Dia berjabat tangan dengan Sheila, kemudian aku. Dia melemparkan senyumannya kepada Sheila. Adakah Hadi merindui Linda? Ya, barangkali dia merindui Linda. Walaupun aku melihat Hadi sudah berubah, tetapi perasaan benci ini terhadapnya tidak pernah hilang dalam diri aku.

“Saya Adila. Dan ini rakan saya, Sheila. Kenapa awak tengok Sheila lain macam ya? Teri ngatkan seseorang ke?” soal aku, sinis. Muka Hadi merah padam. Dia menunudukkan mukanya. Tidak sampai beberapa saat, Hadi mengangkat kepalanya lalu mengangguk.

“Siapa yang awak teringatkan tu?”

“Oh, kakak saya.”

Aku melihat muka Sheila berasa pelik. “Adila, semalam awak cakap muka saya macam adik awak. Kali ni, awak pula Hadi, cakap muka saya macam kakak awak. Rupa-rupanya saya ni ramai kembar, ya?” Sheila tersenyum lalu melepaskan gelaknya. Kami sama-sama gelak.

“Haa, tu sebabnya awak tiada adik beradik. Kembar awak merata-rata,” jawab aku pula. Kami bersama-sama gelak. Kali ini makin meriah gelak kami.

Sheila gelak dan tiba-tiba, mukanya berubah. “Kenapa ni Sheila?” soal aku untuk dapatkan kepastian. Sheila hanya menggeleng. Hadi merenung Sheila begitu lama. “Kenapa Linda?” soal Hadi pula.

LINDA?! Kenapa nama Linda disebut oleh Hadi? Sheila melihat Hadi. “Hadi, siapa Linda?” soal Sheila pula. Wajah Hadi berubah seperti orang ketakutan.

“Adila, semalam awak cakap adik awak namanya Lindakan?” soal Sheila sambil mengalih pandangannya kepada aku. Aku mengangguk.

“Jadi, siapa Linda, Hadi?” kali ini Sheila mengalihkan pandangannya kepada Hadi pula. Hadi menundukkan kepalanya.

Aku mula menerangkan kepada Sheila. “Sheila, sebenarnya Linda rakan saya, dia meninggal tiga tahun lepas kerana kemalangan. Dan Hadi pula, rakan Linda. Kami menyaksikan sendiri kemalangan Linda. Yang lebih memeranjatkan kami, wajah awak saling tak tumpah seperti wajah Linda.”

“Tak Adila, ini semua salah saya. Kalau saya tak buat begitu pada Linda, Linda tak akan kemalangan,” ujar Hadi sambil memandang aku. Aku mengalihkan pandangan aku kepada Hadi pula. Betapa menyesalnya Hadi ketika itu. Tetapi, aku makin benci melihat Hadi.

“Shut up, Hadi! Kau tahu tak, betapa menyesalnya Puan Farah apabila dia dapat tahu anaknya kemalangan? Puan Farah asyik menyalahkan diri dia sendiri. Sekarang dia nak mencari siapa lelaki yang dah merosakkan Linda. Aku tak pernah beritahu Puan Farah siapa lelaki tersebut.”

“Siapa lelaki tu, Adila? Awak kenal ke?” soal Sheila pula kali ini. Aku mengalihkan pandangan kepada Sheila.

“Saya tak tahu,” jawab aku.

“Adila…” Hadi ingin berkata sesuatu, tetapi cepat-cepat dipotong oleh Sheila. “Awak kenal ke lelaki tu, Hadi?” tanya Sheila pula.

“Lelaki tu….”

“Lelaki tu siapa Hadi?!” soal Sheila untuk mengetahui perkara sebenar.

“Lelaki tu dia sendiri, Sheila,” jawab aku pula. Aku merenung tajam kepada Hadi. Kemudian, aku mengalihkan pandangan aku kepada Sheila.

“Awak Hadi?!” tanya Sheila sambil menggeleng lalu menundukkan mukanya. Keadaan waktu itu senyap seketika. Sheila masih seperti tadi, menundukkan kepalanya. Apabila dia mengangkat kepalanya, matanya sudah merah dihujani air mata. “Lelaki semua sama sahaja. Awak berdua tahu tak, saya dulu pernah ada kakak,” terang Sheila.

“Tapi awak kata awak anak tunggal?” soal aku.

“Saya bohong sahaja semua tu!” jerit Sheila sambil menyeka air matanya.

Mungkin ada antara korang merungut sebab Amai tak letak novel Amai dekat dalam blog. Ok, Amai akan letak novel Amai dalam nie and Amai pun tukar sekali background warna putih, untuk kemudahan korang membaca. Tunggu sambungannya tidak lama lagi. Sekian..