-->

Tuesday, July 6, 2010

Ujian

Assalamualaikum :)

Urmm, lama betul tak meng-update blog nie. And memanglah dah lama, sebab malas nak update. Lagi pun, Amai dah malas sikit mahu meng-update nie. Kalau update, bertambah ramai follower tak apalah jugak! Tapi follower tetap sama, tak ubah-ubah. Dari dulu, 24 followers, sampai sekarang, 24 followers gak. Tapi bukan sebab follower yang Amai nak cerita, tapi pasal perasaan malu seseorang.

Pernah tak korang berasa malu? Janganlah bohong. Mesti pernahkan? Amai cerita pasal malu pun, sebab Amai baru je terasa malu. Malu pasal apa, tak payahlah cerita. Ok, bukannya apa. Kalau Amai cerita, makin bertambah malu. Betul tak? So, jalan yang selamat, tak payah cerita. Malu nie bermacam-macam, kan? Malu kerana kesalahan diri sendiri, malu disebabkan orang lain, saman malu, and bermacam-macam lagi. Tapi kenapa mesti setiap manusia ada perasaan malu?

And bila kita malu kerana kesalahan kita sendiri, kita akan mempersalahkan orang lain. Manusia suka menuduh orang lain semata-mata untuk menutup kelemahan diri sendiri. Urmm, perangai manusia seperti nie memang sejak dari azali lagi. Kewujudan perasaan malu ini kemungkinan ujian daripada ALLAH SWT. Allah mahu melihat sejauh mana keteguhan keimanan kita apabila berasa malu. Betul tak?!

Selain itu, cuba korang bayangkan, bagaimana pulak orang yang menyalahi orang lain disebabkan kesalahan diri sendiri? Adakah dorang dianggap tidak teguh imannya. Kita tak boleh buat andaian sahaja. Hanya Allah sahaja yang tahu. Apabila anda berasa malu, anggaplah itu ujian Allah. Tapi macam mana pulak kita berasa malu disebabkan orang lain?

Ok, contohnya macam nie lah. B telah memalukan A disebabkan A difitnah buat kerja dengan tidak betul. Pada hal A tidak membuat kerja tersebut, tetapi B yang membuatnya? Urmm, korang mesti geram dan marah dengan B kan? Korang anggap itu pun satu ujian jugak. Harap kita bersabar menghadapi perkara sebegini.

And Amai harapkan sangat korang janganlah memalukan sesama sendiri. Ya! Perkara memalukan orang cukup tidak disenangi masyarakat. Harap korang semua sabar dan tenang menjalani kehidupan di muka bumi ini. Penutup kata, relax and chill! Assalamualaikum :)

P/S: Harap dapat menonton THE TWILIGHT SAGA: ECLIPSE!

No comments: