Assalamualaikum..
Hari nie Amai ingin menceritakan sedikit tentang kedekut ataupun bakhil. Bila cerita tentang kedekut/bakhil nie, mesti korang dah fikir orang kaya. Tak semestinya orang kaya. Orang sederhana pun ada jugak yang kedekut. So, tak payahlah korang asyik nak menuduh orang kaya kedekut. Baiklah, Amai akan menceritakan satu cerita tentang 3 Orang Kedekut.
Ada satu kampung di mana ramai penduduknya miskin. Di kampung tersebut, terdapat 3 orang hartawan dan begitu kedekut. Tidak pernah menderma kepada orang-orang kampung. Harta tersebut merupakan harta mereka, bukan orang kampung!
Pada satu hari, raja telah memerintah 3 orang hartawan ini untuk menderma kepada orang kampung. Mereka pun mengikut sahaja perintah raja tersebut. Hari yang dinanti-nantikan oleh orang kampung sudah tiba.
Hartawan pertama telah memanggil orang kampung ke padang. Dia telah membuat satu garisan panjang dan dia duduk di tengah-tengah garisan tersebut. Dia memberitahu orang kampung, jika mahukan duitnya, ada satu syarat. Syaratnya ialah, jika duit tersebut jatuh di sebelah kanan, duit tersebut miliknya. Manakala jika duit tersebut jatuh di sebelah kiri, maka duit tersebut milik orang kampung. So, hartawan tersebut telah menabur duit tersebut. Tetapi sebelah kanan lebih banyak ditaburnya daripada sebelah kiri. Maka, hartawan pertama nie tetap dapat duitnya.
Hartawan kedua pula makin teruk. Dia telah membuat satu bulatan sebesar padang. Dia mengatakan, jika duit tersebut jatuh di dalam bulatan, duit tersebut miliknya. Jika duit tersebut jatuh di luar bulatan, maka duit tersebut milik orang kampung. So, mustahillah kan jika duit tersebut keluar daripada bulatan kerana bulatan tersebut sebesar padang.
Manakala hartawan ketiga lagi teruk. Nak tahu apa rancangannya? Dia memberitahu orang kampung, jika duit tersebut jatuh di atas lantai, maka duit tersebut miliknya. Nie lagi mustahil sebab duit tak akan terbang. Maka, orang kampung tidak dapat apa-apa.
Moral from this story, dermalah kepada orang yang memerlukan. Mereka juga mempunyai hak memiliki harta yang kita miliki. Renung-renungkanlah yaw! Relax and chill!
P/S: Credit to Cikgu Hamidon :D
No comments:
Post a Comment