-->

Sunday, June 6, 2010

Tasik Y




Amai mengakulah kan, Amai memang dah lama tak pergi Tasik Y. HAHA XD Walaupun sekolah dekat je dengan Tasik Y, tapi malas nak pergi. Tak ada kerja ke nak pergi. Mula-mula macam nie ceritanya.
Pukul 3 petang tu, ibu cakap nak pergi balik kampung ayah. Ala, dekat Parit Bilal je. OK lah sebab Amai memang suka balik kampung Ayah. Ramai sepupu-sepupu yang spoting-spoting dekat sini. Lagi pun, Amai yang paling tua antara sepupu-sepupu. So, bukannya susah nak layan mereka. Sebab Amai yang paling senior, cousin-cousin kena dengar yang paling tua lah. HAHA XD Ini bukan membuli namanya. Just main-main jelah. Dah sampai sana, ada lelaki-lelaki daripada negara jiran kitalah, Indonesia, cat rumah ayah Amailah. And sambil mereka buat kerja tu, Amai and ibu pergi masuk rumah melalui belakang rumah. Dah masuk tu, semua tengah tengok Population 436. OK lah, boleh layanlah movie nie.

OK, lepas tu, Amai dimaklumkan bahawa cousin-cousin ku mau pergi Tasik Y. Ala, Amai pun follow jelah. Dah lepas Asar tu, ramai-ramai lah pergi Tasik Y. Dah sampai Tasik Y, pergh! Ramainya manusia. Ramai budak-budak kecik lah kan, orang dewasa pun ramai sebab nak jaga anak-anak mereka bermain. Sesudah masuk ke perkarangan Tasik Y, cousin-cousin Amai pergilah main buai. Gila Amai join sekali dengan cousin-cousin. Lagi pun, Amai just nak ikut je. Lagi pun, Amai kena jaga Afiq, sepupu ku yang paling kedendeng (ngada-ngada). Nama je lelaki, tap sensitif nye, mengalahkan perempuan. Sudah-sudah, sambung cerita. Lepas tu, Aunty Zah dengan Amai pergi buaian untuk baby. Nampak tak picture paling atas tu, tu lah Aunty Zah and Adawiyah. Comel kan, Adawiyah tu? Dah gitu, Uncle Di mencarilah Adib and the geng. Tapi hilang. HAHA XD Adib yang picture ke-dua tu. Nie memang ada nakal sikit.

Rupa-rupanya dah jauh nun sana. Main bahagian gelongsor tinggi. Haish! Menyusahkan betul. OK lah, dah settle satu masalah. Guys! Boring tau tak dekat Tasik Y. Dah sampai Tasik Y, tak sah kalau tak panjat Dinosaur kan? Yeah! Amai dengan Adib pergilah main Dinosaur. Ebab (jiran) follow kita lah. HAHA XD Tersangkut! Ada model budak kecil Cina snap pix lah atas Dinosaur tu. Dah terpaksa tunggu atas tu. Dah turun model tu, kita terus jelah turun and naik balik. Perangai masa kecik-kecik dulu dah masuk dalam badan. Eh, tapi Amai masa kecik-kecik paling takut nak naik Dinosaur tau. HAHA XD Buat malulah kalau dah besar and berumur 15 tahun nie takut naik tempat tinggi. Apatah lagi budak kecik umur 9 tahun dah naik.

Lepas tu adalah cerita lawak nie. Si Teha (kembar Ebab) menggigil nak naik. Amai tengok menggigil satu badan nak naik. Dah tahu takut tu, buat apa naik kan?! Uncle Di yang tolong turunkan dia. Haish! Kalau BuzzFoll tengok picture kita atas Dinosaur, memang meriah lah. Tapi pictures tu semua dalam kamera Uncle Di. Tapi memang best! HAHA XD And satu lagi bahan lawak, ada lah seorang budak gemuk nie. Parents dia dah halang jangan naik Dinosaur tu, tapi biasalah, budak-budak. Mana nak dengar cakap orang tua. Haa! Balasan tak dengar cakap, tak boleh turun. Duduk je dekat atas tu. Haa! Kan dah kena. Mak dia membebel lah dekat bawah. "Mak dah cakap, jangan naik. Kau tu degil," XD

Amai balik pukul 6.30 gitu. Sesak jalan dekat dataran sebab ada ekspo kan. Dah sampai rumah, lelaki Indonesia tu semua dah balik. Baguslah dah balik sebab kitorang dapat baring-baring, kan? Yelah, takkan nak baring time ada orang yang tak dikenali. Dah balik rumah dalam pukul 7, Amai mandi terus and sembahyang. Dah siap sembahyang tu, Aunty Lin keluarkan album lama. HAHA XD Tergelak satu rumah tengok gambar-gambar lama. Memang gila-gila gelak lah kitorang nie. Tapi dapat lah jugak tengok gambar arwah nenek and arwah Atuk Bak. Rindu :(

OK lah, dah banyak jugak Amai bercerita nie. Bye and Assalamualaikum..
P/S: Bermulanya sesi kelas tambahan esok. Harap tidak membosankan and janganlah dapat result yang teruk-teruk :D

No comments: